ما لا يسع المسلم جهله (ملايو)

  • earth Bahasa
    (ملايو)
  • earth Karya:
    اللجنة العلمية برئاسة الشؤون الدينية بالمسجد الحرام والمسجد النبوي

Terjemahan Lain 57

nl هولندي- Nederlands mk مقدوني- македонски te تلغو- తెలుగు sw سواحيلي- Kiswahili rw كينيارواندا- Kinyarwanda ru روسي- Русский es إسباني- español ms ملايو- Melayu ka جورجي- ქართული tl فلبيني تجالوج- Tagalog zh صيني- 中文 gu غوجاراتية- ગુજરાતી fr فرنسي- Français ps بشتو- بشتو id إندونيسي- Indonesia hi هندي- हिन्दी ar عربي- العربية bn بنغالي- বাংলা ha هوسا- Hausa ky قرغيزي- Кыргызча fa فارسي- فارسي ur أردو- اردو en إنجليزي- English da دنماركي- dansk hu هنجاري مجري- magyar tg طاجيكي- тоҷикӣ ta تاميلي- தமிழ் th تايلندي- ไทย ml مليالم- മലയാളം si سنهالي- සිංහල uz أوزبكي- Ўзбек ne نيبالي- नेपाली om أورومو- afaan oromoo am أمهري- አማርኛ tr تركي- Türkçe ti تجريني- ትግርኛ so صومالي- Soomaali vi فيتنامي- Tiếng Việt kk كازاخي- қазақ тілі no نرويجي- Norwegian mfe كريولي- créole ko كوري- 한국어 bs بوسني- bosanski mg ملاغاشي- Malagasy sn الشونا- Shona mos موري- Mõõré ro روماني- română yo يوربا- Èdè Yorùbá prs دري- فارسی دری dyo جوالا- Jóola st سوتي- Sesotho ig إيجبو- Igbo az أذري- azərbaycanca cs تشيكي- čeština lt ليتواني- lietuvių sv سويدي- svenska af أفريقاني- Afrikaans
PHPWord

 

 

 

مَا لَا يَسَعُ المُسْلِمَ جَهْلُهُ

 

 

Perkara Yang Mesti Diketahui Setiap Muslim

 

 

اللَّجْنَةُ العِلْمِيَّةُ

بِرِئَاسَةِ الشُّؤُونِ الدِّينِيَّةِ بِالمَسْجِدِ الحَرَامِ وَالمَسْجِدِ النَّبَوِيِّ

 

Panel Akademik Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ

Perkara Yang Mesti Diketahui Setiap Muslim

Sekapur Sireh

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas baginda yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam, serta ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya dan sesiapa yang berpegang dengan sunnahnya serta mendapat petunjuk dengan hidayahnya sehingga hari kiamat. Amma ba‘d:

 

Ini merupakan sebuah risalah ringkas, yang mengandungi perkara-perkara terpenting yang diperlukan oleh seorang Muslim dalam akidahnya, ibadatnya, dan muamalatnya. Kami himpunkannya untuk mereka yang menziarahi dua Tanah Haram dan agar mereka tahu dan jelas tentang urusan agama mereka. Kami memohon kepada Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi kurnia agar Dia memberikan manfaat dengannya, menjadikannya amalan yang soleh dan ikhlas kerana-Nya semata. Sesungguhnya Dia sebaik-baik tempat meminta dan semulia-mulia tempat mengharap.

Jawatankuasa Ilmiah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi

 

 

***

 


Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani

Bab Pertama

Perkara Yang Berkaitan Dengan Akidah

Perbahasan Pertama: Definisi Islam dan Rukun-rukunnya.

Islam ialah menyerahkan diri kepada Allah dengan tauhid, tunduk kepada-Nya dengan ketaatan dan berlepas diri daripada syirik dan para pelakunya.

Rukun Islam ada lima:

Rukun Pertama: Syahadah (Kesaksian) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah

Rukun Kedua: Mendirikan Solat

Rukun Ketiga: Menunaikan Zakat

Rukun Keempat: Beruasa pada bulan Ramadan

Rukun Kelima: Menunaikan haji di Baytullah al-Haram bagi sesiapa yang mampu melakukannya

Kepentingan Tauhid:

Ketahuilah bahawa Allah menciptakan makhluk agar mereka menyembah-Nya dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Firman Allah Ta'ala:

﴿وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ 56﴾

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Surah al-Dhāriyāt: 56). Ibadah tidak mungkin dapat diketahui melainkan dengan ilmu. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَىٰكُمۡ 19﴾

"Ketahuilah, bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan mohonlah keampunan bagi dosamu serta bagi orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha (di dunia) dan tempat tinggal kamu (di akhirat)." (Surah Muhammad: 19) Dalam ayat ini, Allah memulakan dengan ilmu sebelum perkataan dan perbuatan. Ini menunjukkan perkara terpenting yang wajib dipelajari oleh seorang Muslim ialah mentauhidkan Allah عز وجل kerana itulah asas agama dan dasarnya. Agama tidak akan tertegak melainkan dengan tauhid. Inilah kewajipan pertama dan terakhir ke atas seorang Muslim. Tauhid ialah rukun pertama daripada rukun-rukun Islam yang wajib ke atas setiap Muslim mengetahuinya dan beramal dengannya. Ia terdiri daripada lima rukun, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin ‘Umar, beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

«بُنِيَ الإسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وأنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإقَامِ الصَّلَاةِ، وَإيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ البَيْتِ، وصَوْمِ رَمَضَانَ».

"Islam itu dibina atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.”1

Maka wajib atas seorang Muslim mempelajari makna tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan ibadah. Tidak boleh seorang pun menyekutukan-Nya dalam ibadah kepada-Nya; tidak malaikat yang hampir (kepada Allah) dan tidak juga nabi yang diutus.

Maksud «Bersaksi Tiada yang Berhak Disembah Selain Allah»:

Iaitu bahawa seorang hamba itu mengakui dengan keyakinan yang pasti bahawa tiada sembahan yang benar melainkan Allah عز وجل. Maka dia beribadah hanya kepada Allah semata, dan mengkhususkan-Nya SWT dengan semua jenis ibadah daripada doa, rasa takut, harapan, tawakal dan selainnya.

Syahadah hanya terlaksana dengan dua rukun:

Pertama: Menafikan segala bentuk ibadah daripada selain Allah, daripada segala tandingan, tuhan-tuhan rekaan dan taghut.

Kedua: Menetapkan ketuhanan dan ibadah yang sebenar hanya bagi Allah semata-mata, tanpa selain-Nya. Firman Allah Ta'ala:

﴿‌وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَۖ...﴾

"Dan sungguh, Kami telah mengutus kepada setiap umat seorang rasul untuk menyeru: Sembahlah Allah sahaja, dan jauhilah ṭāghūt." (Surah al-Naḥl: 36)

Syarat-syarat Lā ilāha illallāh ialah:

Pertama: Ilmu, yang menafikan kejahilan.

Kedua: Keyakinan, yang menafikan keraguan.

Ketiga: Keikhlasan, yang menafikan syirik.

Keempat: Kebenaran, yang menafikan dusta.

Kelima: Kecintaan, yang menafikan kebencian.

Keenam: Kepatuhan (tunduk), yang menafikan penolakan (atau meninggalkan).

Ketujuh: Penerimaan, yang menafikan penolakan.

Kelapan: Mengingkari segala yang disembah selain Allah Ta‘ala.

Syarat-syarat ini wajib diamalkan, dan ia telah dihimpunkan dalam dua bait syair berikut:

ʿIlmu, yakin, ikhlas dan jujurlah kamu,

cinta dan tunduk serta menerimanya selalu,

Tambahkan yang kelapan: engkau mengingkari,

segala yang disembah selain sembahan sejati.

Merealisasikan syahadah itu ialah dengan beribadah kepada Allah Ta‘ala semata, tiada sekutu bagi-Nya, serta mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah sahaja. Seorang Muslim tidak berdoa melainkan hanya kepada Allah, tidak bertawakal melainkan hanya kepada Allah, tidak berharap melainkan hanya kepada Allah, tidak solat melainkan hanya kepada Allah dan tidak menyembelih melainkan hanya kerana Allah SWT.

Apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia berupa tawaf di sekeliling kubur, meminta pertolongan kepada penghuninya dan berdoa kepada mereka selain daripada Allah, maka itu merupakan syirik dalam ibadah. Maka wajiblah berhati-hati daripadanya dan memperingatkan orang lain tentangnya kerana perkara ini adalah sama bentuk dengan apa yang dilakukan oleh kaum musyrikin berupa penyembahan berhala, batu-batu dan pokok-pokok selain daripada Allah Ta‘ala. Itulah syirik yang diturunkan kitab-kitab (wahyu) dan diutus para rasul untuk memberi peringatan daripadanya serta melarangnya.

Maksud syahadah bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah:

Kita wajib mentaati perintah baginda, membenarkan segala berita yang baginda sampaikan, menjauhi larangan baginda, dan menyembah Allah hanya dengan syariat yang baginda ajarkan. Seorang Muslim itu mengakui bahawa Muhammad bin Abdullah al-Qurasyi al-Hasyimi adalah Rasul Allah yang diutus kepada seluruh makhluk dalam kalangan jin dan manusia. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُمۡ جَمِيعًا...﴾

"Katakanlah (wahai Nabi): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepada kamu semua." (Surah al-Aʿrāf: 158).

Allah mengutusnya untuk menyampaikan agama-Nya dan memberi hidayah kepada makhluk. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿‌وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةٗ لِّلنَّاسِ بَشِيرٗا وَنَذِيرٗا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ28﴾

"Dan Kami tidak mengutusmu (wahai Nabi), melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi peringatan kepada seluruh manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Saba': 28). Juga firman Allah Ta'ala:

﴿‌وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ 107﴾

"Dan Kami tidak mengutusmu (wahai Nabi) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiya': 107).

Kandungan syahadah ini ialah: Tidak beriman bahawa Rasulullah ﷺ mempunyai hak dalam rububiyyah (ketuhanan dan pengurusan alam) atau hak dalam ibadah. Malahan baginda ﷺ ialah seorang hamba yang tidak disembah, dan seorang Rasul yang tidak boleh didustakan. Baginda tidak mampu memberi manfaat atau mudarat untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah. Sebagaimana firman Allah Ta'ala:

﴿‌قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمۡ عِندِي خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ وَلَآ أَقُولُ لَكُمۡ إِنِّي مَلَكٌۖ إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَيَّ...﴾

Katakanlah: “Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku mempunyai khazanah Allah, dan aku tidak mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat; aku tidak mengikuti melainkan apa yang diwahyukan kepadaku…” (Surah al-Anʿām: 50)

Perbahasan Kedua: Maksud Iman dan Rukunnya:

Iman ialah pengakuan di dalam hati, diucapkan dengan lidah, dan diamalkan oleh hati serta anggota badan. Ia bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

Oleh itu, iman ialah syarat bagi kesahihan dan penerimaan ibadah. Sebagaimana syirik dan kekufuran membatalkan semua amalan ibadah. Sebagaimana Allah tidak menerima solat tanpa wuduk, begitu juga Dia tidak menerima ibadah tanpa iman. Firman Allah Ta'ala:

﴿وَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ وَلَا يُظۡلَمُونَ نَقِيرٗا 124﴾

"Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh sama ada lelaki atau perempuan, dalam keadaan dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke syurga, dan tidak akan dianiaya sedikit pun." (Surah al-Nisaʾ: 124)

Dan (Allah) menjelaskan bahawa syirik membatalkan amal. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿وَلَقَدۡ أُوحِيَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ 65﴾

"Telah diwahyukan kepadamu, dan kepada orang-orang sebelummu: Sekiranya engkau mensyirikkan (Allah), nescaya akan terbatal segala amalanmu, dan engkau pasti termasuk orang-orang yang rugi." (Surah al-Zumar: 65)

Rukun-rukun iman ada enam: Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan qada’ serta qadar-Nya, sama ada yang baik mahupun yang buruk.

1) Beriman kepada Allah Ta‘ala, dan ia merangkumi tiga perkara:

1- Beriman kepada ketuanan-Nya:

Iaitu mentauhidkan Allah Ta‘ala dalam perbuatan-Nya; seperti penciptaan, rezeki, menghidupkan dan mematikan. Maka tiada pencipta selain Allah, tiada pemberi rezeki selain Allah, tiada yang menghidupkan selain Allah, tiada yang mematikan selain Allah, dan tiada yang mengatur alam semesta kecuali Dia سبحانه.

Tidak diketahui bahawa ada seorang pun daripada makhluk yang menafikan rububiyyah Allah SWT, kecuali dia seorang yang sombong dan tidak berpegang dengan apa yang diucapkannya. Sebagaimana yang berlaku kepada Firaun, ketika beliau berkata kepada kaumnya:

﴿‌...أَنَا ‌رَبُّكُمُ ‌الْأَعْلَى﴾

"…Sesungguhnya aku adalah Tuhan kamu yang Maha Tinggi." (Surah al-Nāzi‘āt: 24) Tetapi itu bukan kerana pegangan aqidah, sebagaimana Allah Ta‘ala berfirman tentang Musa عليه السلام:

﴿‌قَالَ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَآ أَنزَلَ هَٰٓؤُلَآءِ إِلَّا رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ بَصَآئِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَٰفِرۡعَوۡنُ مَثۡبُورٗا 102﴾

"(Musa berkata:) Sesungguhnya kamu telah mengetahui apa yang diturunkan ini hanyalah daripada Tuhan langit dan bumi, yang jelas (kebenarannya). Dan sesungguhnya aku berpendapat bahawa engkau, wahai Firaun, akan binasa." (Surah al-Israʾ: 102). Allah SWT juga berfirman:

﴿‌وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا... ﴾

"Mereka (konco-konco Firaun) konon menafikannya, padahal diri mereka sendiri telah yakin (akan kebenarannya), disebabkan kezaliman dan kesombongan." (Surah al-Naml: 14),

Sesungguhnya makhluk-makhluk ini pastinya memerlukan Pencipta. Kerana tidak mungkin ia menciptakan dirinya sendiri. Sesuatu itu tidak menciptakan dirinya sender dan tidak mungkin wujud secara kebetulan; Kerana bagi setiap kejadian, pastinya ada yang menjadikannya Dan kerana kewujudannya dengan sistem yang indah dan keserasian yang sempurna, ia tidak mungkin terjadi secara kebetulan, Maka sudah pasti ia mempunyai Pencipta, iaitu Allah, Tuhan seluruh alam. Firman Allah Ta'ala:

﴿‌أَمۡ خُلِقُواْ مِنۡ غَيۡرِ شَيۡءٍ أَمۡ هُمُ ٱلۡخَٰلِقُونَ 35 أَمۡ خَلَقُواْ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ 36﴾

"Adakah mereka diciptakan daripada tiada, atau adakah mereka yang mencipta diri sendiri?

Atau adakah mereka yang mencipta langit dan bumi? Bahkan mereka tidak yakin." (Surah al-Ṭūr: 35-36)

Sesungguhnya orang-orang musyrik mengakui ketuhanan Allah Ta‘ala, namun mereka menyekutukan-Nya dalam ibadah; pengakuan itu tidak memasukkan mereka ke dalam Islam. Nabi memerangi mereka, dan menghalalkan darah serta harta mereka; kerana mereka menyekutukan Allah dalam ibadah. Mereka menyembah selain-Nya bersama Allah; seperti berhala, batu, malaikat dan lain-lain.

2- Beriman dengan hak-Nya untuk disembah:

Beriman kepada Uluhiyyah-Nya bermaksud: bahawa Dia sahaja sembahan yang benar, tiada sekutu bagi-Nya. Perkataan (ilah) bermaksud (yang disembah), iaitu yang dijadikan objek ibadah kerana cinta, penghormatan dan ketundukan.

Firman Allah Ta'ala:

﴿‌وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ 163﴾

"Sembahan kamu yang benar hanyalah Satu: tiada yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (Surah al-Baqarah: 163).

Sesiapa yang menyembah selain Allah bersama-Nya, maka tauhidnya terbatal. Firman Allah Ta'ala:

﴿ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ هُوَ ٱلۡبَٰطِلُ وَأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡكَبِيرُ 62﴾

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Benar, dan sesungguhnya apa yang mereka seru selain-Nya adalah batil, dan sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Surah al-Ḥajj: 62)

Oleh itu, para rasul عليه السلام bermula daripada Nuh hingga Muhammad ﷺ menyeru kaumnya untuk mentauhidkan Allah dan mengesakan-Nya dalam ibadah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesiapa pun. Allah Ta‘ala telah membatalkan pengambilan orang-orang musyrik terhadap tuhan-tuhan yang mereka sembah bersama Allah سبحانه وتعالى, serta meminta pertolongan dan memohon pertolongan kepada mereka dan ini dibuktikan dengan dua hujah akal:

Pertama: Tiada pada sembahan yang mereka jadikan sekutu bagi Allah sebarang sifat ketuhanan; kerana mereka adalah makhluk, tidak mencipta, tidak mendatangkan manfaat kepada penyembahnya, tidak menolak bahaya daripada mereka, dan tidak memiliki kuasa untuk memberi kehidupan, mematikan, atau membangkitkan semula. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿وَٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةٗ لَّا يَخۡلُقُونَ شَيۡـٔٗا وَهُمۡ يُخۡلَقُونَ وَلَا يَمۡلِكُونَ لِأَنفُسِهِمۡ ضَرّٗا وَلَا نَفۡعٗا وَلَا يَمۡلِكُونَ مَوۡتٗا وَلَا حَيَوٰةٗ وَلَا نُشُورٗا 3﴾

"Mereka mengambil selain daripada-Nya sembahan yang tidak mencipta apa-apa, sedangkan mereka diciptakan, dan tidak memiliki kuasa untuk memberi mudarat atau manfaat kepada diri mereka sendiri, dan tidak memiliki kuasa untuk mati, hidup atau dibangkitkan semula." (Surah al-Furqan: 3)

Kedua: Orang-orang musyrik ini mengakui bahawa Allah Ta‘ala adalah Pencipta dan Pengatur alam semesta sahaja tanpa sekutu; dan ini sepatutnya menuntut agar mereka mentauhidkan-Nya dalam uluhiyyah seperti mana mereka mentauhidkan-Nya dalam rububiyyah. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿قُل لِّمَنِ ٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهَآ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ 84 سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ85 قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلسَّبۡعِ وَرَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 86 سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ 87 قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 88 سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ 89﴾

Katakan: “Kepunyaan siapakah bumi dan siapa yang ada di dalamnya, jika kamu mengetahui.”

Mereka pasti akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “Mengapa kamu tidak ingat?”

Katakan: “Siapakah Tuhan langit yang tujuh dan Tuhan ‘Arsy yang Maha Agung?”

Mereka pasti akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “Mengapa kamu tidak bertakwa?”

Katakan: “Siapakah yang di tangan-Nya kekuasaan segala sesuatu, dan Dia memberi perlindungan tetapi tidak ada yang dapat menentang-Nya, jika kamu mengetahui.”

Mereka pasti akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “Maka bagaimanakah kamu boleh tertipu?” (Surah al-Mu’minūn: 84-89) Apabila mereka mengakui tauhid rububiyyah, maka wajib bagi mereka untuk mengesakan-Nya dalam ibadah sahaja, dan tidak menyekutukan sesiapa pun dalam penyembahan kepada-Nya.

3- Beriman kepada Asma’ dan Sifat-Nya:

Iaitu: Menetapkan apa yang telah Allah tetapkan bagi diri-Nya dalam Kitab-Nya, Atau yang telah ditetapkan bagi-Nya oleh Rasulullah dalam sunnah, Daripada nama-nama dan sifat-sifat-Nya, dengan cara yang sesuai dan layak bagi Allah Ta‘ala, Tanpa mengubah (taḥrīf) dan tanpa menafikan (ta‘ṭīl), Dan tanpa membagaimanakan (takyīf) dan tanpa menyerupakan (tamsīl), Firman Allah Ta'ala:

﴿‌وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِيٓ أَسۡمَٰٓئِهِۦۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ 180﴾

"Allah mempunyai nama-nama terindah, maka berdoalah kepada-Nya dengan nama-nama itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dalam nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas menurut apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Aʿraf: 180) Allah SWT juga berfirman:

﴿‌...لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡءٞۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ﴾

"Tiada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Shūrā: 11)

Syirik terbahagi kepada tiga jenis:

1- Syirik Akbar (besar).

2- Syirik Asghar (kecil).

3- Syirik Khafi (tersembunyi).

1- Syirik Akbar (besar):

Ciri utamanya: Menyamakan selain Allah dengan Allah dalam perkara-perkara yang khusus bagi Allah. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿‌إِذۡ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ 98﴾

"(Apakah kamu menyamakan mereka) sedangkan Kami menciptakan kamu, dan Kami menjadikan kamu setara dengan Tuhan seluruh alam." (Surah al-Syu`ara': 98)

Ia merangkumi: Mengarahkan segala ibadah kepada selain Allah Ta‘ala, Atau mengarahkan sebahagian ibadah kepada selain-Nya سبحانه; seperti doa, memohon pertolongan, nazar, korban, dan lain-lain jenis ibadah.

Atau merangkumi : Menghalalkan apa yang Allah Ta‘ala haramkan, Atau mengharamkan apa yang Allah telah halalkan, Atau meninggalkan apa yang diwajibkan oleh Allah Ta‘ala, Seperti menghalalkan perkara yang telah diketahui haram secara syariat; contohnya menghalalkan zina, arak, derhaka kepada ibu bapa, riba, atau yang serupa dengannya.

Atau mengharamkan apa yang Allah halalkan daripada perkara-perkara yang baik. Atau meninggalkan apa yang diwajibkan oleh Allah Ta‘ala, Seperti meyakini bahawa solat tidak wajib, atau puasa tidak diwajibkan, atau zakat bukan kewajipan.

Syirik Akbar menyebabkan amal menjadi sia-sia, dan kekal di neraka bagi orang yang meninggal dunia dalam keadaan melakukannya. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿‌...وَلَوۡ أَشۡرَكُواْ لَحَبِطَ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ﴾

"…Dan seandainya mereka menyekutukan (Allah), pasti akan sia-sialah apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Anʿām: 88)

Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan itu, Allah tidak akan mengampuninya, dan syurga menjadi haram baginya. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿‌إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ...﴾

“Sungguh, Allah tidak mengampunkan dosa syirik. Dia mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah al-Nisāʾ: 48). Allah juga berfirman:

﴿إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُ...﴾

"Sungguh! Sesiapa yang mensyirikkan Allah, Allah telah mengharamkan syurga buatnya, dan kesudahannya adalah neraka." [Surah al-Māʾidah: 72]

2- Syirik Asghar (kecil):

Iaitu perbuatan yang disebut syirik dalam nas, tetapi tidak sampai kepada tahap Syirik Akbar. Inilah yang disebut Syirik Ashghar (kecil). Contohnya, bersumpah dengan selain Allah Ta‘ala; Seperti bersumpah dengan Kaabah, para Nabi, amanah, kehidupan seseorang, dan sebagainya, Seperti yang disebutkan oleh ﷺ:

«مَنْ حَلَفَ بِغَيرِ اللهِ فَقَدْ كَفَرَ أَو أَشرَكَ».

"Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."2

Ia boleh menjadi syirik besar bergantung kepada apa yang ada di dalam hati pelakunya, Jika dalam hati orang yang bersumpah dengan Nabi atau seorang guru tertentu terdapat kepercayaan bahawa dia seperti Allah, atau dia diseru selain Allah, atau dia mengatur alam ini, maka itu menjadi Syirik Akbar. Adapun jika orang yang bersumpah dengan selain Allah tidak berniat sedemikian, tetapi hanya keluar dari lidahnya tanpa niat itu, kerana dia sudah biasa berbuat demikian, maka itu adalah Syirik Ashghar (kecil). Ini berlaku dengan kerap di beberapa tempat, maka wajib untuk memberi perhatian terhadapnya dan menasihatinya, sebagai penjagaan dan perlindungan terhadap tauhid.

3- Syirik Khafi (tersembunyi):

Ia adalah apa yang berlaku dalam hati berbentuk riak (riya’); Seperti orang yang solat atau membaca Al-Quran untuk dipuji manusia, atau bertasbih supaya mereka memuji, atau bersedekah supaya mereka memuji. Ini membatalkan amalan yang dilakukan dngan tujuan riya’, tanpa membatalkan amalan lain yang ikhlas kerana Allah Ta‘ala.

Nabi SAW bersabda:

«الشِّرْكُ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلَةِ السَّودَاءِ عَلَى الصَّفَاةِ السَّودَاءِ فِي ظُلْمَةِ اللَّيْلِ، وَكَفَّارَتُهُ أَنْ يَقُولَ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنَ الذَّنْبِ الَّذِي لَا أَعْلَمُ».

"Syirik dalam umat ini lebih tersembunyi daripada merayapnya semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap, dan kaffarahnya ialah seseorang berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu dengan sesuatu sedangkan aku mengetahuinya, dan aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa yang tidak aku ketahui.”3

Jenis-jenis kekufuran:

Jenis pertama: Kufur Akbar (kufur besar):

Ia yang menyebabkan kekal di neraka dan ada lima jenis:

1- Kufur penafian (Kufur Takdzib):

Ia adalah kepercayaan bahawa para Rasul berdusta, Perkara ini jarang berlaku dalam kalangan orang kafir, kerana Allah Ta‘ala menguatkan para Rasul-Nya dengan bukti-bukti yang jelas. Keadaan orang-orang yang mendustakan ini hanyalah seperti yang telah digambarkan oleh Allah:

﴿‌وَجَحَدُوا ‌بِهَا ‌وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا...﴾

"Mereka (konco-konco Firaun) konon menafikannya, padahal diri mereka sendiri telah yakin (akan kebenarannya), disebabkan kezaliman dan kesombongan." (Surah al-Nahl: 14)

2- Kufur penolakan dan takbur

Contohnya ialah kufur Iblis; dia tidak menafikan perintah Allah dan tidak mendustakannya, tetapi dia menentangnya dengan penolakan dan kesombongan. Firman Allah Ta'ala:

﴿وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ 34﴾

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam.” Mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan dan sombong, dan dia termasuk orang-orang kafir." (Surah al-Baqarah: 34)

3- Kufur berpaling

Ia berlaku apabila seseorang berpaling dengan telinga dan hatinya daripada mengikuti kebenaran; dia tidak mempedulikannya dan tidak menaruh perhatian kepadanya. Firman Allah Ta'ala:

﴿وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعۡرَضَ عَنۡهَآۚ إِنَّا مِنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُنتَقِمُونَ22﴾

"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang berdosa." (Surah al-Sajadah: 22)

Adapun berpaling sebahagian, ia adalah maksiat, bukan kufur seperti orang yang berpaling daripada mempelajari sebahagian kewajipan agama, contohnya hukum puasa atau haji dan seumpamanya.

4- Kufur keraguan

Ia berlaku apabila seseorang bimbang dan tidak yakin dengan kebenaran, bahkan meragukannya, seperti yang disebut dalam firman Allah:

﴿وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَذِهِ أَبَدًا 35 وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِنْ رُدِدْتُ إِلَى رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِنْهَا مُنْقَلَبًا 36﴾

"Lalu dia masuk ke dalam kebunnya dalam keadaan menzalimi diri sendiri, dia berkata: ‘Aku tidak menyangka ini akan binasa selama-lamanya.’

Aku tidak rasa yang hari kiamat akan berlaku, dan jika berlaku, lalu aku dikembalikan kepada Tuhanku, nescaya aku akan mendapat balasan yang lebih baik daripada ini semua." (Surah al-Kahfi: 35-36)

5- Kufur munafik

Ia ialah apabila seseorang menampakkan keimanan dengan lidahnya, tetapi di dalam hatinya dia mendustakan. Firman Allah Ta'ala:

﴿وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ 8﴾

"Dan antara manusia ada yang berkata: ‘Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhir,’ padahal mereka sebenarnya bukan orang-orang yang beriman." (Surah al-Baqarah: 8)

Inilah jenis-jenis Kufur Akbar yang mengeluarkan seseorang daripada agama (Islam).

Jenis kedua: Kufur Asghar (Kufur kecil):

Jenis ini tidak menjadikan pelakunya kekal di dalam neraka. Iaiu apa yang disebut dalam Al-Quran dan Sunnah sebagai kufur, tetapi tidak ditakrifkan dengan ‘alif’ dan ‘lam’, sebaliknya disebut secara umum. Contohnya sangat banyak, antaranya: Hadis Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

«اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ، وَالنِّيَاحَةُ عَلَى المَيِّتِ».

"Dua perkara dalam kalangan manusia yang termasuk kufur: Mencela keturunan, dan meratapi orang yang telah mati."4

2) Beriman kepada malaikat:

Malaikat merupakan makhluk ghaib. Allah menciptakan mereka daripada cahaya. Mereka hanya beribadah kepada Allah sahaja. Mereka tidak memiliki sebarang sifat ketuhanan atau rububiyyah. Mereka tidak pernah menderhaka kepada perintah Allah dan melaksanakan segala yang diperintahkan. Bilangan mereka sangat banyak, dan hanya Allah sahaja yang mengetahui jumlahnya.

Beriman kepada malaikat merangkumi empat perkara:

1- Beriman kepada kewujudan mereka.

2- Beriman kepada malaikat-malaikat yang Allah telah namakan, seperti Jibril, Mikail, Israfil dan lain-lain. Bagi malaikat yang tidak diketahui namanya, kita tetap beriman kepadanya secara umum.

3- Beriman kepada sifat-sifat malaikat yang telah Allah jelaskan dalam Al-Quran dan Sunnah, Sebagai contoh, sifat Jibril, kerana Nabi ﷺ telah memberitahu bahawa baginda melihat Jibril dalam keadaan yang diciptakan Allah, dengan enam ratus sayap yang menutupi seluruh cakrawala.

4- Beriman kepada amalan-amalan mereka yang telah Allah jelaskan kepada kita seperti sentiasa bertasbih kepada Allah dan beribadah kepada-Nya sepanjang siang dan malam tanpa penat atau jemu.

Contohnya: Jibril ialah malaikat yang diamanahkan sebagai penyampai wahyu.

Israfil: Malaikat yang diamanahkan untuk meniup sangkakala.

Malaikat maut: Malaikat yang diamanahkan untuk mencabut nyawa ketika mati.

Maalik: Penjaga Neraka. Ridhwan: Penjaga Syurga dan juga selain mereka.

3) Beriman kepada kitab-kitab Allah:

Yang dimaksudkan dengan kitab-kitab ialah kitab-kitab samawi yang diturunkan Allah kepada para rasul-Nya, Sebagai petunjuk bagi seluruh manusia dan rahmat bagi mereka, agar mereka mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Beriman kepada kitab-kitab Allah merangkumi empat perkara:

1- Beriman bahawa kitab-kitab itu benar-benar diturunkan oleh Allah.

2- Beriman kepada nama-nama kitab yang telah diketahui, seperti al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad ﷺ, Taurat yang diturunkan kepada Musa ‘alaihis-salam, Injil yang diturunkan kepada ‘Isa ‘alaihis-salam, Zabur yang diberikan kepada Dawud AS.

Adapun kitab-kitab yang nama-namanya tidak kita ketahui, kita beriman kepadanya secara umum.

3- Membenarkan apa yang disampaikan didalamnya seperti khabar di dalam al-Quran, dan berita-berita daripada kitab-kitab terdahulu yang tidak diseleweng.

4- Mengamalkan hukum-hakam daripada kitab-kitab yang belum dimansuhkan, serta reda dan patuh kepadanya, sama ada kita memahami hikmahnya atau tidak. Semua kitab-kitab terdahulu telah dimansuhkan dengan al-Quran yang agung, Maka tidak dibenarkan mengamalkan sebarang hukum daripada kitab-kitab terdahulu kecuali yang sahih daripadanya dan disahkan oleh al-Quran atau Sunnah Nabi ﷺ.

4) Beriman kepada para rasul AS.

Para rasul: jamak bagi rasul; ialah golongan dalam kalangan manusia yang diwahyukan syariat kepadanya dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Orang yang pertama dalam kalangan mereka adalah Nuh AS dan yang terakhir adalah Muhammad . Mereka adalah manusia yang diciptakan, Tidak mempunyai sebarang sifat khusus seperti sifat-sifat rububiyyah (urus tadbir alam) atau uluhiyyah (ketuhanan).

Beriman kepada para rasul merangkumi:

1- Beriman bahawa risalah mereka benar daripada Allah, Sesiapa yang kafir terhadap risalah seorang sahaja daripada mereka, maka ia telah kafir terhadap semuanya.

2- Beriman kepada rasul-rasul yang diketahui namanya, seperti: Muhammad, Ibrahim, Musa, ‘Isa, dan Nuh AS. Mereka termasuk golongan ulul ‘azmi antara para rasul.

Adapun rasul-rasul yang namanya tidak kita ketahui, maka kami beriman kepada mereka secara keseluruhan (umum). Firman Allah Ta'ala:

﴿‌وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلٗا مِّن قَبۡلِكَ مِنۡهُم مَّن قَصَصۡنَا عَلَيۡكَ وَمِنۡهُم مَّن لَّمۡ نَقۡصُصۡ عَلَيۡكَ...﴾

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul sebelum engkau; antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu. (Surah Ghāfir: 78)

3- Membenarkan segala berita yang sahih daripada mereka AS.

4- Mengamalkan syariat yang diutus kepada penutup rasul, Muhammad ﷺ.

5) Beriman kepada hari akhirat:

Iaitu hari kiamat, di mana manusia dibangkitkan untuk dihisab dan diberi balasan. Hari itu dinamakan sedemikian kerana tiada hari selepasnya; penghuni syurga akan menetap di tempat mereka, dan penghuni neraka juga di tempat mereka.

Beriman kepada hari akhirat meliputi tiga perkara:

a) Beriman kepada kebangkitan semula (al-Ba‘ts):

Iaitu dihidupkan kembali orang-orang yang telah mati apabila sangkakala ditiup untuk kali kedua, Maka manusia akan bangkit di hadapan Tuhan sekalian alam, dengan berkaki ayam tanpa alas, telanjang tanpa seurat kain, dan tidak disunatkan. Firman Allah Ta'ala:

﴿كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ ‌وَعْدًا ‌عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ 104﴾

“Sebagaimana Kami memulakan penciptaan yang pertama, begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah janji Kami. Sesungguhnya Kami adalah Pencipta yang mampu melaksanakannya. (Surah al-Anbiya: 104)

b) Beriman kepada hisab dan pembalasan:

Di mana hamba akan dihisab atas amalannya, dan dibalas setiap amalannya. Allah Ta‘ala berfirman:

﴿إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَهُمۡ 25 ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُم 26

“Sesungguhnya kepada Kami mereka kembali,

Kemudian sesungguhnya Kami akan menghisab mereka” (Surah al-Ghashiyah: 25-26)

c) Beriman kepada syurga dan neraka:

Dan kedua-duanya adalah tempat pengakhiran yang kekal bagi seluruh makhluk; Syurga ialah tempat kenikmatan yang disediakan Allah Ta‘ala untuk orang-orang beriman yang bertakwa dan menunaikan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya , Di dalamnya terdapat segala nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, atau terlintas di hati manusia.

Adapun neraka; Ia merupakan tempat azab, Yang disediakan Allah Ta‘ala untuk orang-orang kafir yang ingkar kepada Allah dan menderhaka kepada para rasul-Nya. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis seksaan dan azab yang tidak terlintas di hati manusia.

6) Beriman kepada takdir, baik dan buruknya:

Yang dimaksud dengan takdir ialah: Penentuan Allah Ta‘ala terhadap apa yang akan berlaku, sesuai dengan ilmu-Nya sejak terdahulu dan kehendak-Nya yang bijaksana.

Beriman kepada takdir merangkumi empat perkara:

1- Ilmu: iaitu beriman kepada ilmu Allah Ta‘ala, bahawa Dia Maha Mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku, bagaimana terjadinya, secara keseluruhan dan terperinci, sejak azali hingga selamanya. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang belum berlaku, jika ia berlaku, bagaimana ia akan terjadi. Sebagaimana Allah berfirman,

﴿‌وَلَوۡ رُدُّواْ لَعَادُواْ لِمَا نُهُواْ عَنۡهُ ...﴾

“Dan sekiranya mereka dikembalikan (ke dunia), pasti mereka akan kembali kepada apa yang telah dilarang daripada mereka…” (Surah al-Anʿam: 28)

2- Penulisan: iaitu bahawa Allah Ta’ala telah menulis takdir setiap sesuatu sehingga hari kiamat. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

﴿أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا فِي ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِۚ إِنَّ ذَٰلِكَ فِي كِتَٰبٍۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٞ 70

"Tidakkah engkau tahu bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya itu semua tertulis dalam sebuah kitab. Sesungguhnya perkara itu bagi Allah adalah mudah." (Surah al-Hajj: 70)

3- Kehendak: iaitu beriman bahawa tiada sesuatu pun berlaku di alam ini melainkan dengan izin dan kehendak Allah Ta’ala. Firman Allah Ta'ala:

﴿وَرَبُّكَ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُ وَيَخۡتَارُ ...﴾

“Tuhanmu mencipta apa yang Dia kehendaki dan memilih (apa yang Dia mahu)…” (Surah al-Qasas: 68) Dan manusia mempunyai kehendak, tetapi ia tidak melebihi kehendak Allah, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

﴿وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ 29

"Dan kamu tidak dapat berkehendak kecuali apabila Allah, Tuhan sekalian alam, menghendakinya." (Surah al-Takwīr: 29)

4- Penciptaan: Iaitu beriman bahawa Allah ﷻ mencipta segala makhluk dan perbuatan mereka, sama ada baik atau buruk, Firman Allah Ta'ala:

﴿ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَيۡءٖۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ وَكِيلٞ 62

“Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia adalah Pemelihara atas setiap sesuatu.” (Surah al-Zumar: 62)

Dan keempat-empat martabat ini telah dihimpunkan dalam bait syair berikut:

“Ilmu, penulisan (dalam Lauh Mahfuz), kehendak Tuhan kita, dan ciptaan-Nya — semuanya diwujudkan dan jadikan.”

Perbahasan Ketiga: Ihsan

Ihsan: terdiri darı satu rukun sahaja bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Iaitu: Seorang hamba melakukan segala ibadah yang diperintahkan oleh Allah seolah-olah dia sedang berdiri di hadapan Allah . Dan hal itu menuntut kesempurnaan rasa takut (khusyuk) dan kembali taat sepenuhnya kepada-Nya. Ia juga menuntut pelaksanaan ibadah menurut sunnah Rasul .

Ihsan terbahagi kepada dua tingkatan dan orang-orang yang melakukan ihsan berada pada dua tingkat yang berbeza-beza.

Darjat pertama: iaitu darjat yang tertinggi, darjat al-musyahadah (penyaksian); Iaitu seorang hamba beramal seolah-olah dia menyaksikan Allah dengan hatinya, sehingga hati menjadi bercahaya dengan iman, sehingga yang ghaib menjadi jelas seolah-olah nyata.

Darjat kedua: Darjat ikhlas dan muraqabah (pengawasan), Iaitu seorang hamba beramal dengan menghadirkan rasa seolah-olah Allah sedang menyaksikannya dan memperhatikan perbuatannya. Apabila dia menghadirkan hal ini, maka dia beramal dengan ikhlas untuk Allah .

Perbahasan Keempat: Prinsip Ahlus Sunnah wal-Jamaah

Pertama: Mengikuti apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah, sama ada zahir mahupun batin, Tidak mendahulukan perkataan sesiapa pun daripada perkataan Allah dan Rasul-Nya .

Kedua: Menjaga kesucian hati dan lidah mereka terhadap para sahabat Rasulullah , Mereka berpegang bahawa khalifah selepas Rasulullah adalah Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Uthman, kemudian Ali .

Ketiga: Mencintai Ahlul Bait Rasulullah , menyokong dan memelihara mereka, terutama ahli-ahli keluarganya yang soleh.

Keempat: Tidak memberontak terhadap para imam dan pemerintah, walaupun mereka berbuat zalim. Mereka didoakan agar mendapat kebaikan dan keselamatan. Dan tidak didoakan kecelakaan atau keburukan atas mereka. Ketaatan kepada mereka adalah sebahagian daripada ketaatan kepada Allah , selagi mereka tidak memerintahkan kearah kemaksiatan. Sekiranya mereka memerintahkan untuk melakukan maksiat, maka mereka tidak ditaati dalam hal itu. Ketaatan kepada mereka dalam perkara-perkara yang baik dan dibenarkan tetap diapatuhi.

Kelima: Meyakini karamah para wali. Ia merupakan perkara-perkara luar biasa yang Allah wujudkan melalui tangan mereka.

Keenam: Mereka tidak mengkafirkan ahli kiblat hanya kerana melakukan dosa-dosa dan maksiat-maksiat besar. Seperti yang dilakukan oleh Khawarij, Tetapi ukhuwah iman tetap teguh meskipun ada dosa dan maksiat, Pandangan mereka tentang pelaku maksiat ialah: Dia seorang mukmin kerana imannya, tetapi fasik kerana dosa besarnya.

Bab Kedua: Hal berkaitan Ibadat

Bahagian Pertama: Taharah (Bersuci)

Bersuci dari sudut bahasa: Bersih dan suci daripada sebarang kekotoran yang bersifat zahir dan batin.

Dari sudut syarak: Menghilangkan hadas dan menghapuskan najis. Bersuci merupakan kunci sebelum solat, Oleh itu, setiap Muslim wajib untuk belajar dan memberi perhatian kepada hal ini kerana ia termasuk urusan penting di dalam agama.

Pertama: Pembahagian air

1- Air Mutlak: iaitu air yang sah digunakan untuk bersuci, sama ada kekal dalam keadaan asal kejadiannya, seperti air hujan, sungai, atau air laut atau bercampur dengan benda suci, tetapi tidak terlalu banyak sehingga mampu mengubah sifat dan nama asalnya.

2- Air Najis: air yang tidak boleh digunakan, tidak sah digunakan untuk mengangkat hadas, dan tidak dapat menghilangkan najis, iaitu air yang telah berubah warna, bau, atau rasanya kerana bercampur dengan najis.

Kedua: Najis

Najis: ialah kekotoran tertentu, yang jenisnya akan menghalang sahnya solat, seperti air kencing, tahi, darah dan lain-lain. Najis itu boleh terdapat pada tubuh badan, tempat (solat), atau pakaian.

Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus dan suci, maka sesiapa yang mendakwa sesuatu itu najis perlulah merujuk kepada dalil. Perkara yang bukan termasuk najis: kahak, peluh manusia dan peluh keldai. Semua itu adalah suci walaupun dianggap kotor. Setiap yang najis itu adalah kotor, tetapi tidak setiap yang kotor itu najis.

Najis terbahagi kepada tiga peringkat:

Pertama: Najis Mughalazah (najis berat);

seperti: najis bekas jilatan anjing, Cara menyucikannya ialah dengan membasuh sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah.

Kedua: Najis Mukhaffafah (najis ringan);

Seperti air kencing (bayi lelaki yang masih menyusu) apabila terkena pada pakaian dan seumpamanya. Cara menyucikannya ialah dengan memercikkan air ke atasnya sehingga menutupi (tempat terkena najis itu), dan tidak perlu digosok atau diperah.

Ketiga: Najis Mutawassitah (najis pertengahan);

Seperti air kencing manusia dan tahinya, serta kebanyakan najis lain, apabila terkena pada tanah, pakaian atau yang seumpamanya. Cara menyucikannya ialah dengan menghilangkan zat najis, kemudian membersihkan tempatnya dengan air atau alat pembersih yang lain.

Antara perkara yang mempunyai dalil tentang kenajisannya ialah:

1- Air kencing manusia dan tahinya.

2- Air Madzi dan Wadi.5

3- Tahi haiwan yang tidak dimakan dagingnya.

4- Darah haid dan nifas.

5- Air liur anjing.

6- Bangkai, dikecuali beberapa jenis daripadanya:

a- Manusia apabila mati.

b- Bangkai ikan dan belalang.

c- Bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir seperti lalat, semut, lebah dan seumpamanya.

d- Tulang bangkai, tanduknya, kukunya, bulunya dan bulu sayapnya.

Cara menyucikan najis adalah:

1- Dengan air, dan inilah asal dalam menyucikan segala najis, maka tidak boleh menggunakan selain daripadanya:

2- Apa yang telah ditentukan oleh syarak berkenaan cara menyucikan benda-benda yang najis atau terkena najis:

a- Disucikan kulit bangkai dengan cara disamak.

b- Menyucikan bekas (bekas makanan/minuman) yang dijilat anjing ialah dengan menyamaknya.

c- Menyucikan pakaian yang terkena darah haid ialah dengan menggosoknya, kemudian menyentalnya dengan air, kemudian memercikkannya. Jika masih ada kesan selepas itu, ia tidak memudaratkan.

d- Hujung pakaian wanita menjadi suci dengan lalu di atas tanah yang suci.

e- Menyucikan pakaian yang terkena air kencing bayi lelaki yang masih menyusu ialah dengan memercikkan air, manakala daripada kencing bayi perempuan ialah dengan basuhan.

f- Menyucikan pakaian daripada madzi ialah dengan memercikkan air ke tempat yang terkena.

g- Menyucikan bahagian bawah kasut ialah dengan menyapukannya pada tanah yang suci.

h- Menyucikan tanah daripada najis ialah dengan menuangkan sebaldi air pada tempat tersebut, atau membiarkannya hingga kering dengan panas matahari atau tiupan angin. Apabila hilang kesan najis itu, maka tanah tersebut menjadi suci.

Ketiga: Perkara yang haram dilakukan oleh orang yang berhadas:

Perkara-perkara yang haram bagi orang yang berhadas kecil atau besar:

1- Solat, sama ada fardu atau sunat; Berdasarkan riwayat daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما bahawa Nabi ﷺ bersabda:

«لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاَةً بِغَيْرِ طُهُورٍ».

"Allah tidak menerima solat tanpa bersuci."6

4. Menyentuh mashaf al-Quran. Berdasarkan apa yang terdapat dalam surat yang ditulis oleh Rasulullah kepada ‘Amr bin Hazm, di dalamnya Baginda bersabda:

«لَا يَمَسُّ الْقُرْآنَ إِلَّا طَاهِرٌ».

"Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci."7

3- Tawaf di Kaabah; Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

«الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلاةٌ، إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَبَاحَ فِيهِ الْكَلَامَ».

"Tawaf di Baitullah itu adalah (seperti) solat, hanya sahaja Allah membolehkan padanya percakapan."8 Dan Nabi ﷺ berwuduk untuk tawaf, serta sahih bahawa Baginda ﷺ melarang wanita yang haid daripada tawaf di Baitullah sehingga dia suci.

Adapun perkara yang haram dilakukan bagi orang yang berhadas besar sahaja ialah:

1- Membaca al-Quran; Ali bin Abi Talib R.A meriwayatkan: Berdasarkan hadis ‘Ali رضي الله عنه: "Tidak ada sesuatu pun yang menghalang Baginda – iaitu Nabi ﷺ – daripada al-Quran, melainkan junub."9

2- Berada di dalam masjid tanpa wuduk; berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغۡتَسِلُواْ...﴾

﴾Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (mendekatinya) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali sekadar melintas sahaja, sehingga kamu mandi…﴿ (Surah al-Nisa’: 43)

Apabila orang yang berhadas besar sudah berwuduk, maka dia dibolehkan berada di dalam masjid. Begitu juga, orang yang berhadas besar dibenarkan melintas di dalam masjid sekadar untuk lalu sahaja, tanpa duduk di dalamnya.

Keempat: Adab ketika membuang hajat:

Disunatkan ketika membuang hajat dengan:

1- Menjauhkan diri dan menutup diri daripada pandangan manusia dengan berada di tempat yang tertutup.

2- Membaca doa yang diajarkan ketika masuk tandas, iaitu:

«اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ».

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan betina."10

Perkara yang wajib ketika membuang hajat:

1- Menjaga diri daripada percikan air kencing.

2- Menutup aurat.

Perkara yang haram ketika membuang hajat:

1- Menghadap atau membelakangi kiblat.

2- Membuang hajat pada jalan yang dilalui orang ramai dan tempat awam.

3- Kencing di air yang bertakung.

Perkara yang makruh ketika membuang hajat:

1- Menyentuh zakar dengan tangan kanan ketika membuang hajat.

2- Beristinja’ atau beristijmar (bersuci selepas buang air dengan batu, tisu, atau benda kesat yang suci dengan tangan kanan.

3- Bercakap, khususnya menyebut nama Allah عز وجل, ketika membuang hajat.

Kelima: Hukum-hukum Istinja’ dan Istijmar:

Istinja’: menghilangkan kesan sesuatu yang keluar daripada dua jalan (qubul dan dubur) dengan air.

Istijmar: menghilangkan kesan sesuatu yang keluar daripada qubul dan dubur dengan selain air seperti batu atau tisu.

Syarat benda yang boleh digunakan untuk istijmar:

1- Hendaklah sesuatu yang dibolehkan.

2- Hendaklah sesuatu yang suci.

3- Hendaklah sesuatu yang dapat membersihkan.

4- Tidak boleh daripada tulang atau tahi.

5- Tidak boleh daripada sesuatu yang dimuliakan seperti kertas yang terdapat padanya nama Allah.

Harus melakukan istijmar dengan dua syarat:

1- Kesan yang keluar tidak melebihi tempat kebiasaan.

2- Istijmar dilakukan dengan tiga biji batu atau lebih sehingga dapat membersihkan .

Keenam: Hukum Wuduk:

Wuduk diwajibkan sebelum melakukan tiga bentuk ibadat:

1- Solat sama ada solat fardu atau solat sunat.

2- Menyentuh mushaf.

3- Tawaf.

Syarat wuduk:

1- Islam.

2- Berakal.

3- Mumayyiz (dapat membezakan baik dan buruk).

4- Niat: tempatnya di hati, melafazkannya adalah bidaah. Sesiapa yang hendak berwuduk, maka dia telah melakukan niat. Adapun membasuh anggota wuduk dengan tujuan menyejukkan badan atau membersihkan diri, maka itu tidak dikira sebagai wuduk.

5- Berterusan dalam niatnya: dengan tidak berniat menghentikannya hingga wudunya selesai.

6- Terhentinya perkara yang membatalkan wuduk, dikecualikan daripada hal ini ialah orang yang mengalami masalah kencing tidak lawas dan wanita yang istihadhah.

7- Sebelumnya telah beristinja’ atau beristijmar, bagi orang yang berhadas.

8- Air yang digunakan mestilah suci lagi menyucikan.

9- Menghilangkan sesuatu yang menghalang sampainya air ke kulit.

10- Masuk waktu solat bagi orang yang hadasnya keluar secara berterusan (seperti salisul-baul atau istihadhah).

Rukun wuduk:

1- Membasuh muka, termasuk berkumur dan memasukkan air ke hidung.

2- Membasuh kedua-dua tangan beserta siku.

3- Menyapu seluruh kepala, termasuk kedua telinga.

4- Membasuh kedua-dua kaki beserta buku lali.

5- Mengikut tertib antara anggota wuduk.

6- Muwalah (berturut-turut), iaitu tidak memisahkan antara anggota wuduk dengan jarak masa yang lama.

Cara berwuduk:

1- Membaca basmalah.

2- Membasuh kedua tapak tangan sebanyak tiga kali.

3- Membasuh muka sebanyak tiga kali, termasuk berkumur dan memasukkan air ke hidung.

4- Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali, dimulai dengan tangan kanan kemudian kiri.

5- Menyapu kepala bersama kedua-dua telinga.

6- Membasuh kedua kaki hingga buku lali sebanyak tiga kali, dimulai dengan kaki kanan kemudian kiri.

Perkara yang membatalkan wuduk:

1- Sesuatu yang keluar daripada qubul dan dubur, seperti kencing, kentut, dan tahi.

2- Sesuatu yang keluar banyak dan najis daripada badan.

3- Hilang akal sama ada kerana tidur atau selainnya.

4- Menyentuh kemaluan dengan tangan, sama ada qubul atau dubur, tanpa lapik.

5- Memakan daging unta.

6- Murtad daripada Islam – semoga Allah melindungi kita dan seluruh Muslim daripadanya.

Ketujuh: Hukum menyapu atas khuf dan stokin:

1- Khuf: Apa sahaja yang dipakai di kaki daripada kulit atau seumpamanya.

2- Stokin: Apa sahaja yang dipakai di kaki daripada bulu, kapas atau seumpamanya.

Syarat menyapu khuf dan stokin:

1- Memakainya setelah selesai bersuci.

2- Menutup kaki beserta buku lali.

3- Kedua-duanya suci.

4- Menyapu dalam tempoh yang dibenarkan.

5- Menyapu ketika wuduk, bukan ketika mandi wajib.

6- Khuf atau seumpamanya mestilah boleh digunakan. Jika ia dicuri atau dihasilkan daripada sutera bagi lelaki, tidak sah menyapu ke atasnya kerana yang haram tidak boleh dijadikan alasan untuk mengambil kemudahan.

Batas waktu menyapu khauf:

Bagi orang yang bermukim: sehari semalam. Bagi musafir: tiga hari beserta malamnya.

Cara menyapu khauf:

Basahkan tangan dengan air, kemudian sapu bahagian atas stokin atau khuf, dari jari kaki hingga ke betis, sekali sahaja.

Perkara yang membatalkan sapuan:

1- Tamat tempoh menyapu.

2- Menanggalkan stokin atau salah satunya.

3- Terjadi hadas besar.

Hukum menyapu ke atas khuf:

Ia adalah keringanan (rukhsah), dan melakukannya lebih afdhal daripada menanggalkan khuf dan membasuh kaki; diambil berdasarkan keringanan yang Allah berikan, meneladani Nabi , dan berbeza dengan amalan pelaku bidaah.

3- Menyapu ke atas balutan dan plaster perubatan:

Jabā’ir ialah sesuatu yang diikat pada tulang yang patah; sama ada daripada balutan, kayu penyokong, atau seumpamanya.

Pembalut (al-asaa’ib): apa sahaja yang diikat pada luka, lebam, atau melecur; daripada kain atau seumpamanya.

Plaster perubatan: apa sahaja yang melekat pada luka atau bisul untuk tujuan perubatan.

Hukum menyapu ke atasnya:

Dibenarkan apabila perlu memakainya, dengan syarat tidak melebihi kawasan yang diperlukan.

Tidak dibenarkan apabila keperluan untuk memakai sudah tiada, atau jika dibuka tidak lagi mendatangkan kesusahan ataupun mudarat.

Cara menyapu ke atasnya:

Basuh bahagian sekelilingnya, dan sapu ke atasnya dari semua sisi, Jangan menyapu bahagian yang melebihi kawasan wuduk.

Kelapan: Hukum Tayammum:

Tayammum ialah menyapu muka dan kedua tangan dengan tanah bersih, dengan niat bersuci, menurut cara yang tertentu.

Hukumnya:

Tayammum diwajibkan sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib apabila air tidak ada atau tidak mampu menggunakannya.

Hikmah disyariatkan tayammum:

Tayammum merupakan salah satu keistimewaan umat Muhammad , Tayammum tidak pernah dikenal dalam kalangan umat terdahulu, tetapi dikurniakan oleh Allah sebagai kelonggaran dan kebaikan untuk umat ini.

Keadaan yang disyariatkan tayammum:

1- Apabila ketiadaan air, sama ada di tempat tinggal asal atau semasa musafir bahkan setelah dicari tetap tidak ditemui.

2- Jika seseorang mempunyai air, tetapi air itu diperlukan untuk minum atau memasak. Sekiranya digunakan untuk bersuci, ia akan menjejaskan keperluan penting seperti mengelakkan kehausan dirinya, orang lain, atau haiwan yang bernilai.

3- Apabila takut akan terjadi mudarat pada tubuh sekiranya menggunakan air kerana sakit atau kelewatan untuk sembuh.

4- Jika seseorang tidak mampu menggunakan air kerana sakit yang menghalang pergerakan, tiada orang yang boleh menolongnya untuk berwuduk, dan dia bimbang jika terlepas waktu solat.

5- Apabila takut kesejukan jika menggunakan air dan tidak ada cara untuk memanaskannya, maka dia melakukan tayammum dan solat.

Tatacara tayammum:

Hendaklah meregangkan jari sebelum menepuk tanah, kemudian menyapu mukanya, lalu menyapu kedua-dua tangan dengan telapak tangannya, serta meratakan sapuan ke seluruh muka dan kedua tangan.

Perkara yang membatalkan tayammum:

1- Tayammum dilakukan kerana ketiadaan air, oleh itu terbatal tayammum jika sudah wujudnya air. atau tayammum yang dilakukan jika tidak mampu menggunakan air akan terbatal sekiranya sudah mampu menggunakannya.

2- Tayammum juga batal dengan salah satu perkara yang membatalkan wuduk, atau dengan sebab-sebab yang mewajibkan mandi wajib, seperti janabah, haid, dan nifas.

Hukum bagi orang yang tidak mampu menggunakan air dan melakukan tayammum:

Jika tiada air dan tiada tanah, atau seseorang berada dalam keadaan yang tidak mampu menyentuh kulitnya dengan air atau tanah, maka dia solatlah mengikut keadaannya tanpa wuduk dan tanpa tayammum; kerana Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Sekiranya dia mendapat air dan tanah selepas itu, atau mampu menggunakannya. Dia tidak perlu mengulangi solat yang telah dilakukan, kerana dia sudah melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya. Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿...فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ...﴾

{Oleh itu, bertakwalah kepada Allah menurut kemampuanmu.} (Surah al-Taghabun: 16). Dan sabda Nabi ﷺ:

«إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ».

“Apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu perintah, maka lakukanlah daripadanya sekadar yang kamu mampu.”11

Faedah: Jika seseorang bertayammum kerana junub, kemudian dia menemui air, maka wajib baginya untuk mandi wajib.

Kesembilan: Hukum haid dan nifas:

Pertama: Haid:

Ia adalah darah yang bersifat semula jadi, yang keluar dari pangkal rahim pada waktu-waktu tertentu. Biasanya ia akan keluar setiap bulan selama enam atau tujuh hari, tetapi boleh lebih atau kurang, kitaran haid seorang wanita ada kalanya panjang atau pendek, mengikut tabiat yang Allah SWT tetapkan pada dirinya.

Hukum bagi wanita haid:

1- Wanita yang sedang haid tidak solat dan tidak berpuasa sepanjang tempoh haidnya, dan ibadah itu tidak sah jika dilakukan ketika itu.

2- Wanita haid perlu mengganti puasa selepas suci daripada haid, tetapi tidak perlu mengganti solat.

3- Tidak dibolehkan baginya tawaf di Baitullah, tidak membaca al-Quran, dan tidak duduk di masjid. 4- Suaminya diharamkan untuk menggaulinya sehingga haid berhenti dan dia mandi wajib.

5- Suaminya boleh mencumbuinya dengan mencium, menyentuh dan sebagainya, selain jimak di kemaluan.

6- Tidak dibenarkan bagi suami menceraikannya ketika dia haid.

Suci maksudnya berhentinya darah. Jika darah berhenti, maka ia telah suci dan masa haidnya telah selesai, maka wajib baginya mandi wajib, kemudian dia boleh kembali melakukan semua amalan yang sebelumnya dilarang kerana haid.

Jika setelah suci ia melihat darah berwarna keruh atau kuning, maka itu tidak dianggap haid.

Kedua: Nifas:

Nifas adalah darah yang keluar dari rahim ketika melahirkan dan setelahnya. Ia merupakan sisa darah yang tertahan selama masa kehamilan.

Nifas sama seperti haid terkait hal yang dibolehkan, seperti berhubungan intim dengan istri di selain kemaluan.

Demikian pula terkait hal yang diharamkan, seperti berhubungan intim pada kemaluan, larangan puasa, solat, talak, tawaf, membaca Al-Qur`an, dan berdiam di masjid. Dan wajib mandi wajib apabila darahnya berhenti, sama seperti wanita haid.

Dia wajib mengganti puasanya, tetapi tidak perlu mengganti salat, sama seperti wanita haid.

Tempohnya maksimum nifas ialah empat puluh hari. Jika Bila darah wanita yang nifas berhenti sebelum empat puluh hari, maka nifasnya telah selesai, sehingga ia harus mandi, mengerjakan solat, dan ia boleh melakukan semua hal yang dilarang dengan sebab nifas.

Bahagian Kedua: Solat

Pertama: Hukum azan dan iqamah:

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah Nabi . Sebab pensyariatannya ialah tatkala umat Islam kesulitan untuk mengetahui waktu salat, maka mereka bermusyawarah untuk membuat penandanya. Kemudian Abdullah bin Zaid diperlihatkan azan tersebut dalam mimpi, dan wahyu hal itu dikukuhkan oleh waktu.

Azan adalah pemberitahuan masuknya waktu salat. Iqamah ialah pemberitahuan untuk mendirikan salat.

Azan dan iqamah adalah fardu kifayah ke atas sekumpulan lelaki bagi solat fardu. Keduanya merupakan syiar Islam yang nyata, maka tidak dibenarkan meninggalkannya.

Syarat-syarat azan:

1- Muazin mestilah lelaki.

2- Lafaz azan disusun mengikut tertibnya.

3- Azan mestilah bersambung tanpa terputus.

4- Azan mestilah selepas masuk waktu solat, Dikecualikan bagi azan pertama pada waktu subuh dan solat Jumaat.

Sunnah azan:

1- Meletakkan kedua-dua jari telunjuk di telinga.

2- Azan pada awal waktu.

3- Menoleh ketika mengucapkan “Hayya ‘alal-falah” ke kanan dan kiri.

4- Menggunakan suara yang baik.

5- Melafazkan azan dengan tenang, tanpa memanjangkan atau melambatkan secara berlebihan.

6- Berhenti sejenak pada setiap kalimat azan.

7- Menghadap kiblat ketika azan.

Azan terdiri daripada lima belas kalimat, seperti yang dilakukan Bilal ketika azan di hadapan Rasulullah secara berterusan.

Lafaz azan:

Allahu Akbar: empat kali.

Asyhadu an la ilaha illallah: dua kali.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah: dua kali.

Hayya ‘alas-salah: dua kali.

Hayya ‘alal-falah: dua kali.

Kemudian membaca: Allahu Akbar: dua kali.

Kemudian mengakhiri dengan: La ilaha illallah: sekali.

Dan ditambah pada waktu subuh selepas “Hayya ‘alal-falah”: “al-Solatu Khairun Min al-Naum” dua kali; kerana pada waktu itu orang kebanyakan sedang tidur.

Iqamah terdiri daripada sebelas kalimat yang diucapkan dengan cepat, kerana ia untuk memberitahu orang yang hadir, jadi tidak perlu dipanjangkan.

Bentuk iqamah seperti berikut:

Allahu Akbar: dua kali.

Asyhadu an la ilaha illallah: sekali.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah: sekali.

Hayya ‘alas-salah: sekali.

Hayya ‘alal-falah: sekali.

Qad qamatis-salah: dua kali.

Allahu Akbar: dua kali.

La ilaha illallah: sekali.

Disunnahkan bagi orang yang mendengar azan untuk mengucapkan seperti yang dikatakan oleh muazin, kecuali pada “Hayya ‘ala al-Salah” dan “Hayya ‘ala al-Falah”, di mana dia membaca: “La hawla wa la quwwata illa billah”, kemudian berselawat ke atas Nabi . Setelah itu, dia membaca doa:

«اللهمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلاةِ القَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ».

"Allahumma rabbah hadhihid-da‘watit-tammah, wassalatil-qaimah, ati Muhammadan al-wasilata wal-fadilah, wab‘athhu maqaman mahmudan alladhi wa‘adtahu, innaka la tukhliful-mi‘ad"12.

Dia juga hendaknya mengucapkan,

«رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا».

"Raditu billahi rabban, wa bi al-islam dīnan, wa bi-Muhammadin ﷺ nabiyyan"13.

Dilarang keluar dari masjid selepas azan tanpa alasan atau niat untuk kembali.

Apabila menjamak dua solat, maka cukup dengan satu azan dan iqamah untuk setiap solat.

Kedua: Kedudukan solat dan kelebihannya:

Solat ialah rukun Islam yang paling penting selepas dua kalimah syahadah, Ia mempunyai kedudukan yang istimewa, kerana Allah mewajibkannya ke atas Rasul-Nya ﷺ pada malam Isra’ dan Mikraj di langit, yang menunjukkan betapa agungnya solat, kepentingannya, dan kedudukannya di sisi Allah Ta‘ala.

Banyak hadith yang menerangkan kelebihan solat dan kewajipannya ke atas setiap individu, Kewajipannya adalah suatu perkara yang diketahui secara pasti dalam agama Islam.

Antara yang menunjukkan kewajipannya dan kepastian hukum solat ialah banyaknya nas daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya:

Firman Allah SWT:

﴿...إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَٰبٗا مَّوۡقُوتٗا﴾

﴾…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditetapkan waktunya ke atas orang-orang mukmin…﴿ (Surah al-Nisa’: 103) Maksudnya: ia diwajibkan pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Rasulullah ﷺ.

2- Firman Allah Ta‘ala:

﴿وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ...﴾

﴾…Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan ikhlas, tunduk kepada-Nya, dan mendirikan solat…﴿ (Surah al-Bayyinah: 5)

Allah SWT juga berfirman:

﴿فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ...﴾

﴾…Maka jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama…﴿ (Surah al-Tawbah: 11)

4- Daripada Jabir رضي الله عنهما bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

«إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلَاةِ».

"Sesungguhnya antara seseorang dengan syirik dan kekufuran ialah meninggalkan solat."14

5- Daripada Buraydah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

«العَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلَاةُ، فَمَن تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ».

"Perjanjian antara kami dan mereka ialah solat, sesiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kafir."15

Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang menafikan kewajipan solat maka dianggap kafir. Adapun bagi orang yang meninggalkannya kerana malas atau sambil lewa, pendapat yang paling sahih ialah dia juga dianggap kafir, berdasarkan hadith sahih yang disebutkan sebelumnya dan ijma‘ para sahabat.

 

Ketiga: Syarat solat:

1- Masuknya waktu solat

Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿...إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَٰبٗا مَّوۡقُوتٗا﴾

"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman." (Surah al-Nisa’) Ia telah diwajibkan pada waktu-waktu tertentu.

Waktu-waktu solat fardu adalah seperti berikut:

a- Subuh: bermula dari terbit fajar hingga terbit matahari.

b- Zohor: dari tergelincirnya matahari hingga bayang setiap benda menjadi sama panjang dengan objeknya.

c- Asar: dari berakhirnya waktu zohor hingga matahari menguning, dan waktu darurat hingga terbenamnya matahari.

d- Maghrib: dari terbenam matahari hingga hilangnya cahaya merah di ufuk.

e- Isyak: dari berakhirnya waktu maghrib hingga separuh malam.

2- Menutup aurat:

Aurat ialah bahagian tubuh yang wajib ditutup, yang memalukan untuk dipertontonkan, dan harus dijaga. Aurat lelaki ialah dari paras pusat hingga lutut. Aurat wanita seluruh tubuhnya seperti ketika solat, kecuali wajahnya, wajahnya ditutupi jika berada di hadapan lelaki bukan mahram.

3- Menjauhi najis:

Najis ialah kekotoran tertentu, yang menghalang solat seseorang; seperti air kencing, najis, darah, dan lain-lain, sama ada pada tubuh, tempat, atau pakaian.

4- Menghadap kiblat:

Kiblat ialah Kaabah yang dimuliakan, dinamakan kiblat kerana orang menghadap ke arahnya.

Solat tidak sah tanpa menghadap kiblat, Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿...وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُ...﴾

﴾…Ke mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arah itu…﴿ (Surah al-Baqarah: 144)

4- Niat:

Bahasa: niat bermaksud tujuan atau sasar

 

Syarak: tekad untuk melakukan ibadah sebagai rangka mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala. Tempat niat ialah di dalam hati, tidak perlu dilafazkan, kerana melafazkannya adalah bid‘ah.

Keempat: Rukun solat:

Terdapat empat belas rukun:

Rukun pertama: Berdiri bagi yang mampu.

Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿‌...وَقُومُواْ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ﴾

﴾…Dan dirikanlah solat kerana Allah dengan khusyuk…﴿ (Surah al-Baqarah: 238) Hadith daripada ‘Imran رضي الله عنه yang marfu‘:

«صَلِّ قَائِمًا، فَإِن لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِن لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ».

"Solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu maka duduklah, dan jika tidak mampu juga, solatlah dengan berbaring."16

Jika seseorang tidak mampu berdiri kerana sakit, dia solat mengikut keadaannya, sama ada duduk atau berbaring. Contoh orang sakit: termasuk yang takut, yang telanjang, atau yang perlu duduk atau berbaring untuk rawatan yang memerlukan tidak berdiri. Begitu juga, orang yang solat di belakang imam dalam solat fardu yang berdiri (imam berdiri) yang tidak mampu berdiri, dibolehkan solat duduk. Sekiranya imamnya solat duduk, maka makmum di belakangnya solat duduk mengikuti imam mereka. Boleh juga menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk walaupun mampu berdiri, tetapi ganjarannya tidak sama dengan ganjaran solat berdiri.

Rukun kedua: Takbiratul ihram pada permulaan solat.

Rasulullah ﷺ bersabda:

«ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ، وَكَبِّرْ».

"Kemudian hadapkanlah wajah ke kiblat, dan ucapkan takbir."

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (6251) dan Muslim no. (884) 17.

Bacaan takbirnya ialah: (Allahu Akbar), dan tidak sah dengan selain daripada ungkapan tersebut.

Rukun ketiga: Membaca surah Al-Fatihah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

«لَا صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ».

"Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Surah al-Fatihah."18

Rukun keempat: Rukuk dalam setiap rakaat.

Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا...﴾

﴾Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah dan sujudlah…﴿ (Surah al-Hajj: 77)

Rukun kelima dan keenam:

Bangun daripada rukuk, dan berdiri tegak seperti keadaan sebelum rukuk, kerana Rasulullah ﷺ sentiasa mengamalkannya.

Rasulullah ﷺ bersabda kepada orang yang melakukan kesalahan dalam solatnya:

«ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا».

"Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak."19

Rukun ketujuh: Sujud dengan tujuh anggota badan.

Iaitu dahi beserta hidung, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut, dan hujung kedua-dua kaki. Rasulullah ﷺ bersabda:

«أُمِرْنَا أَنْ نَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ: الجَبْهَةِ، وَأَشَارَ بِيدِهِ عَلَى أَنْفِهِ، وَالكَفَّيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَأَطْرَافِ القَدَمَيْنِ».

"Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota: dahi, (sambil menunjukkan) hidung, kedua tapak tangan, kedua lutut, dan hujung kedua kaki."20

Rukun kelapan: Bangun daripada sujud dan duduk di antara dua sujud.

Daripada hadith ‘Aisyah رضي الله عنها:

«كَانَ النَّبِيُّ ﷺ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ السَّجْدَةِ، لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ جَالِسًا».

"Apabila Nabi ﷺ mengangkat kepalanya daripada sujud, baginda tidak sujud lagi sehingga duduk tegak di antara sujud."21

Rukun kesembilan: Tenang dan tomakninah dalam semua rukun solat.

Ia bermaksud bersikap tenang walaupun sedikit, kerana Rasulullah ﷺ bersabda kepada orang yang melakukan kesalahan dalam solatnya:

«حَتَّى تَطْمَئِنَّ».

"Sehingga kamu tenang."22

Rukun kesepuluh dan kesebelas:

Daripada hadith Ibn Mas‘ud رضي الله عنه, yang diriwayatkan secara marfū‘:

«إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ: التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ».

"Apabila salah seorang daripada kamu solat, hendaklah dia mengucapkan: 'Segala penghormatan bagi Allah, segala doa dan kebaikan. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, rahmat Allah dan berkat-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.'"23

Rukun kedua belas ialah selawat ke atas Nabi ﷺ dalam tahiyyat akhir.

Dengan membaca:

«اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ».

Segala yang ditambah selepas itu adalah sunnah24.

Rukun ketiga belas: Menjaga tertib antara rukun-rukun.

Kerana Nabi ﷺ melaksanakan solat dengan tertib, Baginda SAW juga bersabda:

«صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي».

«Solatlah sebagaimana kamu melihatku solat»25. Orang yang menunaikan solat dengan betul mempelajari susunan rukun-rukunnya secara tertib, dengan menggunakan perkataan ‘kemudian’ untuk menunjukkan urutan setiap rukun.

Rukun keempat belas: Memberi salam

Rasulullah ﷺ bersabda:

««‌وَخِتَامُهَا ‌التَّسْلِيمُ».

"Penutupnya adalah memberi salam," dan sabdanya juga:

«وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ».

"Dan penyelesaiannya adalah memberi salam."26

Kelima: Perkara Wajib solat

Terdapat lapan perkara:

1- Semua takbir selain daripada takbiratul ihram.

2- Ucapan “Subḥāna Rabbi al-‘Aẓīm” ketika rukuk sebanyak sekali. Disunatkan menambah hingga tiga kali, itulah kadar paling minimum bagi kesempurnaan. Dan hingga sepuluh kali, itulah kadar paling tinggi.

3- Ucapan: “Sami‘allāhu liman ḥamidah” ketika bangun daripada rukuk; bagi imam dan orang yang solat bersendirian.

4- Ucapan: “Rabbana wa lakal-ḥamd” ketika i‘tidal daripada rukuk.

5- Ucapan: “Subḥāna Rabbiyal-A‘lā” ketika sujud sebanyak sekali, dan disunatkan menambah hingga tiga kali.

6- Ucapan: “Rabbi’ghfir lī” di antara dua sujud sebanyak sekali, disunatkan menambah hingga tiga kali.

7- Tahiyyat (tasyahhud) yang pertama; iaitu dengan mengucapkan:

«التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ، وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ».

“At-taḥiyyātu lillāh, waṣ-ṣalawātu waṭ-ṭayyibāt, as-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh, as-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣāliḥīn. Ashhadu allā ilāha illallāh, wa ashhadu anna Muḥammadan ‘abduhu wa rasūluh.”

(Segala penghormatan, pujian, dan kebaikan adalah milik Allah. Salam sejahtera bagimu, wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.)27

8- Duduk untuk tahiyyat (tasyahhud) yang pertama.

Keenam: Perkara Sunnah solat.

Sunnah-sunnah solat tidak membatalkan solat apabila ditinggalkan, Ia terbahagi kepada dua: sunnah qauliyyah (berupa ucapan), dan sunnah fi‘liyyah (berupa perbuatan).

Pertama: Sunnah Qauliyyah (ucapan).

1- Doa iftitah, dan ia mempunyai beberapa lafaz, antaranya:

«سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالى جَدُّكَ، وَلا إِلٰهَ غَيْرُكَ» .

"Subḥānaka allāhumma wa biḥamdik, wa tabāraka ismuk, wa taʿālā jadduk, wa lā ilāha ghayruk."

(Maha suci-Mu, wahai Allah, dengan memuji-Mu, maha berkat nama-Mu, maha tinggi kemuliaan-Mu, tiada yang berhak disembah selain-Mu.)28

2- Membaca isti‘āzah sebelum al-Fātiḥah, Iaitu ucapan: “A‘ūzu billāhi minash-shayṭānir-rajīm.”

(Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam).

3- Membaca basmalah sebelum membaca surah Al-Fatihah, Iaitu ucapan: “Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm.”

(Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

4- Tambahan bacaan tasbih lebih daripada sekali ketika rukuk dan sujud.

5- Tambahan bacaan lebih daripada sekali ucapan:

«رَبِّ اغْفِرْ لِي».

“Rabbi’ghfir lī” yang dibaca di antara dua sujud.

6- Bacaan:

«مَلْءَ السَّمَاوَاتِ، وَمَلْءَ الْأَرْضِ، وَمَلْءَ مَا بَيْنَهُمَا، وَمَلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ».

"Mil`as-samāwāti wamil`al-arḍi, wamil`a mā bainahumā, wa mil`a mā syi`ta min syai`in ba'du." Ertinya: "Sepenuh langit dan bumi, sepenuh apa yang ada di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu." Selepas membaca:

«رَبَّنَا ولَكَ الحَمْدُ».

“Rabbana wa lakal-ḥamd.”29

(Maksudnya: Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian)

7- Membaca (ayat al-Quran) selepas al-Fātiḥah.

Bacaan:

«اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ».

Allahumma inni a'udhu bika min 'adhabi jahannama wa min 'adhabi al-qabr wa min fitnati al-mihya wal-mamat wa min fitnati al-masih ad-dajjal.

(Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab Jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada fitnah Dajjal."30 Serta apa sahaja tambahan doa selepas itu dalam tasyahhud akhir.

Kedua: Sunnah Fi‘liyyah (perbuatan):

1- Mengangkat kedua tangan sejajar dengan bahu atau telinga pada empat tempat:

a- Ketika takbiratul ihram.

b- Ketika hendak rukuk.

c- Ketika bangun daripada rukuk.

d- Ketika bangun berdiri untuk rakaat ketiga.

2- Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di dada ketika berdiri sebelum rukuk dan selepasnya.

3- Mengarahkan pandangan ke tempat sujud.

4- Menjarakkan kedua lengan atas daripada rusuk ketika sujud.

5- Merenggangkan perut daripada paha ketika sujud.

6- Duduk iftirāsh pada semua duduk dalam solat, kecuali pada tasyahhud terakhir dalam solat tiga rakaat atau empat rakaat.

7- Duduk tawarruk pada tasyahhud terakhir dalam solat tiga rakaat atau empat rakaat.

Ketujuh: Sifat solat.

1- Rasulullah apabila berdiri untuk solat, Baginda menghadap kiblat, mengangkat kedua-dua tangannya, menghadapkan jari-jemarinya ke arah kiblat, lalu bersabda:

«الله أكبر».

“Allāhu Akbar.” (Allah Maha Besar)

2- Kemudian baginda memegang tangan kirinya dengan tangan kanannya, dan meletakkannya di atas dadanya.

3- Kemudian baginda membaca doa istiftah dan baginda tidak sentiasa berpegang pada satu lafaz istiftah sahaja, Maka semua lafaz istiftah yang sahih daripada baginda boleh digunakan sebagai bacaan, antaranya:

«سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالى جَدُّكَ، وَلا إِلٰهَ غَيْرُكَ».

"Subḥānaka allāhumma wa biḥamdik, wa tabāraka ismuk, wa taʿālā jadduk, wa lā ilāha ghayruk."

(Maha suci-Mu, wahai Allah, dengan memuji-Mu, maha berkat nama-Mu, maha tinggi kemuliaan-Mu, tiada yang berhak disembah selain-Mu.)

4- Kemudian baginda mengucapkan:

«أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ».

A'ūżu billāhi minasy-syaiṭānirrajīm, bismillāhirraḥmānirraḥīm (“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”)

5- Kemudian baginda membaca al-Fātiḥah, dan apabila selesai membacanya, baginda mengucapkan: “Āmīn.”

6- Kemudian baginda membaca mana-mana ayat al-Quran, Baginda membaca dengan suara kuat pada solat Subuh serta rakaat pertama dan rakaat kedua untuk Maghrib dan Isyak, Baginda membaca secara perlahan pada selain solat rakaat tersebut. Baginda juga memanjangkan rakaat pertama pada setiap solat lebih daripada rakaat kedua.

7- Kemudian baginda mengangkat kedua-dua tangannya sebagaimana baginda mengangkatnya ketika istiftah, lalu baginda mengucapkan: “Allāhu Akbar,” Kemudian baginda turun untuk rukuk, Meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dengan merenggangkan jari-jarinya, meneguhkan (memegang dengan kuat), meluruskan belakangnya dan menjadikan kepalanya sejajar dengannya, tidak mendongakkannya dan tidak juga terlalu menundukkannya, Lalu baginda mengucapkan:

«سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ» مرةً.

“Subḥāna Rabbiyal-‘Aẓīm” sekali, Kadar paling minimum bagi kesempurnaan ialah tiga kali, sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini.

8- Kemudian baginda mengangkat kepalanya sambil mengucapkan:

«سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ».

Sami' Allahu liman hamidah,

(Allah mendengar orang yang memuji-Nya.) Baginda mengangkat kedua-dua tangannya sebagaimana baginda mengangkatnya ketika hendak rukuk.

9- Apabila baginda berdiri tegak (i‘tidal), baginda mengucapkan:

«اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، مَلْءَ السَّمَاءِ، وَمَلْءَ الْأَرْضِ، وَمَلْءَ مَا بَيْنَهُمَا، وَمَلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ، لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ» .

Allāhumma Rabbanā wa laka al-ḥamdu, ḥamdan kathīran ṭayyiban mubārakan fīh, mil’a al-samā’i, wa mil’a al-arḍi, wa mil’a mā baynahumā, wa mil’a mā shi’ta min shay’in ba‘du. Ahl al-thanā’i wa al-majdi, aḥaqqu mā qāla al-‘abdu, wa kullunā laka ‘abdu. Lā māni‘a limā a‘ṭayta, wa lā mu‘ṭiya limā mana‘ta, wa lā yanfa‘u dhā al-jaddi minka al-jaddu.

Ertinya: “Ya Allah, Tuhan kami, dan bagi-Mu segala pujian; pujian yang banyak, yang baik dan penuh berkat, sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara keduanya, dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki selepas itu. Engkaulah yang berhak menerima segala pujian dan keagungan. Sebaik-baik ucapan adalah ucapan seorang hamba, dan kami semua adalah hamba-Mu. Tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau halang. Dan tidak memberi manfaat sebarang kemuliaan (kedudukan) kepada pemiliknya berdepan dengan-Mu.”31 Dan Baginda memanjangkan i‘tidal ini.

10- Kemudian Baginda bertakbir dan turun untuk sujud, Dan baginda tidak mengangkat kedua-dua tangannya, Baginda sujud dengan dahi dan hidungnya, kedua-dua tangannya, kedua-dua lututnya, dan hujung jari-jari kedua-dua kakinya, Baginda menghadapkan jari-jemari tangan dan kakinya ke arah kiblat, Baginda menegakkan anggota badannya ketika sujud, Meletakkan dengan sempurna dahi dan hidung ke lantai, Meletakkan beban badannya pada kedua tapak tangan, serta mengangkat kedua sikunya, Merenggangkan kedua-dua lengannya daripada sisi badannya, Mengangkat perutnya daripada kedua-dua pehanya, Dan kedua-dua pehanya daripada betisnya, Lalu baginda mengucapkan ketika sujud:

«سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى».

“Subḥāna Rabbiyal-A‘lā”,

(Maha Suci Tuhanku, Maha Tertinggi) sekali Kadar paling minimum bagi kesempurnaan ialah tiga kali, sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini, serta berdoa dengan doa-doa yang terdapat dalam sunnah.

11- Kemudian Baginda mengangkat kepalanya sambil mengucapkan: “Allāhu Akbar,” lalu baginda menghamparkan kaki kirinya dan duduk di atasnya, serta menegakkan kaki kanannya, baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas kedua-dua pehanya, kemudian mengucapkan:

«اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاجْبُرْنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي».

Allāhumma-gfir lī wa-rḥamnī wa-jburnī wa-hdinī wa-rzuqnī. (“Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, peliharalah aku, tunjukilah aku, dan kurniakanlah rezeki kepadaku.”)32

12- Kemudian baginda bertakbir dan sujud, serta melakukan pada sujud yang kedua sebagaimana yang dilakukan pada sujud yang pertama.

13-Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil bertakbir, bangun dengan bertumpu pada hujung jari kakinya, serta bersandar pada lutut dan pehanya.

14- Apabila baginda berdiri dengan sempurna, Baginda memulakan bacaan, Baginda menunaikan rakaat kedua sebagaimana rakaat yang pertama.

15- Kemudian baginda duduk untuk tasyahhud pertama dengan duduk iftirāsh, sebagaimana duduk di antara dua sujud, baginda meletakkan tangan kanannya di atas peha kanannya, dan tangan kirinya di atas peha kirinya, Baginda memasukkan ibu jari tangan kanannya pada jari tengahnya dalam bentuk bulatan, Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuknya serta memandang kepadanya, lalu Baginda mengucapkan:

«التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ».

“At-taḥiyyātu lillāh, waṣ-ṣalawātu waṭ-ṭayyibāt, as-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh, as-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣāliḥīn. Ashhadu allā ilāha illallāh, wa ashhadu anna Muḥammadan ‘abduhu wa rasūluh.”

(“Segala penghormatan milik Allah, begitu juga segala doa dan perkara yang baik. Sejahtera atasmu wahai Nabi, beserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.”.) Dan Baginda meringankan (memendekkan) duduk ini.

16- Kemudian baginda bangun sambil bertakbir, lalu menunaikan rakaat ketiga dan keempat, dan baginda meringankan kedua rakaat ini berbanding dua rakaat yang pertama, baginda membaca di dalamnya dengan Surah al-Fātiḥah.

17- Kemudian baginda duduk pada tasyahhud terakhir dengan duduk tawarruk, Tawarruk itu ialah Baginda menghamparkan kaki kirinya lalu mengeluarkannya ke sebelah kanan, menegakkan kaki kanannya, dan baginda meletakkan punggungnya di atas tanah.

18- Kemudian baginda membaca tasyahhud terakhir, iaitu seperti tasyahhud pertama, baginda menambah padanya:

«اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ».

“Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣallaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm, innaka ḥamīdum-majīd. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm, innaka ḥamīdum-majīd.”

("Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.")

19- Baginda memohon perlindungan kepada Allah daripada azab neraka Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada fitnah al-Masīḥ ad-Dajjāl. Baginda berdoa dengan doa-doa yang telah datang dalam al-Quran dan as-Sunnah.

20- Kemudian baginda memberi salam ke arah kanan sambil mengucapkan:

«السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ».

“Assalāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh,” dan ke arah kiri juga demikian; Baginda memulakan salam dengan masih menghadap kiblat, dan menyudahinya ketika sempurna menoleh.

Kelapan: Perkara makruh dalam solat:

1- Menoleh tanpa keperluan.

2- Mengangkat pandangan ke langit.

3- Memejamkan mata tanpa keperluan.

4- Menghamparkan kedua-dua lengan di tanah ketika sujud.

5- Menutup mulut dan hidung tanpa keperluan.

6-Solat dalam keadaan menahan kencing atau buang air besar, atau ketika makanan yang diinginkan telah terhidang.

7- Menyapu dahi dan hidung daripada kesan sujud ketika solat; tidak mengapa melakukannya setelah selesai solat.

8- Bersandar pada dinding atau seumpamanya ketika berdiri tanpa keperluan.

 

Kesembilan: Perkara yang membatalkan solat:

1- Makan dan minum.

2- Bercakap perkara di luar solat.

3- Ketawa dengan terbahak-bahak.

4- Sengaja meninggalkan salah satu rukun atau kewajipan solat.

5- Sengaja menambah satu rukun atau satu rakaat.

6- Sengaja memberi salam sebelum imam.

7- Pergerakan yang banyak secara berturut-turut, yang bukan daripada perbuatan solat, tanpa keperluan.

8- Melakukan sesuatu yang membatalkan solat seperti batal wuduk, membuka aurat dengan sengaja, berpaling badan terlalu banyak daripada arah kiblat tanpa darurat dan memutuskan niat.

Kesepuluh: Sujud sahwi.

Al-Sahw ialah kelupaan dan Nabi pernah mengalami kelupaan dalam solat kerana lupa itu termasuk daripada sifat semula jadi manusia. Kelupaan baginda merupakan sebahagian daripada kesempurnaan nikmat yang dikurniakan Allah kepada umatnya dan salah satu penyempurnaan bagi agama Islam, agar mereka mencontohi baginda dalam apa yang disyariatkan ketika berlaku perkara itu.

Sebab yang disyariatkan untuk sujud sahwi:

1- Keadaan pertama:

Penambahan dalam solat, sama ada penambahan perbuatan atau penambahan ucapan:

a- Penambahan perbuatan: Jika penambahan itu daripada perbuatan solat; seperti berdiri ketika waktu duduk, duduk ketika waktu berdiri, atau menambah rukuk atau sujud. Jika hal itu dilakukan kerana lupa, hendaklah dia melakukan sujud sahwi.

b- Penambahan ucapan: Seperti membaca (ayat al-Quran) ketika rukuk atau sujud.

Jika hal itu berlaku, maka disunatkan baginya untuk melakukan sujud sahwi.

2- Keadaan kedua:

Kekurangan dalam solat kerana lupa, dan hal itu berlaku dalam salah satu dari dua perkara:

a- Meninggalkan rukun: Jika rukun yang ditinggalkan itu adalah takbiratul ihram, maka solatnya tidak sah, dan tidak dapat digantikan dengan sujud sahwi. Namun, jika rukun itu selain takbiratul ihram — seperti rukuk atau sujud — lalu dia teringat sebelum memulakan bacaan rakaat yang lain, maka wajib baginya kembali melakukannya semula beserta segala amalan selepasnya.

Jika dia teringat setelah memulakan bacaan rakaat yang lain, maka batal rakaat yang ditinggalkan rukun itu, dan menambah satu rakaat.

b- Meninggalkan perkara wajib: seperti terlupa membaca tahiyyat awal atau tasbih dalam rukuk. Maka dalam keadaan ini, hendaklah dia melakukan sujud sahwi.

3- Keadaan ketiga: Ragu-ragu.

Contoh: Jika seseorang ragu sama ada dia telah solat tiga rakaat atau empat rakaat dalam solat Zohor, maka dalam keadaan ini:

a- Jika ada sesuatu yang lebih kuat baginya (yang lebih meyakinkan), maka dia perlu mengikut yang lebih kuat itu, lalu sujud sahwi.

b- Jika tidak ada sesuatu yang lebih kuat baginya, maka dia kembali kepada yang yakin (iaitu bilangan yang lebih sedikit), lalu sujud sahwi.

Jika keraguan itu datang selepas selesai solat, atau seseorang itu sering mengalami keraguan, maka dia tidak perlu menghiraukannya.

Faedah: Sujud sahwi dilakukan sebelum salam jika kerana kekurangan, atau kerana ragu-ragu tanpa ada yang lebih meyakinkan baginya. Sujud sahwi dilakukan selepas salam jika kerana penambahan, atau kerana ragu-ragu yang diikuti dengan yang lebih kuat. Perkara ini sifatnya luas, insya-Allah.

Kesebelas: Waktu yang diharamkan untuk solat.

Asalnya, solat dibolehkan pada semua waktu, Namun syariat telah menetapkan pengharaman solat pada beberapa waktu tertentu, iaitu seperti berikut:

1- Selepas solat Subuh hingga terbit matahari, dan matahari naik setinggi satu tombak dari ufuk menurut pandangan mata.

2- Apabila matahari berada di tengah langit sehingga mula condong ke barat. Ini adalah waktu pengharaman paling singkat.

3- Dari solat Asar sehingga matahari terbenam. Ini adalah waktu pengharaman paling panjang.

Solat yang dibolehkan dilakukan pada waktu-waktu terlarang:

1- Qadha’ fardu yang tertinggal.

2- Solat yang disebabkan oleh sebab tertentu, seperti: solat tahiyatul masjid, dua rakaat tawaf, solat gerhana dan solat jenazah.

3- Qadha’ sunat Subuh selepas solat Subuh.

Kedua belas: Solat berjemaah.

Ia adalah satu amalan yang agung daripada amalan-amalan Islam, iaitu solat berjemaah di masjid, Para ulama telah bersetuju bahawa menunaikan solat lima waktu di masjid termasuk dalam ibadah yang paling utama dan mendekatkan diri kepada Allah, malah ia merupakan salah satu amalan yang paling agung dalam Islam.

1- Hukum solat berjemaah:

Solat berjemaah adalah wajib di masjid bagi lelaki yang mampu untuk solat lima waktu, sama ada dalam keadaan berada di rumah atau dalam perjalanan, dalam keadaan aman atau dalam keadaan takut, dan kewajiban ini bersifat (individu).

Dalil kewajipan solat berjemaah adalah daripada al-Quran dan as-Sunnah, serta amalan umat Islam dari generasi ke generasi, menuruti jejak para salaf.

Daripada al-Quran: Firman Allah Ta‘ala:

﴿وَإِذَا كُنتَ فِيهِمۡ فَأَقَمۡتَ لَهُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَلۡتَقُمۡ طَآئِفَةٞ مِّنۡهُم مَّعَكَ...﴾

“Dan apabila kamu berada di tengah mereka, maka dirikanlah solat untuk mereka, hendaklah sekumpulan daripada mereka bersamamu…”, [Surah al-Nisā’: 102]. Ayat ini menunjukkan penegasan kewajipan solat berjemaah, Umat Islam tidak diberi keringanan untuk meninggalkannya walaupun dalam keadaan takut. Jika ia tidak wajib, tentu alasan ketakutan lebih diutamakan untuk meninggalkannya. Meninggalkan solat berjemaah dan bersikap malas melakukannya termasuk sifat-sifat yang jelas bagi orang munafik.

Dalam al-Sunnah: Terdapat banyak hadis, antaranya:

Apa yang disebutkan dalam Ṣaḥīḥ Muslim:

أَنَّ رَجُلًا أَعْمَى قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ، فَسَأَلَهُ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ أَنْ يُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ، فَرَخَّصَ لَهُ، فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ: «هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ؟» قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: «فَأَجِبْ».

Seorang lelaki buta berkata: “Wahai Rasulullah, saya tiada orang yang membimbing saya ke masjid.” Lalu beliau memberi keringanan kepadanya untuk solat di rumahnya. Apabila lelaki itu berpaling, Rasulullah ﷺ memanggilnya dan bertanya: “Adakah kamu mendengar azan?”

Dia menjawab: “Ya.” Baginda bersabda: “Maka tunaikanlah solat berjemaah.”33

Rasulullah ﷺ memerintahkannya hadir ke masjid untuk solat berjemaah dan menjawab seruan azan, walaupun dia buta dan menghadapi kesusahan, Ini menunjukkan kewajipan solat berjemaah.

2- Keadaan yang dianggap sebagai berjemaah:

Seseorang dianggap berjemaah jika dia sempat mengikuti sekurang-kurangnya satu rakaat solat bersama imam, Berdasarkan sabda Baginda ﷺ:

«مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الصَّلَاةِ فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلَاةَ».

“Sesiapa yang sempat mengikuti satu rakaat daripada solat, maka dia telah mengikuti solat itu.”34

3- Keadaan yang dianggap sebagai rakaat:

Rakaat dianggap sah jika sempat mengikuti rukuk. Jika seseorang yang tertinggal (masbuq) mengikuti imam yang sedang rukuk, hendaklah dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, kemudian rukuk sambil bertakbir (menambah rakaat) sekali lagi. Namun, jika dia hanya bertakbiratul ihram ketika berdiri, maka itu sudah mencukupi tanpa perlu bertakbir lagi ketika rukuk.

4- Alasan yang membolehkan seseorang meninggalkan solat berjemaah:

1- Sakit, jika menghadiri solat Jumaat atau solat berjemaah akan menyukarkan.

2- Menahan kencing atau berak, kerana menahannya boleh menjejaskan kekhusyukan dalam solat dan mendatangkan mudarat kepada badan.

3-(Dibenarkan) makan apabila makanan telah terhidang dan seseorang sedang lapar atau sangat ingin makan, dengan syarat ia tidak dijadikan kebiasaan atau helah untuk meninggalkan solat berjemaah.

4- Ketakutan yang nyata terhadap diri, harta atau perkara lain.

Ketiga belas: Solat khauf (solat dalam keadaan takut).

Solat khauf disyariatkan dalam setiap peperangan yang dibenarkan, seperti melawan orang kafir, pemberontak, dan musuh yang memerangi, berdasarkan firman Allah Ta‘ala:

﴿...إِنۡ خِفۡتُمۡ أَن يَفۡتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ...﴾

“…Jika kamu takut akan diganggu oleh orang-orang kafir…”, [Surah al-Nisā’: 101] Perkara ini diqiaskan juga kepada perkara lain yang dibenarkan untuk diperangi.

Solat khauf disyariatkan dengan dua syarat:

1) Musuh itu dibolehkan untuk diperangi.

2) Terdapat ketakutan serangan ke atas umat Islam ketika solat.

Tata cara solat khauf:

Solat khauf mempunyai beberapa tata cara, dan yang paling terkenal adalah seperti yang diriwayatkan dalam hadis Sahl رضي الله عنه:

أَنَّ طَائِفَةً صَفَّتْ مَعَ النَّبِي ﷺ، وَطَائِفَةً وِجَاهَ العَدُوِّ، فَصَلَّى بِالَّتِي مَعَهُ رَكْعَةً، ثُمَّ ثَبَتَ قَائِمًا، وَأَتَمُّوا لِأَنْفُسِهِمْ، ثُمَّ انْصَرَفُوا، وَصَفُّوا وِجَاهَ العَدُوِّ، وَجَاءَتِ الطَّائِفَةُ الأُخْرَى، فَصَلَّى بِهِمُ الرَّكْعَةَ الَّتِي بَقِيَتْ مِنْ صَلَاتِهِ، ثُمَّ ثَبَتَ جَالِسًا، وَأَتَمُّوا لِأَنْفُسِهِمْ، ثُمَّ سَلَّمَ بِهِمْ.

Sesungguhnya sekumpulan berbaris bersama Nabi ﷺ, dan satu kumpulan menghadap musuh. Baginda solat bersama kumpulan yang bersamanya satu rakaat, kemudian tetap berdiri, dan mereka menyempurnakan solat untuk diri mereka sendiri, lalu berpaling, dan menghadap musuh. Kemudian kumpulan yang lain datang, Baginda solat bersama mereka rakaat yang tinggal, kemudian duduk, mereka menyempurnakan solat untuk diri mereka sendiri, lalu Baginda memberi salam bersama mereka.35

Daripada solat khauf, kita dapat mengambil pengajaran:

1- Kepentingan solat dalam Islam dan kepentingan solat berjemaah, kerana solat itu tidak diabaikan walaupun dalam keadaan yang kritikal sekalipun.

2- Menunjukkan bahawa umat ini tidak dibebani dengan kesukaran yang melampau, dan menzahirkan kelembutan serta kesesuaian syariat untuk setiap masa dan tempat.

3- Kesempurnaan syariat Islam, kerana ia mensyariatkan setiap keadaan dengan apa yang sesuai untuknya.

Keempat belas: Solat Jumaat

Pertama: Hukumnya:

Solat Jumaat adalah fardu ‘ain atas setiap lelaki Muslim yang baligh, berakal, bermastautin dan tidak ada uzur baginya.

Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ 9﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah al-Jumu'ah: 9)

Sabda Baginda ﷺ:

«لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ، أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ، ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ».

“Akan ada sekumpulan orang yang meninggalkan solat Jumaat mereka, atau Allah akan mengunci hati mereka, kemudian mereka akan termasuk dalam golongan yang lalai.”36

Kedua: Syarat-syarat sah solat Jumaat:

a) Waktu: Waktunya sama seperti solat Zuhur, maka tidak sah dilakukan sebelum waktunya, dan tidak sah selepas waktunya tamat.

2) Hendaklah dilakukan secara berjemaah, dan jumlah minimum jemaah adalah tiga orang menurut pendapat yang sahih. Maka tidak sah jika seorang diri, atau hanya dua orang.

3) Para jemaah hendaklah menetap di tempat tinggal yang dibina dengan bahan binaan yang lazim digunakan, sama ada daripada simen bertetulang, batu, tanah liat, atau lain-lain. Oleh itu, (solat Jumaat) tidak sah bagi penduduk Badwi, iaitu mereka yang tinggal di khemah dan rumah kain (rumah tradisional), kerana mereka tidak menetap di satu tempat secara tetap, sebaliknya berpindah-randah mengikut kawasan yang mempunyai rumput untuk ternakan mereka.

4) Solat Jumaat hendaklah didahului dengan dua khutbah, kerana Nabi ﷺ selalu menekankannya.

Ketiga: Rukun khutbah Jumaat:

1- Memuji Allah dan mengucap dua kalimah syahadah.

2- Berselawat ke atas Nabi ﷺ.

3- Menasihati untuk bertakwa kepada Allah.

4- Membaca sebahagian al-Quran.

5- Memberi nasihat (ceramah).

Keempat: Sunat khutbah Jumaat:

1- Khutbah disampaikan di atas mimbar.

2- Memisahkan antara dua khutbah dengan duduk sebentar. 3- Berdoa dalam khutbah untuk umat Islam dan para pemimpin mereka.

4- Memendekkan khutbah.

5- Ucapan salam khatib kepada orang ramai ketika naik ke mimbar.

Kelima: Sunat-sunat pada hari Jumaat:

1- Bersiwak.

2- Menggunakan wangian jika ada.

3- Bersegera keluar ke masjid untuk solat Jumaat.

4- Berjalan kaki ke masjid dan tidak menunggang.

5- Mendekati imam.

6- Berdoa.

7- Membaca Surah al-Kahf.

8- Berselawat ke atas Nabi .

Keenam: Perkara yang diharamkan bagi yang hadir solat Jumaat:

1- Diharamkan bercakap ketika imam menyampaikan khutbah Jumaat, kerana sabda Baginda :

«إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ: أَنصِتْ، وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغُوتَ».

“Apabila kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: Diamlah! Sedangkan imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah bercakap sia-sia.”37 Maksudnya: Kamu telah melakukan perkara sia-sia, dan sia-sia itu adalah dosa.

2-Makruh melangkahi tengkuk orang ramai, kecuali jika seseorang itu imam, atau dia ingin menuju ke ruang kosong yang tidak dapat dicapai melainkan dengan cara itu.

Ukuran mendapat pahala Solat Jumaat:

Sesiapa yang sempat rukuk bersama imam pada rakaat kedua solat Jumaat, maka dia telah mendapat Jumaat, dan menyempurnakannya dengan dua rakaat. Jika dia tidak sempat rukuk pada rakaat kedua, maka Jumaat telah terlepas baginya, dan dia menunaikannya sebagai solat Zohor empat rakaat. Begitu juga, sesiapa yang terlepas Jumaat kerana tidur atau sebab lain, hendaklah dia menunaikannya sebagai solat Zohor.

Kelima belas: Solat bagi orang yang mempunyai uzur

Pertama: Solat bagi orang sakit:

Pertama, orang sakit wajib menunaikan solat mengikut kemampuan mereka, Tidak dibenarkan menangguhkannya melebihi waktunya selagi akal mereka waras.

Kedua: Bagaimana orang sakit menunaikan solat?

1- Orang sakit wajib solat berdiri jika mampu berdiri tanpa kesusahan atau mudarat, dan melakukan rukuk serta sujud.

2- Jika rukuk atau sujud mendatangkan mudarat walaupun dia mampu berdiri, dia boleh isyarat rukuk sambil berdiri dan sujud sambil duduk.

3- Jika dia tidak mampu solat berdiri, dia solat sambil duduk. Sunat bagi orang sakit adalah duduk bersila di tempat berdiri, isyarat rukuk dengan kepala, dan sujud di atas tanah jika mampu; jika tidak, isyarat sujud dengan kepala, yang lebih rendah daripada rukuk.

4- Jika dia tidak mampu solat sambil duduk, dia solat berbaring ke sisi, menghadap kiblat. Sisi kanan adalah yang terbaik jika mampu, dan dia isyarat rukuk serta sujud dengan kepala.

5- Jika dia tidak mampu solat di sisi, dia solat berbaring terlentang, dengan kaki menghadap kiblat, dan isyarat rukuk serta sujud dengan kepala.

6- Jika isyarat dengan tubuh pun sukar dilakukan, dia isyarat dengan kepala; jika itu pun susah, gugurlah isyarat, dan niatkan semua perbuatan solat di hati, seperti rukuk, sujud, dan duduk, serta membaca zikir-zikirnya.

7- Orang sakit melaksanakan syarat-syarat solat sejauh yang mampu, seperti menghadap kiblat, wuduk dengan air atau tayammum jika tidak mampu, dan membersihkan diri daripada najis. Jika tidak mampu melakukan sesuatu daripadanya, gugur baginya perkara tersebut. Dia solat mengikut keadaannya dan tidak menangguh solat daripada waktunya.

8- Sunat bagi orang sakit duduk bersila di tempat berdiri dan rukuk, dan duduk bersila di tempat yang lain.

Kedua: Solat bagi musafir:

1- Antaranya keadaan yang mempunyai keuzuran adalah musafir, dan disyariatkan baginya memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat, Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿وَإِذَا ضَرَبۡتُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَن تَقۡصُرُواْ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ...﴾

﴾Apabila kamu bepergian di muka bumi, tidaklah berdosa bagi kamu jika kamu memendekkan solat...﴿ [an-Nisa’: 101].

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata:

«خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ ﷺ مِنَ الْمَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ، فَكَانَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ، حَتَّى رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ».

“Kami keluar bersama Nabi ﷺ dari Madinah ke Makkah, dan Baginda solat dua rakaat demi dua rakaat, sehingga kami kembali ke Madinah.”38

Solat qasar dimulakan apabila musafir meninggalkan bandar atau kampungnya, kerana Allah membenarkan qasar bagi orang yang berkelana di muka bumi. Sebelum keluar dari tempat kediamannya, dia tidak dikira sebagai musafir. Nabi ﷺ hanya memendekkan solat apabila Baginda memulakan perjalanan.

2- Jarak yang membolehkan musafir memendekkan solat adalah lebih kurang lapan puluh kilometer.

3- Musafir boleh memendekkan solat ketika pulang sehingga memasuki bandar atau kampung yang ditinggalkannya.

4- Apabila musafir tiba di suatu tempat dan ingin menetap di situ, ada tiga keadaan:

a) Jika berniat menetap lebih daripada empat hari, dia wajib menyempurnakan solat dari hari pertama tiba, dan tidak dibolehkan menggunakan kemudahan solat qasar.

b) Jika berniat menetap empat hari atau kurang, dibolehkan memendekkan solat dan menggunakan kemudahan solat qasar.

c) Jika dia tidak berniat menetap mengikut bilangan hari tertentu, misalnya mungkin tinggal sehari atau sepuluh hari bergantung pada keperluan tempat tersebut, atau kerana urusan perubatan atau lawatan, dan apabila urusannya selesai, dia kembali ke kampungnya. Dalam keadaan ini, dibolehkan baginya memendekkan solat dan menggunakan kemudahan solat qasar sehingga dia kembali, walaupun tempoh tinggalnya melebihi empat hari.

5- Jika musafir solat di belakang imam yang mukim, dia wajib menyempurnakan solatnya, walaupun hanya sempat mengikuti tahiyyat akhir.

6- Jika orang mukim solat di belakang imam musafir yang memendekkan solat, orang mukim wajib menyempurnakan solatnya selepas salam imam.

Keenam belas: Solat Hari Raya:

Hari raya umat Islam adalah hari raya yang berasal daripada Allah, disyariatkan oleh-Nya untuk mereka, dan bukan mereka yang menetapkannya sendiri. Umat Islam hanya memiliki dua hari raya sahaja, iaitu: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha Berbeza dengan hari raya orang kafir atau hari raya bidaah yang tidak disyariatkan oleh Allah dan tidak diperintahkan-Nya, tetapi mereka yang menetapkannya sendiri.

Hukum solat kedua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha):

Solat kedua hari raya adalah fardhu kifayah, dan Nabi serta para Khulafa ar-Rasyidin senantiasa menunaikannya. Solat ini termasuk tanda-tanda agama dan syiar yang jelas.

Waktu solat kedua hari raya:

Waktu solat hari raya bermula apabila matahari naik setinggi tombak, iaitu kira-kira 15 minit selepas terbit matahari, dan berakhir apabila matahari berada di tengah langit (zawal).

Tatacara solat hari raya:

1- Pada rakaat pertama, takbiratul ihram, kemudian membaca doa istiftah, diikuti enam takbir sambil mengangkat tangan setiap takbir, memuji Allah dan berselawat kepada Nabi di antara takbir, kemudian berlindung (isti’adhah) dan membaca Bismillah, lalu membaca Al-Fatihah dan surah pilihan.

2- Pada rakaat kedua, selepas takbir intiqal, melakukan lima takbir, kemudian isti’adhah dan Bismillah, lalu membaca Al-Fatihah dan surah yang disunatkan. Disunatkan membaca surah Al-A’la pada rakaat pertama dan surah Al-Ghashiyah pada rakaat kedua.

3- Setelah imam salam, imam naik ke mimbar dan menyampaikan dua khutbah, dengan duduk sejenak di antara keduanya, seperti khutbah Jumaat.

Sunnah-sunnah hari raya:

a) Mandi

b) Bersih diri dan memakai wangi-wangian

c) Makan sebelum keluar rumah pada Aidilfitri, dan selepas sembelihan pada Aidiladha

d) Pergi ke masjid berjalan kaki

e) Pergi dan pulang dari jalan berbeza

f) Berangkat awal ke tempat solat (untuk makmum, bukan imam)

Takbir:

Disunatkan takbir pada malam kedua hari raya, sepuluh hari Zulhijjah, dan hari-hari Tasyriq. Terdapat dua jenis takbir:

Bahagian pertama: Takbir mutlak: Tidak terikat waktu tertentu.

1- Aidilfitri: Dari terbenam matahari malam raya hingga solat raya

2- Aidiladha: Dari terbenam matahari malam pertama Zulhijjah hingga terbenam matahari hari terakhir Tasyriq

Bahagian kedua: Takbir muqayyad (terikat): Diucapkan selepas solat fardhu

1- Tidak untuk ihram: Dari subuh Hari Arafah hingga Asar hari terakhir Tasyriq

2- Untuk yang ihram: Dari zohor hari raya hingga Asar hari terakhir Tasyriq

Bab Ketujuh belas: Solat Gerhana (Solat al-Kusuf dan al-Khusuf)

Maksud gerhana bulan dan matahari:

Gerhana bulan (al-Khusuf): Hilangnya cahaya bulan atau sebahagiannya pada waktu malam.

Gerhana matahari (al-Kusuf): Hilangnya cahaya matahari atau sebahagiannya pada waktu siang.

Hukum Solat Khusuf (Gerhana matahari)

Solat gerhana adalah sunat mu’akkad, yang dibuktikan dengan amalan Rasul , kerana Baginda menunaikannya ketika berlaku gerhana matahari pada zaman baginda. Ia juga disokong oleh perintah Baginda untuk menunaikannya, dan para ulama telah sepakat mengenai kesunnahannya.

Waktunya:

Dari permulaan gerhana (matahari atau bulan) sehingga hilangnya gerhana tersebut.

Sifat Solat Gerhana:

Jumlah rakaatnya dua rakaat, dibaca dengan suara keras, dan bentuknya adalah seperti berikut:

a. Takbiratul ihram, kemudian membaca doa permulaan, beristiadzah, membaca basmalah, membaca Surah Al-Fatihah, kemudian membaca bacaan panjang.

b. Kemudian rukuk dengan rukuk yang panjang.

c. Bangkit dari rukuk sambil berkata:

«سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ» (“Allah mendengar orang yang memuji-Nya”), kemudian membaca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan panjang yang lebih pendek daripada bacaan pertama.

d. Kemudian rukuk lagi dengan rukuk yang panjang tetapi lebih pendek daripada rukuk pertama.

e. Bangkit dari rukuk sambil berkata:

«سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ»

f. Kemudian sujud dua kali dengan sujud yang panjang.

g. Bangkit untuk rakaat kedua, yang bentuknya sama seperti rakaat pertama, tetapi lebih pendek daripada rakaat pertama.

Sunnah solat Gerhana:

Menyeru untuk solat dengan berkata:

«الصلاة جامعة »

(“Solat berjamaah”).

b. Dikerjakan secara berjemaah.

c. Memanjangkan solat dalam berdiri, rukuk, dan sujud.

d. Rakaat kedua lebih pendek daripada rakaat pertama.

e. Memberi ceramah selepas solat, serta menganjurkan berbuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

f. Memperbanyakkan doa, merendahkan diri, memohon ampun, dan bersedekah.

Kelapan belas: Solat Istisqa’

Istisqa’: Memohon hujan daripada Allah SWT dengan menurunkan hujan ketika berlaku kemarau.

Waktu yang disyariatkan solat Istisqa’:

Solat Istisqa’ disyariatkan apabila bumi menjadi kering, hujan terhenti, dan timbul kemudaratan akibat ketiadaannya. Pada ketika itu, tiada jalan bagi mereka selain merayu dengan penuh rendah diri kepada Tuhan mereka, memohon hujan daripada-Nya, dan meminta pertolongan dengan pelbagai bentuk doa dan perendahan diri.”

a- Kadang-kadang melalui solat secara berjemaah atau bersendirian.

‌b- Kadang-kadang melalui doa semasa khutbah Jumaat, di mana khatib berdoa dan para Muslimin mengaminkan doanya.

‌c- Kadang-kadang melalui doa pada bila-bila masa tanpa solat atau khutbah.

Hukum solat Istisqa’:

Solat Istisqa’ adalah sunnah muakkad apabila terdapat sebabnya, berdasarkan amalan Nabi ﷺ.

 

Seperti yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Zaid رضي الله عنه, beliau berkata:

«خَرَجَ النَّبِيُّ ﷺ إِلَى الْمُصَلَّى، فَاسْتَسْقَى، وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ، وَقَلَبَ رِدَاءَهُ، وَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ».

"Nabi ﷺ keluar ke tempat solat, memohon hujan, menghadap kiblat, membalikkan jubahnya, lalu solat dua rakaat."39

Sifat solat Istisqa’:

Tata cara solat Istisqa’ dari segi tempat pelaksanaannya adalah sama seperti solat Hari Raya. Disunatkan melaksanakan solat Istisqa’ di tanah lapang seperti solat Hari Raya. Hukum-hukumnya juga sama seperti solat Hari Raya; dari segi bilangan rakaat, bacaan yang dikeraskan, pelaksanaannya yang didirikan sebelum khutbah, serta takbir-takbir tambahan pada rakaat pertama dan kedua sebelum bacaan, seperti yang telah diterangkan dalam solat Aidilfitri dan Aidiladha. Solat Istisqa’ diikuti dengan satu khutbah sahaja.

Kesembilan belas: Hukum Jenazah

Pertama: Bagi orang yang hadir ketika seseorang sakaratul maut:

1- Disunatkan bagi yang hadir untuk mengucapkan talkin “Laa ilaaha illallah” kepada orang yang sakaratul maut.

2- Disunatkan agar orang itu dihadapkan ke arah kiblat.

3- Disunatkan menutup mata orang yang sakaratul maut.

4- Disunatkan menutup jenazah dengan kain selepas kematiannya.

5- Disarankan mempercepatkan proses pengurusan jenazah.

6- Wajib mempercepatkan pembayaran hutang-hutangnya.

7-Jenazah dimandikan dan dikafankan, yang mana keduanya adalah fardhu kifayah.

Kedua: Hukum solat Jenazah

Hukumnya: Fardhu kifayah.

Syarat Solat Jenazah:

1) Menghadap ke arah Qiblat.

2) Menutup aurat.

3) Menjauhi najis.

4) Bersuci bagi orang yang menunaikan solat dan orang yang disolatkan.

5) Islam bagi orang yang menunaikan solat dan orang yang disolatkan.

6) Menghadirkan jenazah berada di kawasan tersebut.

7) Orang yang menunaikan solat mestilah mukallaf (mencapai baligh dan berakal).

Rukun Solat Jenazah:

1) Berdiri semasa menunaikan solat (bagi yang mampu).

2) Empat takbir (takbiratul ihram dan takbir tambahan).

3) Membaca Surah al-Fatihah.

4) Berselawat ke atas Nabi .

5) Berdoa untuk jenazah.

6) Mengikuti urutan rukun secara tertib.

7) Memberi salam untuk menamatkan solat.

Sunnah Solat Jenazah:

1) Mengangkat kedua-dua tangan setiap kali takbir.

2) Membaca doa perlindungan (al-isti‘ādhah).

3) Berdoa untuk diri sendiri dan umat Islam.

4) Membaca surah secara perlahan.

5) Berdiri sebentar selepas takbir keempat dan sebelum salam.

6) Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di dada.

7) Menoleh ke kanan ketika memberi salam.

Sifat Solat Jenazah:

Hendaklah imam dan orang yang solat bersendirian berdiri di bahagian dada jenazah lelaki dan di bahagian tengah jenazah perempuan. Kemudian bertakbiratul ihram, membaca ta‘awwuz, tidak membaca doa istiftah, menyebut basmalah, dan membaca surah al-Fatihah.

Kemudian Imam mengucap takbir, lalu mendoakan Nabi , kemudian mengangkat takbir lagi, dan berdoa untuk jenazah dengan doa yang telah diajarkan, seperti sabda Nabi : Contoh doa Nabi ,

«اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا، وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا، وَذَكَرِنَا وَأُنثَانَا، وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا، اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الإِيمَانِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الإِسْلَامِ، اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ».

Allāhumma-gfir liḥayyinā wa mayyitinā, wa ṣagīrinā wa kabīrinā, wa żakarinā wa unṡānā, wa syāhidinā wa gā`ibinā. Allāhumma man aḥyaitahu minnā fa aḥyihi 'alal-īmān, wa man tawaffaitahu minnā fa tawaffahi 'alal-islām. Allāhumma lā taḥrimnā ajrahu wa lā tudhillanā ba'dahu.

("Ya Allah, ampunilah orang yang hidup dan yang telah meninggal antara kami, yang kecil dan yang besar, yang lelaki dan yang perempuan, yang hadir dan yang ghaib antara kami. Ya Allah, sesiapa yang Engkau hidupkan daripada kami, hidupkanlah dia dalam iman, dan sesiapa yang Engkau wafatkan daripada kami, wafatkanlah dia dalam Islam. Ya Allah, janganlah Engkau menghalang kami daripada pahala (dari amalnya), dan janganlah Engkau sesatkan kami selepas dia.")40

Juga doa beliau ﷺ:

«اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ».

"Allāhummaghfir lahu warḥamhu, wa-ʿāfihi waʿfu ʿanhu, wa-akrim nuzulahu, wa-wassiʿ mudkhalahu, waghsilhu bil-māʾi wa-al-thalji wa-al-barad, wa-naqqihi min al-khaṭāyā kamā yunaqqā th-thawbu l-abyaḍ minad-danas, wa-abdilhu dāran khayran min dārihi, wa-ahlan khayran min ahlihi, wa-zawjan khayran min zawjihi. Wa-adkhilhu al-jannah, wa-aʿidhhu min ʿadhāb al-qabr wa (ʿadhāb al-nār).”

(Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, lapangkanlah kuburnya, bersihkanlah dia dengan air, salji, dan embun. Bersihkanlah dia dari dosa sebagaimana kain putih dibersihkan dari kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dia dari azab kubur serta azab neraka).

Hingga aku berharap akulah yang menjadi jenazah tersebut.41 Kemudian Imam takbir sekali lagi, berdiri sebentar, dan mengakhiri solat jenazah dengan satu kali salam ke arah kanan.

Bahagian Ketiga: Zakat

1- Definisi Zakat dan Kedudukannya:

Zakat dari segi bahasa: Pertumbuhan dan pertambahan.

Zakat dari segi syarak ialah hak yang wajib dikeluarkan daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang tertentu.

Ia merupakan rukun Islam yang ketiga, ia disebut bergandingan bersama solat dalam al-Quran sebanyak 82 tempat, yang menunjukkan betapa besar kedudukannya.

Firman Allah Ta'ala:

﴿وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ...﴾

“Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat...” (Surah al-Baqarah: 43)

Baginda SAW juga bersabda:

«بُنِيَ الإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّـهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّـهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ».

Islam dibina atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan berpuasa pada bulan Ramadan.42

Umat Islam telah bersepakat tentang kewajipannya, tentang kafirnya orang yang mengingkari kewajipannya, serta diperangi orang yang enggan menunaikannya.

2- Syarat Wajib Zakat:

a) Merdeka: Zakat tidak wajib atas hamba, kerana dia tidak mempunyai harta. Apa yang berada di tangannya adalah milik tuannya, maka zakatnya menjadi tanggungjawab tuannya.

b) Islam: Zakat tidak wajib atas orang kafir, kerana ia adalah bentuk ibadah dan ketaatan, sedangkan orang kafir bukan daripada golongan yang layak beribadah dan taat.

c) Memiliki nisab: Zakat tidak wajib pada harta yang kurang daripada nisab, iaitu kadar tertentu daripada harta.

d) Pemilikan yang sempurna: Harta itu mestilah dimiliki secara penuh dan sempurna, maka tiada zakat pada harta yang belum tetap pemilikannya, seperti hutang muḳātabah (perjanjian pembebasan hamba dengan bayaran beransur).

e) Berlalu setahun ke atas harta: Berdasarkan hadis daripada ‘Aisyah رضي الله عنها secara marfu‘:

«لَا زَكَاةَ فِي مَالٍ حَتَّى يَحُولَ عَلَيْهِ الْحَوْلُ».

“Tiada zakat pada harta sehinggalah berlalu setahun ke atasnya.”43

3- Harta-Harta yang Wajib Dizakatkan:

Pertama: Binatang ternakan,

iaitu unta, lembu, dan kambing. Zakat diwajibkan padanya dengan dua syarat:

1- Hendaklah ia dipelihara untuk susu dan pembiakan, bukan untuk dijadikan haiwan kerja.

2- Hendaklah ia sā’imah (iaitu binatang yang meragut rumput di padang), maka tidak wajib zakat pada haiwan tunggangan yang diberi makan dengan makanan yang dibeli untuknya, atau yang dikutip untuknya rumput dan seumpamanya, dan tidak wajib juga zakat pada haiwan yang hanya meragut sebahagian tahun sahaja, bukan sepanjang tahun atau sebahagian besarnya.

4- Kadar Nisab Binatang Ternakan:

1- Zakat Unta:

Apabila cukup syaratnya, maka wajib pada setiap lima ekor unta kepada seekor kambing, pada sepuluh ekor unta kepada dua ekor kambing, pada lima belas ekor unta kepada tiga ekor kambing, dan pada dua puluh ekor unta kepada empat ekor kambing, sebagaimana ditunjukkan oleh sunnah dan ijma‘. Apabila bilangan unta mencapai dua puluh lima ekor, maka zakatnya ialah seekor bintu makhāḍ, iaitu unta betina yang telah cukup satu tahun dan masuk tahun kedua; jika tiada, maka memadai dengan seekor ibnu labūn (unta jantan yang berusia dua tahun).

Apabila unta mencapai tiga puluh enam ekor, maka wajib zakatnya seekor bintu labūn, iaitu unta betina yang telah berusia dua tahun.

Apabila mencapai empat puluh enam ekor, maka wajib zakatnya seekor ḥiqqah, iaitu unta betina yang telah berusia tiga tahun.

Apabila mencapai enam puluh satu ekor, maka wajib zakatnya seekor jadh‘ah, iaitu unta betina yang telah berusia empat tahun.

Apabila mencapai tujuh puluh enam ekor, maka wajib zakatnya dua ekor bintu labūn.

Apabila mencapai sembilan puluh satu ekor, maka wajib zakatnya dua ekor ḥiqqah.

Apabila bilangan unta melebihi seratus dua puluh ekor dengan satu ekor lagi, maka wajib zakatnya tiga ekor bintu labūn, kemudian dikira: pada setiap empat puluh ekor seekor bintu labūn, dan pada setiap lima puluh ekor seekor ḥiqqah.

2- Zakat Lembu:

Zakat wajib padanya apabila cukup syarat, iaitu apabila mencapai tiga puluh ekor: seekor tabī‘ atau tabī‘ah, iaitu lembu jantan atau betina yang telah berusia setahun dan masuk tahun kedua.

Tiada zakat pada bilangan yang kurang daripada tiga puluh.

Apabila mencapai empat puluh ekor, maka wajib zakatnya seekor lembu betina yang musinnah, iaitu berusia dua tahun.

Apabila bilangan lembu melebihi empat puluh, maka pada setiap tiga puluh ekor seekor tabī‘ atau tabī‘ah (lembu jantan atau betina yang berusia satu tahun masuk tahun kedua), dan pada setiap empat puluh ekor seekor musinnah (lembu betina yang berusia dua tahun masuk tahun ketiga).

3- Zakat Kambing:

Apabila bilangan kambing mencapai empat puluh ekor, sama ada biri-biri atau kambing biasa, maka wajib zakatnya seekor kambing, iaitu jadh‘u ḍa’n (biri-biri berusia setahun) atau seekor kambing betina.

Tiada zakat pada kambing jika bilangannya kurang daripada empat puluh ekor. Apabila bilangan kambing mencapai seratus dua puluh satu ekor, maka wajib zakatnya dua ekor kambing. Apabila bilangan kambing mencapai dua ratus satu ekor, maka wajib zakatnya tiga ekor kambing.

Kemudian kewajipan zakat pada kambing itu tetap selepas kadar tersebut; maka wajib pada setiap seratus ekor kambing seekor kambing zakat, maka pada empat ratus ekor kambing, wajib empat ekor kambing zakat, dan begitulah seterusnya.

Kedua: Zakat Hasil Bumi:

Hasil bumi terbahagi kepada dua jenis:

1) Bijirin dan buah-buahan.

2) Galian.

Jenis pertama: Bijirin dan Buah-Buahan:

Zakat wajib pada bijirin; seperti gandum, barli, dan beras. Dan pada buah-buahan; seperti tamar (kurma) dan kismis. Namun, tidak wajib pada selain itu daripada tumbuh-tumbuhan; seperti kekacang dan sayur-sayuran.

Syarat-Syarat Wajib Zakat pada Bijirin dan Buah-Buahan:

1) Boleh disimpan: Maka tidak wajib zakat pada sesuatu yang tidak boleh disimpan lama seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

2) Diukur dengan sukatan: Maka tidak wajib zakat pada sesuatu yang dijual dengan kiraan atau timbangan, seperti tembikai, bawang, delima dan seumpamanya.

3) Mencapai nisab: Iaitu sebanyak lima awsuq; maka tidak wajib zakat pada kadar yang kurang daripadanya.

4) Nisab itu dimiliki ketika waktu wajib zakat.

Sesiapa yang memiliki (hasil tanaman itu) selepas waktu wajib zakat, maka tidak wajib zakat ke atasnya. Contohnya, jika dia membelinya atau menerimanya sebagai hadiah selepas ia dituai.

Waktu wajib zakat hasil ini:

Zakat pada bijirin dan buah-buahan menjadi wajib apabila ia mulai masak, Tanda-tanda kematangannya adalah seperti berikut:

a- Pada bijirin: apabila ia sudah keras dan padat.

b- Pada buah tamar (kurma): apabila ia sudah menjadi merah atau menguning.

c- Pada buah anggur: apabila ia sudah lembut dan manis.

Nisabnya:

Nisab bagi bijirin dan buah-buahan ialah lima wasq. Satu wasq bersamaan dengan enam puluh ṣā‘, Maka nisabnya adalah tiga ratus ṣā‘ nabawi, dan kiraannya dalam kilogram ialah lebih kurang 900 kg.

Kadar zakat yang wajib padanya:

Wajib zakat sebanyak satu persepuluh (10%) bagi tanaman yang diairi tanpa kos dan usaha, seperti yang disiram dengan air hujan atau air mata air.

Wajib zakat sebanyak separuh daripada satu persepuluh (5%) bagi tanaman yang diairi dengan kos dan usaha, seperti yang disiram menggunakan air yang dipam dari telaga atau sungai dengan bantuan haiwan atau mesin moden.

Jenis Kedua: Galian (Ma‘ādin):

Antara jenis hasil bumi ialah: galian, iaitu sesuatu yang dikeluarkan dari perut bumi bukan daripada jenis tanah itu sendiri; seperti emas, perak, besi dan permata.

Waktu wajib zakat pada galian:

Apabila ia diperoleh dan dimiliki, maka zakatnya wajib dikeluarkan serta-merta, kerana tidak disyaratkan berlalu setahun ke atasnya. Nisabnya adalah sama seperti nisab emas dan perak, dan zakat yang wajib dikeluarkan ialah seperempat daripada sepersepuluh (2.5%) daripada nilainya.

Ketiga: Zakat mata wang

Mata wang ialah: emas, perak, dan wang kertas; zakatnya adalah wajib. Dalilnya adalah firman Allah Ta'ala:

﴿وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ 34﴾

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah mereka dengan azab yang pedih." (Surah al-Tawbah: 34)

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:

«مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ لَا يُؤَدِّي فِيهَا حَقَّهَا؛ إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ».

"Tiada seorang pun yang memiliki emas atau perak, lalu dia tidak menunaikan haknya (zakatnya), melainkan pada hari kiamat akan dipanaskan untuknya kepingan-kepingan (logam) daripada api neraka."44

Para ulama telah sepakat tentang kewajipan zakat pada emas dan perak. Wang kertas juga mengambil hukum emas dan perak kerana ia telah menggantikan keduanya sebagai alat transaksi kewangan.

Nisab zakat bagi mata wang serta kadar yang wajib dikeluarkan daripadanya:

(Wang kertas) mengambil kadar nisab emas atau perak kerana ia menggantikan keduanya sebagai mata wang. Apabila nilainya mencapai nisab salah satu daripadanya, maka wajib zakat ke atasnya. Kebiasaannya, nisab wang kertas pada hari ini diukur berdasarkan perak kerana nilainya lebih rendah berbanding emas, maka ia lebih cepat mencapai nisab. Maka apabila seorang Muslim memiliki harta yang menyamai nilai 595 gram perak, dan telah cukup haul (setahun hijrah), maka wajiblah zakat ke atasnya. Harga per gram perak berubah-ubah mengikut masa. Sesiapa yang memiliki wang yang sedikit dan tidak pasti sama ada telah mencapai nisab atau belum, hendaklah dia bertanya kepada para peniaga perak tentang harga per gram perak, kemudian didarab dengan 595. Hasilnya ialah kadar nisab.

Faedah: Jika seseorang ingin mengeluarkan zakat hartanya, hendaklah dia membahagikan nisab kepada empat puluh, maka hasil bahagiannya itulah kadar zakat yang wajib dikeluarkan.

Keempat: Zakat barang perniagaan.

Ia merupakan segala sesuatu yang disediakan untuk jual beli dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Zakat barang perniagaan merangkumi semua jenis harta selain mata wang; seperti kereta, pakaian, kain, besi, kayu dan selainnya yang disediakan untuk urusan perniagaan.

Syarat wajib zakat barang perniagaan:

1- Hendaklah ia dimiliki melalui usahanya sendiri seperti melalui jual beli, sewaan, dan lain-lain bentuk usaha mendapatkan keuntungan.

2- Hendaklah ia dimiliki dengan niat untuk diperdagangkan; iaitu bertujuan memperoleh keuntungan dengannya, kerana amalan itu bergantung kepada niat. Perniagaan adalah satu bentuk amalan, maka wajib digandingkan niat padanya seperti amalan-amalan lain.

3- Hendaklah nilai barang perniagaan tersebut mencapai nisab salah satu daripada dua mata wang (emas atau perak).

4- Hendaklah ia genap haul ke atasnya, iaitu cukup tempoh setahun hijrah.

Cara Mengeluarkan Zakat Barang Perniagaan:

Barang perniagaan hendaklah dinilai harganya ketika genap haul dengan salah satu daripada dua mata wang: emas atau perak. Apabila ia telah dinilai dan mencapai nisab berdasarkan salah satu daripadanya, maka wajib dikeluarkan seperempat daripada satu persepuluh (2.5%) daripada nilainya.

Kelima: Zakat Fitrah:

Ia merupakan sedekah yang diwajibkan pada penghujung bulan Ramadan, Dan ia telah difardukan pada tahun kedua Hijrah.

Hukum Zakat Fitrah:

Zakat fitrah wajib ke atas setiap Muslim yang memiliki makanan yang lebih daripada keperluan dirinya dan keluarganya pada hari raya dan malamnya. Ia wajib ke atas setiap Muslim; sama ada lelaki atau perempuan, kecil atau besar, merdeka atau hamba. Berdasarkan hadis:

«فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ، وَالذَّكَرِ وَالْأُنثَى، وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ، مِنَ الْمُسْلِمِينَ».

"Rasulullah ﷺ telah mewajibkan zakat fitrah ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar daripada kalangan orang Islam."45 Perkataan “فَرَضَ” bermaksud: mewajibkan dan meletakkan kewajipan.

Hikmah Disyariatkan Zakat Fitrah:

Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما berkata:

«فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ زَكَاةَ الْفِطْرِ؛ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ، وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ».

"Rasulullah ﷺ telah mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada perkara sia-sia dan kata-kata kotor, serta sebagai makanan untuk orang-orang miskin."46

Waktu Wajib Membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah menjadi wajib dengan terbenamnya matahari pada malam hari raya. Disunatkan untuk mengeluarkannya pada hari raya sebelum pergi menunaikan solat hari raya. Tidak dibolehkan melewatkannya selepas solat hari raya. Sekiranya dia melewatkannya selepas solat hari raya, maka wajib baginya mengeluarkannya sebagai qada’, dan dia berdosa kerana melewatkannya daripada waktu yang telah ditetapkan.

Dibolehkan mengeluarkannya sehari atau dua hari sebelum hari raya.

Kadar Zakat Fitrah dan Sumber Ia Dikeluarkan:

Satu ṣā‘ daripada makanan ruji penduduk setempat; seperti beras, kurma, gandum, atau selainnya. Kadar satu ṣā‘ ialah lebih kurang tiga kilogram. Dan tidak dibolehkan mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk wang, iaitu dengan membayar sejumlah duit sebagai gantinya, kerana hal itu menyelisihi perintah Rasulullah ﷺ.

Pengeluaran zakat dan golongan penerimanya:

Waktu pengeluarannya:

Wajib mengeluarkan zakat segera apabila telah masuk waktunya, Tidak dibolehkan melewatkannya kecuali kerana darurat seperti hartanya berada di negeri yang jauh darinya dan tiada wakil yang boleh diamanahkan untuk mengeluarkannya.

Tempat mengeluarkannya:

Yang lebih utama ialah mengeluarkan zakat di negeri tempat harta itu berada, dibolehkan memindahkannya dari negeri tempat harta itu berada ke negeri lain dalam keadaan-keadaan berikut:

a) Jika di negeri tersebut tiada orang yang memerlukan zakat.

b) Jika terdapat ahli keluarga yang memerlukan di negeri lain.

c) Jika terdapat maslahah syarie yang memerlukan pemindahan zakat, seperti memindahkannya ke kawasan umat Islam yang ditimpa bencana kebuluran atau banjir.

Zakat juga wajib ke atas harta kanak-kanak dan orang gila, berdasarkan umum dalil-dalil syarak. Wali mereka bertanggungjawab mengeluarkan zakat daripada harta tersebut. Tidak boleh mengeluarkan zakat kecuali dengan niat, berdasarkan sabda Nabi :

«إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ».

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat."47

Golongan yang berhak menerima zakat:

Golongan yang berhak menerima zakat ada lapan golongan:

Golongan pertama: Fakir.

Mereka ialah orang-orang yang tidak memiliki keperluan asas yang mencukupi seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian. Kadar zakat yang diberikan kepada mereka ialah sekadar mencukupi keperluan mereka dan tanggungan mereka untuk tempoh satu tahun.

Golongan kedua: Orang miskin.

Mereka ialah orang yang memiliki sebahagian besar keperluan asasnya, tetapi tidak sepenuhnya mencukupi seperti seseorang yang mempunyai gaji, namun tidak mencukupi untuk menampung keperluannya sepanjang tahun.

Kadar zakat yang diberikan kepada mereka: Sekadar mencukupi keperluan mereka dan tanggungan mereka untuk tempoh satu tahun.

Golongan ketiga: Para amil zakat.

Mereka ialah orang-orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menguruskan pengumpulan zakat, atau yang bertanggungjawab menjaga serta menyampaikan zakat kepada golongan yang berhak.

Kadar zakat yang diberikan kepada mereka: Sekadar upah atas pekerjaan mereka, jika mereka tidak menerima gaji daripada pihak pemerintah.

Golongan keempat: Muallaf (orang yang dijinakkan hatinya).

Mereka ialah sesiapa sahaja yang diharapkan dengan pemberian zakat akan masuk Islam, atau bertambah kuat imannya, atau dapat menahan kejahatannya daripada umat Islam.

Kadar zakat yang diberikan kepada mereka: Sekadar yang mencukupi untuk melembutkan hati mereka.

Golongan kelima: Untuk memerdekakan hamba.

Yang dimaksudkan ialah untuk membebaskan hamba atau membantu hamba mukatab (yang membuat perjanjian untuk membebaskan diri).

Hamba mukatab ialah hamba yang membuat perjanjian untuk menebus dirinya daripada tuannya dengan sejumlah bayaran. Termasuk dalam kategori ini juga ialah membayar tebusan untuk membebaskan tawanan Muslim dalam peperangan.

Golongan keenam: Orang yang berhutang: Mereka terbahagi kepada dua jenis:

Pertama: Orang yang berhutang kerana keperluan diri sendiri, dan dia tidak mempunyai kemampuan untuk melunaskan hutangnya. Dia diberikan zakat sekadar mencukupi untuk melangsaikan hutangnya.

Kedua: Orang yang berhutang kerana tujuan mendamaikan pihak-pihak yang berselisih. Dia diberikan zakat sekadar mencukupi untuk melangsaikan hutangnya, walaupun dia seorang yang kaya.

Golongan ketujuh: Fi Sabilillah (di jalan Allah):

Mereka ialah orang-orang yang berjihad di jalan Allah.

Kadar zakat yang diberikan kepada mereka: Sekadar mencukupi keperluan mereka untuk berjihad di jalan Allah termasuk kenderaan, senjata, makanan dan lain-lain.

Golongan kelapan: Ibnu Sabil (musafir yang terputus bekalan).

Iaitu seorang musafir yang kehabisan bekalan, atau yang dicuri hartanya, sehingga tidak lagi memiliki wang yang dapat membawanya pulang ke negerinya.

Kadar zakat yang diberikan kepada mereka: Sekadar mencukupi untuk membolehkannya pulang ke negerinya, walaupun dia seorang yang kaya di tempat asalnya.

Bahagian Keempat: Puasa

Puasa ialah:

Beribadah kepada Allah Ta‘ala dengan menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Puasa merupakan salah satu rukun Islam, ia adalah kewajipan yang difardukan oleh Allah Ta‘ala, yang diketahui secara pasti dalam agama. Dalil kewajibannya terdapat dalam al-Quran, sunnah, dan ijmak kaum Muslimin.

Allah Taala berfirman:

﴿‌شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ...﴾

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta pembeza (antara yang hak dan batil). Maka sesiapa di antara kamu yang hadir (di negerinya) pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa padanya..." (Surah al-Baqarah: 185)

Syarat wajib puasa Ramadan:

Islam, maka tidak sah puasa daripada orang kafir.

2- Baligh, maka tidak wajib puasa ke atas kanak-kanak. Namun, sah puasa daripada kanak-kanak yang sudah mumayyiz, dan baginya puasa tersebut dikira sebagai ibadah sunat.

3- Berakal, maka puasa tidak wajib ke atas orang gila, dan tidak sah puasanya kerana ketiadaan niat.

4- Mampu berpuasa. Maka puasa tidak wajib ke atas orang sakit yang tidak mampu berpuasa, dan juga tidak wajib ke atas musafir. Kedua-duanya hendaklah mengqada’ puasa apabila hilang uzur tersebut. Maka disyaratkan sahnya puasa dengan terhentinya darah haid dan nifas.

Bulan Ramadan dikira telah menjelang melalui salah satu daripada perkara ini iaitu:

a) Melihat anak bulan Ramadan, Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

«صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ، وَأفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ».

"Berpuasalah kamu apabila melihatnya (anak bulan Ramadan), dan berbukalah kamu apabila melihatnya (anak bulan Syawal)."48

b) Menyempurnakan bulan Sya‘ban menjadi tiga puluh hari, iaitu apabila anak bulan Ramadan tidak kelihatan, atau terhalang daripada kelihatan kerana mendung, debu, atau seumpamanya. Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

«فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ؛ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلاثِينَ يَوْمًا».

"Jika hilal tertutup daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bilangan (hari) Sya‘ban menjadi tiga puluh hari."49

Niat Ketika Berpuasa

Puasa, seperti ibadah-ibadah lain, tidak sah kecuali dengan niat. Waktu wajib berniat dalam puasa yang fardu berbeza dengan puasa yang selainnya. Penjelasannya adalah seperti berikut:

Pertama: Puasa yang wajib seperti puasa Ramadan, puasa qada’ atau puasa nazar.

Wajib berniat pada waktu malam sebelum terbit fajar. Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

«مَن لَمْ يُبَيِّتْ الصِّيَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ».

"Sesiapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam, maka tiada puasa baginya."50

Kedua: Puasa sunat; sah seseorang berniat puasa sunat pada waktu siang, Dengan syarat dia belum mengambil sesuatu yang membatalkan puasa selepas terbit fajar.

Pembatal Puasa

Pertama: Jimak.

Apabila seseorang melakukan jimak, batal puasanya dan dia wajib mengqada’ hari tersebut. Selain qada’, dia juga wajib membayar kafarah, iaitu: memerdekakan seorang hamba. Jika tidak menemui (hamba untuk dimerdekakan), maka wajib berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu kerana uzur syar‘ie, maka wajib memberi makan kepada enam puluh orang miskin, setiap seorang mendapat setengah ṣā‘ daripada makanan ruji di negeri tersebut.

Kedua: Keluar mani disebabkan oleh ciuman, sentuhan, onani, atau kerana berulang kali melihat (dengan syahwat), maka dia wajib qada’ sahaja tanpa kafarah, kerana kafarah hanya diwajibkan akibat jimak. Adapun orang yang bermimpi lalu keluar mani ketika tidur, maka tidak ada apa-apa kewajipan ke atasnya, kerana itu berlaku tanpa pilihannya. Dia hanya perlu mandi junub.

Ketiga: Makan dan minum dengan sengaja: Berdasarkan firman Allah Ta'ala:

﴿وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ...﴾

"Dan makanlah serta minumlah hingga nyata bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam." (Surah al-Baqarah: 187)

Adapun orang yang makan atau minum dalam keadaan lupa, maka tidak ada apa-apa (dosa atau kafarah) ke atasnya; Berdasarkan hadis:

«مَن نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ، فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ، فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ».

"Sesiapa yang terlupa sedangkan dia sedang berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah lah yang telah memberinya makan dan minum."51

Keempat: Mengeluarkan muntah dengan sengaja.

Adapun orang yang muntah kerana tidak mampu mengawalnya, maka tidak menjejaskan puasanya. Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

«مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيءُ فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَمَن اسْتَقَاءَ عَمْدًا فَلْيَقْضِ».

"Sesiapa yang muntah tanpa sengaja, maka tidak wajib qada’, dan sesiapa yang muntah dengan sengaja, hendaklah dia mengqada’ puasanya."52

Kelima: Mengeluarkan darah daripada badan sama ada melalui bekam, al-fasdu atau menyumbangkan darah untuk membantu pesakit, maka semua itu membatalkan puasa. Adapun pengeluaran sedikit darah untuk tujuan ujian makmal, maka tidak menjejaskan puasa. Begitu juga, pengeluaran darah tanpa keizinan atau tidak disengajakan seperti hidung berdarah, luka, atau cabut gigi, tidak menjejaskan puasa.

Golongan yang diharuskan berbuka puasa pada bulan Ramadan:

Bahagian pertama: Golongan yang diharuskan berbuka dan wajib menggantikan (qada’) puasa tersebut, iaitu:

1- Orang sakit yang ada harapan sembuh dan akan mendapat mudarat atau kesukaran jika berpuasa.

2- Orang yang bermusafir; sama ada dia menghadapi kesukaran dalam perjalanan atau tidak.

Dalilnya adalah firman Allah Ta'ala:

﴿...وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ...﴾

"Dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka hendaklah dia menggantikan jumlah hari-hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain." (Surah al-Baqarah: 185)

3- Wanita hamil atau menyusukan anak, jika berpuasa memberatkan mereka atau memudaratkan diri mereka atau anak mereka, maka hukumnya sama seperti orang sakit iaitu diharuskan berbuka, Namun wajib menggantikan (qada’) puasa tersebut pada waktu lain.

4- Wanita yang sedang haid atau nifas, maka wajib ke atas mereka untuk berbuka, Puasa mereka tidak sah, dan mereka wajib menggantikan (qada’) puasa tersebut pada hari-hari lain.

Bahagian Kedua: Golongan yang diharuskan berbuka dan wajib membayar fidyah (kafarah) tanpa perlu qada’ puasa, iaitu:

1- Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.

2- Orang tua yang sudah lanjut usia sehingga tidak mampu berpuasa.

Maka golongan ini dibolehkan berbuka puasa dan wajib memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan pada bulan Ramadan. Adapun jika orang tua itu mencapai tahap nyanyuk (hilang akal), maka gugurlah kewajipan syariat daripadanya, dia boleh berbuka dan tidak dikenakan apa-apa kewajipan.

Waktu qada’ dan hukum melambatkannya:

Wajib mengqada’ puasa Ramadan di antara Ramadan tersebut dan Ramadan yang berikutnya. Yang terbaik adalah menyegerakan qada’ tersebut, Dan tidak dibolehkan melewatkan qada’ sehingga selepas Ramadan berikutnya. Daripada ʿĀisyah رضي الله عنها, beliau berkata:

«كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلَّا فِي شَعْبَانَ لِمَكَانِ رَسُولِ اللهِ ﷺ».

“Aku pernah mempunyai hutang puasa Ramadan, tetapi aku tidak mampu mengqada’nya melainkan pada bulan Syaʿban kerana sibuk melayani baginda Rasulullah ﷺ.”53

Sesiapa yang melewatkan qada’ puasa selepas Ramadan berikutnya, terdapat dua keadaan:

1- Jika dia menangguhkan puasa qadha kerana alasan yang sah (uzur syar'i), seperti terus-menerus sakit sehingga tiba Ramadan yang seterusnya, maka dia hanya wajib menggantikan puasa (qadha) sahaja.

2- Melewatkannya tanpa uzur syar‘ie. Dalam keadaan ini, dia berdosa kerana menangguh, dan wajib atasnya bertaubat, mengqada’ puasa, serta memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang tertinggal.

Puasa sunat bagi orang yang mempunyai hutang puasa:

Sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadan, adalah lebih utama untuk menyegerakannya sebelum berpuasa sunat. Namun, jika puasa sunat itu adalah puasa yang waktunya terhad dan akan berlalu, seperti puasa Arafah dan ‘Asyura, maka boleh mendahulukannya sebelum qada’, kerana qada’ mempunyai waktu yang luas, tetapi puasa ‘Ashura dan ‘Arafah jika dilewatkan, maka ia terlepas waktunya. Namun, puasa enam hari di bulan Syawal tidak boleh dilakukan kecuali selepas menqadha’ puasa Ramadan.

Hari yang diharamkan berpuasa:

1- Puasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha adalah dilarang.

2- Berpuasa pada hari Tasyriq dalam bulan Zulhijjah, Kecuali bagi orang yang melakukan haji tamattu‘ atau qiran jika tidak mendapati korban (hady). Hari-hari Tasyriq ialah: hari ke-11, ke-12, dan ke-13 bulan Zulhijjah.

3- Hari Syak adalah untuk keadaan syak, iaitu hari ketiga puluh bulan Sya‘ban, Jika malamnya berawan atau berdebu sehingga menghalang daripada melihat anak bulan.

Keadaan Yang Makruh Dalam Berpuasa:

a) Mengkhususkan puasa pada bulan Rejab. b) Mengkhususkan puasa pada hari Jumaat kerana adanya larangan tentang hal itu. Namun, jika berpuasa pada hari sebelumnya atau hari selepasnya, maka hukum makhruh itu terhapus.

Hari yang disunatkan untuk berpuasa:

a) Enam hari dalam bulan Syawal. b) Puasa pada sembilan hari pertama bulan Zulhijjah, yang paling afdhal ialah hari Arafah, kecuali bagi orang yang sedang menunaikan haji. Puasa hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun. c) Puasa tiga hari setiap bulan, dan yang terbaik ialah pada hari-hari putih (Ayyam al-Bid), iaitu hari ke-13, ke-14, dan ke-15. d) Puasa pada setiap Isnin dan Khamis, kerana Nabi ﷺ biasa berpuasa pada hari-hari tersebut kerana amalan hamba akan dipersembahkan pada hari-hari itu.

Puasa sunat:

a) Puasa Nabi Daud عليه السلام, beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari secara bergilir.

b) Puasa pada bulan Muharram, yang merupakan bulan terbaik untuk berpuasa sunat.

Yang paling afdhal ialah puasa pada hari ‘Asyura, iaitu hari ke-10 Muharram, dan disunatkan juga berpuasa hari ke-9 bersamanya, berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

«لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ».

"Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9."54 Puasa ini menghapus dosa setahun yang lalu.

Bahagian Kelima: Haji dan Umrah

Haji secara bahasa: Arah tujuan. Haji secara syarak: Menuju ke Baytullah al-Haram dan tempat-tempat ibadah tertentu pada waktu yang ditetapkan untuk menunaikan amalan haji yang khusus.

Umrah secara bahasa: Ziarah.

Umrah secara syarak: Menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk menunaikan amalan ibadah tertentu.

Haji merupakan salah satu rukun Islam dan termasuk dalam dasar utama agama. Ia difardukan pada tahun kesembilan Hijrah, Dan Nabi hanya menunaikan satu haji, iaitu Haji Wada‘.

Haji wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi yang mampu, dan lebih daripada itu adalah sunat. Adapun umrah, wajib bagi yang mampu, menurut pendapat kebanyakan ulama, berdasarkan sabda Nabi apabila ditanya: Adakah wanita diwajibkan berperang? Beliau bersabda:

«نَعَمْ، عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لَا قِتَالَ فِيهِ: الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ».

"Ya, ke atas mereka ada jihad yang tidak melibatkan peperangan: Haji dan Umrah."55

Syarat-syarat wajib Haji dan Umrah:

1- Islam

2- Berakal

3- Baligh

4- Merdeka (bukan hamba)

5- Mampu (dari segi fizikal, wang, dan perjalanan)

Bagi wanita, terdapat syarat keenam, iaitu wujudnya mahram yang menemani perjalanan untuk menunaikan haji atau umrah, kerana tidak dibenarkan bagi wanita melakukan perjalanan haji atau selainnya tanpa mahram. Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

«لَا تُسَافِرُ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ، وَلَا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ».

"Tidak dibenarkan wanita melakukan perjalanan kecuali bersama mahram, dan tidak seorang lelaki pun masuk menemui wanita itu kecuali bersama mahramnya."56

Mahram bagi wanita ialah: suaminya, atau sesiapa yang haram untuknya dinikahi secara kekal, sama ada: Berkaitan nasab, seperti: abang, ayah, datuk, anak saudara lelaki, ibu saudara. Berkaitan susuan, seperti: saudara lelaki dari susuan.

 

Berkaitan perkahwinan (muṣāharah), seperti: suami ibu atau anak tiri lelaki.

Mampu (al-istiṭāʿah):

Iaitu kemampuan dari segi fizikal dan kewangan, iaitu dia mampu melakukan perjalanan dan menanggung kepenatan perjalanan, serta mempunyai wang yang mencukupi untuk pergi dan balik. Selain itu, dia juga mesti mempunyai cukup rezeki untuk anak-anak dan tanggungan yang diwajibkan kepadanya sehingga kembali kepada mereka.

Perjalanan haji mesti selamat bagi diri dan hartanya.

Sesiapa yang mampu dari segi kewangan tetapi tidak mampu secara fizikal, seperti orang tua yang sangat lanjut usia atau sakit kronik yang tidak diharapkan sembuh, wajib mengupah wakil untuk menunaikan haji dan umrah bagi pihaknya.

Dua syarat bagi orang yang dibolehkan menjadi wakil (na’ib) dalam haji dan umrah:

1- Mestilah orang yang sah menunaikan haji, iaitu Muslim, baligh, dan berakal.

2- Mestilah telah menunaikan haji bagi dirinya sendiri sebagai Haji Islam.

Miqat-miqat ihram:

Mawaqit ialah jamak bagi miqat, secara bahasa bermaksud batas, dan secara syarak ialah tempat atau waktu untuk menunaikan ibadah.

Bagi haji, terdapat miqat dari segi masa dan tempat.

a) Mawaqit dari segi masa: Allah menyebutnya dalam firman-Nya:

﴿ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٞ مَّعۡلُومَٰتٞۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ...﴾

“Haji itu adalah pada bulan-bulan yang tertentu. Maka sesiapa yang menunaikan haji pada bulan-bulan tersebut…” (Surah al-Baqarah: 197)

Bulan-bulan tersebut ialah: Syawal, Zulqa‘dah, dan sepuluh hari pertama Zulhijjah.

b) Mawaqit dari segi tempat: Iaitu batas-batas yang tidak dibenarkan bagi jemaah haji melangkau ke Mekah tanpa berniat ihram, Batas-batas tersebut adalah seperti berikut:

1- Dhu al-Hulayfah: Miqat bagi penduduk Madinah.

2- Al-Juhfah: Miqat bagi penduduk Syam, Mesir, dan Maghrib.

3- Qarn al-Manazil: Kini dikenali sebagai As-Sail; miqat bagi penduduk Najd.

4- Dhat ‘Irq: Miqat bagi penduduk Iraq.

5- Yalamlam: Miqat bagi penduduk Yaman.

Sesiapa yang tempat tinggalnya berada di bawah miqat tersebut, maka dia berihram untuk haji dan umrah dari rumahnya. Bagi penduduk Mekah, mereka memulai ihram dari Mekah dan tidak perlu keluar ke miqat. Adapun untuk umrah, mereka keluar hingga ke miqat terdekat dan berniat ihram. Sesiapa yang ingin menunaikan haji atau umrah, wajib berniat ihram dari tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Nabi , iaitu mawaqit dari segi tempat yang telah disebutkan sebelumnya. Maka tidak dibenarkan bagi sesiapa yang ingin menunaikan haji atau umrah melepasi miqat tanpa berniat ihram.

Sesiapa yang melalui miqat yang disebutkan tadi, tetapi bukan penduduk kawasan itu, wajib berniat ihram dari situ.

Sesiapa yang perjalanannya ke Mekah tidak melalui mana-mana miqat yang disebutkan, sama ada darat, laut, atau udara, maka dia wajib berniat ihram apabila sampai pada miqat yang paling hampir dengannya. Berdasarkan sabda ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه: "Perhatikan miqat yang paling hampir dengan jalanmu."57

Sesiapa yang dalam perjalanannya menunaikan haji atau umrah menggunakan kapal terbang, wajib berniat ihram apabila pesawat melewati miqat yang berada di laluan penerbangannya. Tidak dibenarkan menangguhkan niat ihram sehingga pesawat mendarat di lapangan terbang.

Ihram:

Ihram ialah niat untuk memulakan ibadah. Bagi haji, ia merupakan niat memasuki ibadah haji. Bagi umrah, ia merupakan niat memasuki ibadah umrah. Seseorang tidak dianggap sedang ihram melainkan jika dia telah berniat memasuki ibadah tersebut. Adapun sekadar memakai pakaian ihram tanpa niat, ia tidak dikira sebagai ihram.

Perkara sunat sebelum ihram:

1- Mandi keseluruhan badan sebelum berniat ihram.

2- Menggunakan wangian bagi lelaki pada tubuhnya, bukan pada pakaian ihram.

3- Berniat ihram sambil memakai kain ihram (izar dan rida’) berwarna putih) dan bersandal.

4- Memulakan ihram di atas kenderaan dengan menghadap kiblat.

Jenis-jenis ibadah haji dan umrah (al-nusk):

Seorang yang berniat ihram boleh memilih salah satu daripada tiga jenis ibadah, iaitu:

1-Tamattu‘ ialah seseorang berniat ihram untuk umrah pada bulan-bulan haji, kemudian menyelesaikannya, dan selepas itu berniat ihram untuk haji pada tahun yang sama.

2- Ifrad (bersendirian): Berniat ihram hanya untuk haji dari miqat, dan terus mengekalkan ihram hingga menunaikan semua amalan haji.

3- Qiran (menggabungkan): Apabila seseorang berniat untuk haji dan umrah sekali gus, atau dia berniat untuk umrah dahulu kemudian menambah niat haji sebelum memulakan tawaf umrah. Dia berniat di miqat atau sebelum tawaf, dan hanya melakukan satu tawaf dan satu sa‘i untuk kedua-duanya.

Bagi mereka yang menunaikan tamattu‘ dan qiran, terdapat denda (fidyah) sekiranya mereka bukan penduduk sekitar Masjidilharam.

Yang paling utama daripada tiga jenis ibadah ini ialah tamattu‘, kerana Nabi ﷺ memerintahkan para sahabatnya untuk melakukannya58. Kemudian qiran, kerana ia menghimpunkan antara haji dan umrah, kemudian ifrad.

c) Maka apabila dia berihram dengan salah satu daripada manāsik ini, hendaklah dia bertalbiah selepas ihramnya, dengan mengucapkan:

«لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ».

"Labbaika Allahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal-hamda wan-ni‘mata laka wal-mulk, laa syariika lak."59 (Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, kenikmatan, dan kerajaan milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu).

Ia sunat, dan disunatkan memperbanyakkan bacaan talbiah ini. Lelaki disunatkan mengeraskan suaranya, manakala wanita membacanya dengan perlahan.

Waktunya: Bacaan talbiah dimulakan selepas ihram dan waktu akhirnya adalah seperti berikut:

Pertama: Bagi orang yang mengerjakan umrah, dia menghentikannya sebelum memulakan tawaf.

Kedua: Bagi orang yang mengerjakan haji, dia menghentikannya apabila mula melontar Jamrah al-‘Aqabah pada hari raya.

Larangan-larangan semasa Ihram

Larangan pertama: Mencukur, memotong atau mencabut rambut dari mana-mana bahagian badan.

Larangan kedua: Memotong atau mengerat kuku tangan atau kaki tanpa keuzuran. Jika kuku patah lalu dibuang, maka tiada fidyah ke atasnya.

Larangan ketiga: Menutup kepala lelaki dengan sesuatu yang melekat padanya, seperti kopiah atau serban.

Larangan keempat: Lelaki yang berihram tidak boleh memakai pakaian berjahit yang disesuaikan dengan bentuk badan atau sebahagiannya, seperti baju, serban, seluar. Maksud pakaian berjahit (المخيط): Pakaian yang dijahit mengikut bentuk anggota, seperti kasut kulit (khuf), sarung tangan dan stoking. Adapun wanita boleh memakai apa sahaja pakaian ketika ihram kerana keperluan menutup aurat, tetapi:

Tidak boleh memakai niqab atau purdah (penutup muka yang dijahit mengikut bentuk muka).

Hendaklah menutup wajahnya dengan kain tudung atau jilbab apabila melalui lelaki ajnabi. Tidak boleh memakai sarung tangan.

Larangan kelima: Memakai wangi-wangian, kerana orang yang berihram dituntut menjauhkan diri daripada kemewahan, perhiasan dunia dan keseronokan serta menumpukan perhatian kepada akhirat.

Larangan keenam: Membunuh atau menangkap binatang buruan darat. Orang yang berihram tidak boleh memburu binatang buruan darat, membantu orang lain memburunya atau menyembelihnya.

Haram bagi orang yang sedang berihram untuk makan binatang buruan yang dia sendiri tangkap, atau yang diburu untuknya, atau yang dia bantu dalam pemburuannya; kerana hukumnya bagi dirinya seperti bangkai.

Namun, binatang buruan laut tidak diharamkan ke atas orang berihram untuk ditangkap atau dimakan. Begitu juga, tidak diharamkan menyembelih haiwan ternakan seperti ayam dan binatang ternak, kerana ia bukan binatang buruan.

Larangan ketujuh: Melakukan akad nikah untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain, serta menjadi saksi akad nikah.

Larangan kelapan: Jimak.

Sesiapa yang melakukan hubungan suami isteri sebelum tahallul awal, maka batal ibadah hajinya. Dia wajib meneruskan dan menyempurnakan manasiknya, mengqada’ haji pada tahun berikutnya, dan menyembelih seekor unta. Jika jimak itu berlaku selepas tahallul awal, hajinya tidak batal, namun dia wajib membayar dam.

Wanita dalam hal ini sama seperti lelaki jika dia bersetuju.

Larangan yang kesembilan: bermesra dengan perempuan tanpa persetubuhan. Tidak dibenarkan bagi orang yang berihram untuk bermesraan dengan wanita, kerana ia boleh membawa kepada perbuatan jimak yang diharamkan. Yang dimaksudkan dengan bermesraan ialah menyentuh wanita dengan syahwat.

Umrah:

a- Rukun Umrah:

1- Ihram.

2- Tawaf.

3- Sa‘i.

b- Wajib Umrah:

1- Berniat ihram dari miqat yang ditetapkan.

2- Bercukur atau bergunting rambut.

c- Tatacara Umrah:

Perkara pertama yang dimulakan oleh orang yang menunaikan umrah ialah bertawaf sebanyak tujuh pusingan, bermula dari Hajar Aswad dan berakhir di situ juga. Dalam tawafnya, dia hendaklah dalam keadaan suci dan menutup auratnya antara pusat hingga lutut. Disunatkan baginya al-idhtibā‘ sepanjang tawaf, iaitu membuka bahu kanannya, meletakkan kain ihram di bawah ketiaknya, dan meletakkan kedua-dua hujung kain ihram itu di atas bahu kirinya. Apabila selesai pusingan ketujuh, dia meninggalkan idhtibā‘ dan menutup kedua-dua bahunya dengan kain ihramnya.

Menghadap Hajar Aswad, lalu jika mampu menciumnya, dia menciumnya. Jika tidak mampu, dia menyentuhnya dengan tangan kanan jika boleh, lalu mencium tangannya. Jika tidak berupaya juga untuk menyentuhnya, dia mengisyaratkan kepadanya dengan mengangkat tangan kanannya sambil mengucapkan “Allahu Akbar” sekali, tanpa mencium tangannya dan tanpa berhenti. Kemudian dia meneruskan tawafnya dengan Kaabah berada di sebelah kirinya. Disunatkan berlari-lari anak (raml) pada tiga pusingan pertama. Raml ialah berjalan cepat dengan langkah yang lebih pendek.

Apabila dia melalui Rukun Yamani – iaitu sudut keempat Kaabah – maka jika berpeluang, dia menyentuhnya dengan tangan kanan tanpa bertakbir dan tanpa mencium tangannya. Jika tidak berpeluang, dia meneruskan perjalanan tanpa memberi isyarat dan tanpa bertakbir. Dia membaca antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad:

﴿...رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ﴾

Rabbanā ātinā fid-dun-yā ḥasanah, wa fil-ākhirati ḥasanah, wa qinā 'aẓāban-nār. Ertinya: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka." (Surah al-Baqarah: 201)

Apabila selesai tawaf, dia menunaikan dua rakaat solat di belakang Maqam Ibrahim عليه السلام jika berpeluang, jika tidak, dia boleh solat di mana-mana tempat di Masjidil Haram. Disunatkan membaca Surah al-Kafirun selepas al-Fatihah pada rakaat pertama, dan Surah al-Ikhlas selepas al-Fatihah pada rakaat kedua. Kemudian dia menuju ke Sa‘i, dan melakukan sa‘i di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Perjalanan dari Safa ke Marwah dikira satu pusingan, dan perjalanan kembali dari Marwah ke Safa dikira satu pusingan.

Dia memulakan sa‘i di Bukit Safa, lalu dia menaikinya atau berdiri di sisinya; menaiki Safa adalah lebih afdhal jika berpeluang. Ketika itu dia membaca firman Allah Ta‘ala:

﴿‌إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِ...﴾

"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar-syiar Allah." (Surah al-Baqarah: 158)

Disunatkan untuk menghadap kiblat, memuji Allah, membesarkan-Nya, dan membaca:

«لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ».

Lā ilāha illallāhu, wallāhu akbar. Lā ilāha illallāhu waḥdahu lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu, yuḥyī wa yumīt, wa huwa 'alā kulli syai`in qadīr. Lā ilāha illallāhu waḥdahu, anjaza wa'dahu, wa naṣara 'abdahu, wa hazamal-aḥzāba waḥdahu. Ertinya: "Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah, Dia Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan segala puji, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, tiada Tuhan selain Allah, Dia yang menepati janji-Nya, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan tentera yang berkumpul sendirian."60 Kemudian dia membaca apa-apa doa, sambil mengangkat tangan, dan mengulang bacaan zikir dan doa ini sebanyak tiga kali. Kemudian dia turun dari Safa dan berjalan menuju ke Marwa sehingga tiba di tanda pertama (lampu hijau). Di antara tanda pertama dan tanda kedua, disunnahkan bagi lelaki untuk berjalan cepat (sa'i). Adapun wanita, tidak disyariatkan baginya untuk mempercepatkan langkah antara kedua penanda tersebut kerana aurat, maka yang disyariatkan baginya ialah berjalan biasa sepanjang sa‘i. Kemudian dia berjalan dan naik ke Marwah atau berdiri di sisinya; menaikinya adalah lebih afdhal jika berpeluang. Dia mengucapkan dan melakukan di Marwah sebagaimana yang dia ucapkan dan lakukan di Safa, kecuali bacaan ayat firman Allah Ta‘ala:

﴿‌إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِ...﴾

"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar-syiar Allah..." Ayat ini hanya disunatkan dibaca ketika naik ke Safa pada pusingan pertama sahaja. Kemudian dia turun, berjalan di tempat berjalan, dan mempercepatkan langkah di tempat mempercepatkan langkah, hingga sampai ke Safa. Dia mengulangi perkara tersebut sebanyak tujuh kali; perjalanan dari Safa ke Marwah dikira satu pusingan, dan perjalanan dari Marwah ke Safa dikira satu pusingan. Disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa yang mudah ketika sa‘i. Disunatkan juga berada dalam keadaan suci daripada hadas besar dan kecil, namun jika dia melakukan sa‘i dalam keadaan tidak berwuduk, sa‘i itu tetap sah. Begitu juga, jika seorang wanita haid atau nifas selepas tawaf, dia boleh melakukan sa‘i, dan sa‘inya tetap sah, kerana bersuci bukanlah syarat sah sa‘i, tetapi hanya sunat dilakukan.

Apabila selesai melakukan sa‘i, dia mencukur rambutnya atau memendekkannya, dan bagi lelaki, mencukur rambut adalah lebih baik.

Dengan itu, selesailah semua manasik umrah.

Haji:

A. Rukun Haji:

1- Ihram.

2- Wukuf di Arafah.

3- Tawaf Ifadah.

4- Sa‘i.

B. Wajib Haji:

1- Ihram dari miqat.

2- Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari bagi yang wukuf pada siang hari.

3- Bermalam di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah hingga tengah malam.

4- Bermalam di Mina pada malam-malam hari Tasyrik.

5- Melontar jamrah.

6- Bercukur atau bergunting rambut.

7- Tawaf Wada‘ (Tawaf Selamat Tinggal).

C. Tata Cara Mengerjakan Haji:

Seorang Muslim berniat dan bertalbiah untuk haji apabila tiba di miqat dalam keadaan ifrad (haji sahaja) jika waktu sudah sempit.

Apabila sampai di Mekah, dia melakukan tawaf dan sa‘i, kemudian kekal dalam ihramnya sehingga berangkat menuju ke Arafah pada hari Arafah (9 Zulhijjah) dan berada di sana hingga terbenam matahari.

Selepas itu, dia berangkat ke Muzdalifah sambil bertalbiah, bermalam di sana sehingga menunaikan solat Subuh, lalu terus berzikir, bertalbiah dan berdoa hingga waktu fajar mulai terang (isfar).

Kemudian, dia bergerak ke Mina sebelum matahari terbit, dan melontar Jamrah Aqabah dengan tujuh biji batu kecil, lalu mencukur atau menggunting rambutnya (cukur lebih baik).

Selepas itu, dia melakukan Tawaf Ifadah. Sa‘i pertama yang dilakukannya sudah mencukupi, maka dengan itu selesailah hajinya dan dia mendapat tahallul (halal) sepenuhnya.

Dia masih berkewajipan untuk melontar jamrah pada hari kesebelas dan kedua belas (Zulhijah) jika dia ingin bersegera (meninggalkan Mina). Maka dia hendaklah melontar ketiga-tiga jamrah, setiap jamrah dengan tujuh biji batu kerikil, sambil bertakbir setiap kali melempar satu batu. Dia memulakan dengan Jamrah Sughra yang berdekatan dengan Masjid al-Khaif, kemudian Jamrah Wusta, dan akhirnya Jamrah Aqabah yang terakhir. Setiap jamrah dilontar dengan tujuh biji batu kerikil. Jika dia ingin melewatkan (kepulangannya) selepas hari kedua belas, maka dia hendaklah melontar pada hari ketiga belas sebagaimana cara lontarannya pada hari kedua belas dan hari kesebelas.

Waktu melontar adalah selepas tergelincir matahari pada ketiga-tiga hari tersebut.

Jika dia berangkat (meninggalkan Mina) pada hari kedua belas sebelum matahari terbenam, maka tidak mengapa. Namun, jika dia menetap sehingga melontar pada hari ketiga belas selepas tergelincir matahari, maka itu lebih baik, berdasarkan firman Allah Ta‘ala:”

﴿‌...فَمَن تَعَجَّلَ فِي يَوۡمَيۡنِ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۖ لِمَنِ ٱتَّقَىٰ...﴾

“...Maka sesiapa yang ingin bersegera (meninggalkan Mina) dalam dua hari, maka tiada dosa ke atasnya. Dan sesiapa yang ingin melambatkan (hingga hari ketiga), maka tiada dosa ke atasnya, bagi orang yang bertakwa...”

(Surah al-Baqarah: 203)

“Dan jika dia ingin bermusafir; maka dia melakukan Tawaf Wada‘ sebanyak tujuh pusingan tanpa sa‘i.

Sebaiknya, bagi orang yang tidak membawa haiwan hadyu, dia berniat ihram untuk umrah secara tamattu‘, kemudian bertalbiah untuk haji pada hari kelapan (Zulhijjah) dan melakukan amalan-amalan haji yang telah disebutkan. Namun, jika dia berniat ihram untuk haji dan umrah serentak, itu juga tidak mengapa. Cara ini dinamakan Qiran, iaitu berniat ihram bagi kedua-duanya dengan satu tawaf dan satu sa‘i.

Bab Ketiga:

Perkara-perkara yang berkaitan dengan Muamalat (urusan transaksi).

Para ulama رحمهم الله تعالى telah menjelaskan ilmu yang wajib dipelajari secara fardhu ‘ain, Mereka membincangkan kadar (ilmu) yang menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap Muslim untuk mempelajarinya. Antara yang mereka sebutkan ialah: mempelajari hukum-hakam jual beli bagi orang yang bekerja dalam perniagaan, supaya dia tidak terjatuh ke dalam perkara haram atau riba tanpa disedarinya. Telah datang daripada sebahagian para sahabat sesuatu yang menguatkan perkara tersebut.

DaripadaʿUmar bin al-Khaṭṭāb berkata: "Janganlah berniaga di pasar kami melainkan orang yang telah memahami agama.”61

DaripadaʿAlī bin Abī Ṭālib berkata: Sesiapa yang berniaga sebelum dia memahami (ilmu agama), dia akan terjerumus ke dalam riba, kemudian terjerumus, kemudian terjerumus.”

Maksudnya: dia akan jatuh ke dalam riba.62

Ibn ʿĀbidīn menukilkan daripada al-ʿAllāmī: “Setiap lelaki dan wanita yang baligh dan berakal diwajibkan, selepas mempelajari ilmu agama dan petunjuk asas, untuk mempelajari ilmu tentang wuduk, mandi wajib, solat, puasa, zakat bagi yang mempunyai nisab, serta haji bagi yang wajib ke atasnya. Para peniaga wajib mempelajari hukum-hakam jual beli agar mereka dapat mengelakkan diri daripada perkara syubhah dan makruh dalam semua urusan muamalat. Begitu juga para pengusaha dan ahli kemahiran; sesiapa yang terlibat dalam sesuatu bidang diwajibkan ke atasnya untuk mempelajari hukum-hakam berkaitan bidang tersebut supaya dapat menjauhi perkara haram di dalamnya.”63

Imam an-Nawawi berkata: “Adapun jual beli, perkahwinan dan seumpamanya yang hukum asalnya tidak wajib, maka ia diharamkan melakukannya kecuali setelah mengetahui syarat-syaratnya.”64

Berikut adalah beberapa kaedah yang berkaitan dengan muamalat kewangan, yang telah dibawa oleh syariat Islam:

1- Dihalalkan setiap perkara yang membawa manfaat murni atau manfaat yang lebih besar, seperti jual beli barang yang halal, sewaan, dan hak syuf‘ah.65

2- Disyariatkan segala urusan yang menjamin hak-hak manusia dan memeliharanya; seperti gadaian dan persaksian.

3- Disyariatkan segala urusan yang membawa maslahat kepada kedua-dua pihak yang berakad; seperti pembatalan akad (الإقالة), hak memilih (الخيار), dan syarat-syarat dalam jual beli.

4- Dilarang segala perkara yang mengandungi kezaliman terhadap manusia dan memakan harta mereka dengan cara yang batil seperti riba, merampas hak orang lain, dan menyorokkan barang untuk memanipulasi harga.

5- Disyariatkan segala perkara yang mengandungi kerjasama dalam kebaikan seperti hutang-piutang, meminjamkan barang, dan menjaga barang titipan.

6- Dilarang segala perkara yang melibatkan pemakanan harta tanpa usaha, manfaat atau kepayahan; seperti judi dan riba.

7- Dilarang segala urusan yang mengandungi terlalu banyak ketidakjelasan dan pertaruhan (gharar) seperti menjual barang yang belum dimiliki atau menjual barang yang tidak diketahui sifatnya.

8- Dilarang segala perkara yang mengandungi helah untuk melakukan perkara haram seperti jual beli ‘īnah.66

9- Dilarang segala perkara yang melalaikan daripada ketaatan kepada Allah; seperti jual beli selepas azan kedua pada hari Jumaat.

10- Dilarang segala perkara yang mendatangkan mudarat, atau menimbulkan permusuhan antara sesama Muslim; seperti menjual perkara yang haram, dan seseorang menjual atas jualan saudaranya.

Apabila seorang Muslim menghadapi kesamaran hukum dalam sesuatu permasalahan, maka hendaklah dia bertanya kepada para ulama tentangnya, dan janganlah dia melakukannya melainkan setelah mengetahui hukum syarak mengenainya, Sebagaimana firman Allah Ta‘ala:

﴿‌...فَاسْأَلُوا ‌أَهْلَ ‌الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ﴾

‘…Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.’ (Surah al-Nahl: 43).

Inilah yang dapat dihimpunkan, dan kepada Allah jualah kita memohon agar Dia menganugerahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat dan amalan yang soleh. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم, juga ke atas keluarga baginda dan para sahabat baginda seluruhnya.

الفهرس

 

Sekapur Sireh 2

Bab Pertama 4

Perkara Yang Berkaitan Dengan Akidah 4

Perbahasan Pertama: Definisi Islam dan Rukun-rukunnya. 4

Kepentingan Tauhid: 4

Maksud «Bersaksi Tiada yang Berhak Disembah Selain Allah»: 6

Syarat-syarat Lā ilāha illallāh ialah: 7

Maksud syahadah bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah: 8

Perbahasan Kedua: Maksud Iman dan Rukunnya: 10

1) Beriman kepada Allah Ta‘ala, dan ia merangkumi tiga perkara: 11

1- Beriman kepada ketuanan-Nya: 11

2- Beriman dengan hak-Nya untuk disembah: 14

3- Beriman kepada Asma’ dan Sifat-Nya: 17

2) Beriman kepada malaikat: 24

3) Beriman kepada kitab-kitab Allah: 26

4) Beriman kepada para rasul AS. 27

5) Beriman kepada hari akhirat: 28

a) Beriman kepada kebangkitan semula (al-Ba‘ts): 28

b) Beriman kepada hisab dan pembalasan: 29

c) Beriman kepada syurga dan neraka: 29

6) Beriman kepada takdir, baik dan buruknya: 30

Perbahasan Ketiga: Ihsan 32

Perbahasan Keempat: Prinsip Ahlus Sunnah wal-Jamaah 33

Bab Kedua: Hal berkaitan Ibadat 34

Bahagian Pertama: Taharah (Bersuci) 34

Pertama: Pembahagian air 34

Kedua: Najis 35

Ketiga: Perkara yang haram dilakukan oleh orang yang berhadas: 38

Keempat: Adab ketika membuang hajat: 40

Kelima: Hukum-hukum Istinja’ dan Istijmar: 41

Keenam: Hukum Wuduk: 41

Ketujuh: Hukum menyapu atas khuf dan stokin: 44

Kelapan: Hukum Tayammum: 46

Kesembilan: Hukum haid dan nifas: 48

Bahagian Kedua: Solat 50

Pertama: Hukum azan dan iqamah: 50

Kedua: Kedudukan solat dan kelebihannya: 53

Ketiga: Syarat solat: 56

Keempat: Rukun solat: 57

Kelima: Perkara Wajib solat 62

Keenam: Perkara Sunnah solat. 64

Ketujuh: Sifat solat. 67

Kelapan: Perkara makruh dalam solat: 74

Kesembilan: Perkara yang membatalkan solat: 75

Kesepuluh: Sujud sahwi. 76

Kesebelas: Waktu yang diharamkan untuk solat. 78

Kedua belas: Solat berjemaah. 79

Ketiga belas: Solat khauf (solat dalam keadaan takut). 82

Tata cara solat khauf: 82

Keempat belas: Solat Jumaat 83

Kelima: Sunat-sunat pada hari Jumaat: 85

Ukuran mendapat pahala Solat Jumaat: 86

Kelima belas: Solat bagi orang yang mempunyai uzur 87

Keenam belas: Solat Hari Raya: 90

Bab Ketujuh belas: Solat Gerhana (Solat al-Kusuf dan al-Khusuf) 93

Kelapan belas: Solat Istisqa’ 95

Kesembilan belas: Hukum Jenazah 96

Bahagian Ketiga: Zakat 100

1- Definisi Zakat dan Kedudukannya: 101

2- Syarat Wajib Zakat: 102

3- Harta-Harta yang Wajib Dizakatkan: 102

Bahagian Keempat: Puasa 116

Syarat wajib puasa Ramadan: 116

Bahagian Kelima: Haji dan Umrah 125

Syarat-syarat wajib Haji dan Umrah: 126

Miqat-miqat ihram: 128

Ihram: 130

Umrah: 134

Haji: 139

Bab Ketiga: 142

Perkara-perkara yang berkaitan dengan Muamalat (urusan transaksi). 142

 

***


Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, nombor (6072), dan al-Tirmidhi nombor (1535) yang menyatakan bahawa hadith ini hasan.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad nombor (716), dan Ahmad dalam Musnad nombor (19606), serta oleh al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Ahadith al-Mukhtarah (1/150), dan disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’ al-Saghir nombor (3731).

Diriwayatkan oleh Muslim (no. 121) dan Ahmad dalam Musnad (no. 10434).

(Madzi): Cecair yang tidak berwarna, keluar ketika berciuman, teringat jimak, keinginan syahwat, pandangan atau selainnya. Ia keluar dalam bentuk titisan dan kadangkala tanpa disedari.(Wadi): iaitu cecair yang pekat berwarna putih, keluar selepas kencing atau ketika mengangkat sesuatu yang berat.

Diriwayatkan oleh Muslim, no. (224).

Diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwatta’ no. (680 & 219), al-Darimi no. (312), dan ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf no. (1328). Disahihkan oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil no. (122).

Diriwayatkan oleh al-Nasa’i no. (12808), Ahmad no. (15423), dan disahihkan oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil no. (121).

Diriwayatkan oleh Ibn Majah no. (594), Ibn Hibban no. (799). Didaifkan oleh al-Albani dalam Da‘if Sunan al-Tirmidhi no. (146).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (142), Muslim no. (122).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (7288), dan Muslim no. (6066).

Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata dalam Majmu‘ Fatawa (29/141): (Al-Baihaqi menambah dengan sanad yang baik dari Jabir selepas kalimat: “alladhi wa‘adtahu”: “Innaka la tukhliful-mi‘ad”).

Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, no. (2635).

Diriwayatkan oleh Muslim no. (82).

Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi no. (265), beliau berkata: Hasan sahih gharib, dan disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (1117).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (6251) dan Muslim no. (884).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (756) dan Muslim no. (872).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (793) dan Muslim no. (398).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (812) dan Muslim no. (490).

Diriwayatkan oleh Muslim (498).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (724) dan Muslim no. (398).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (797) dan Muslim (402).

diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, nombor (839).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari nombor (6008).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. (1110).

Diriwayatkan oleh al-Bukhārī, no. 835.

Diriwayatkan oleh al-Bukhārī, no. 743, dan Muslim, no. 399.

Diriwayatkan oleh at-Tirmiżī, no. 266.

Diriwayatkan oleh Muslim, no. 588.

Diriwayatkan oleh Abū Dāwud, no. 5168.

Diriwayatkan oleh at-Tirmiżī, no. 284.

Diriwayatkan oleh Muslim, no. 1484.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 609, dan Muslim, no. 602.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4130, dan Muslim, no. 842.

Diriwayatkan oleh Muslim, no. 865.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 934, dan Muslim, no. 851.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 1081, dan Muslim, no. 693.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (1012) dan Muslim (894).

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud no. 3201 dan al-Tirmidhi no. 1024; dinyatakan sebagai hadis hasan sahih.

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, no. (962)

Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. (8), dan Muslim no. (111).

Diriwayatkan oleh Ibn Mājah no. (1792), dan al-Tirmidhi no. (63) serta (631).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1402) dan Muslim (no. 2287).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1432) dan Muslim (no. 984).

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 1609), Ibn Majah (no. 1827), dan disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abi Dawud (no. 1609).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1) dan Muslim (no. 1907).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1810) dan Muslim (no. 1086).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1909).

Diriwayatkan oleh Ahmad (no. 26457), Abu Dawud (no. 2454), dan al-Nasa’i (no. 2331) dengan lafaz ini.

Riwayat al-Bukhari (6669) dan Muslim (2709).

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2380), al-Tirmizi (no. 719), dan Ibn Majah (no. 676).

Diriwayatkan oleh al-Bukhārī (1849) dan Muslim (1846).

Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1134).

Diriwayatkan oleh Ahmad (no. 25198), al-Nasa’i (no. 2627), dan Ibn Majah (no. 2901).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1862) dan Muslim (no. 1341).

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1531).

Diriwayatkan oleh Muslim, no. (1211).

Diriwayatkan oleh al-Bukhārī, no. (1549).

Diriwayatkan oleh Muslim, no. (1218).

Diriwayatkan oleh al-Tirmiżī (no. 487) dan beliau berkata: “Hasan gharib.” Al-Albānī juga menghasankannya.

Lihat: Mughnī al-Muḥtāj (2/22).

Ḥāsyiah Ibn ʿĀbidīn (1/42).

Rujuk: al-Majmūʿ (1/50).

Syuf‘ah: Hak yang diberikan kepada seorang rakan kongsi untuk mengambil alih bahagian rakan kongsi yang dijual kepada pihak lain dengan membayar ganti rugi yang setara.”

Jual beli ‘īnah ialah seseorang menjual sesuatu barang kepada orang lain dengan harga tangguh, kemudian menyerahkannya kepadanya. Setelah itu, dia membeli semula barang tersebut daripadanya dengan harga yang lebih rendah secara tunai sebelum harga tangguh itu dilunaskan.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari bernombor (8).