فَضْلُ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ
Fadilat Sepuluh
Awal Zulhijjah
Panel Akademik Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Pengenalan
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasul yang diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam, juga ke atas keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikuti sunnah baginda serta berpegang kepada petunjuknya hingga hari kiamat.
Ini merupakan sebuah risalah ringkas yang mengandungi perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang Muslim mengenai fadilat sepuluh awal Zulhijjah. Kami himpunkannya buat para jemaah Dua Masjid Suci supaya mereka memiliki ilmu dan kefahaman tentang urusan agama mereka.
Kami berdoa kepada Allah agar menjadikan risalah ini bermanfaat dan ikhlas hanya kerana-Nya. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon dan berharap.
Panel Akademik Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
***
Fadilat Sepuluh Awal Zulhijjah
Sepuluh hari pertama Zulhijjah mempunyai fadilat yang besar, yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya dan Rasulullah SAW dalam sunnah baginda. Ia adalah hari-hari yang Allah SWT telah bersumpah dengannya dengan firman-Nya:
﴿وَٱلۡفَجۡرِ 1 وَلَيَالٍ عَشۡر 2﴾
"Demi waktu fajar. Demi malam yang sepuluh." [Al-Fajr: 1-2]
Yang mana merupakan sepuluh awal Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Abbas, Ibn al-Zubayr, Mujahid, Ibn Kathir, Ibn al-Qayyim dan ramai para salaf dan khalaf(1).
Inilah hari-hari di mana amalan padanya lebih afdal daripada jihad di jalan Allah SWT berdasarkan hadith Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرِ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ! وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَٰلِكَ بِشَيْءٍ».
"Tidak ada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari ini." Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Bahkan jihad di jalan Allah?” Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu tidak kembali dengan sesuatu pun.”(2)
Amalan-amalan pada Sepuluh Awal Zulhijjah
1. Menunaikan haji dan umrah merupakan antara amalan terbaik pada sepuluh hari ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
«مَن حَجَّ هَذَا الْبَيْتِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ».
“Sesiapa yang menunaikan haji dan tidak berkata kotor dan berbuat dosa, dia akan kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.”
Dalam riwayat Muslim:
«مَن أَتَى هَذَا الْبَيْتِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ؛ رَجَعَ كَيَوْمٍ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ».
“Sesiapa yang datang ke Baitullah ini dan dan tidak berkata kotor dan berbuat dosa, dia akan kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya."(3)
Dan sabda Nabi: “Sesiapa yang datang ke Baitullah ini” merangkumi makna Haji dan Umrah, alhamdulillah.
Nabi SAW turut bersabda:
«الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ».
“Umrah kepada umrah seterusnya ialah penghapus dosa antara keduanya, dan haji yang diterima, tidak ada balasan baginya kecuali syurga.”(4).
2. Puasa pada 9 hari pertama, atau sekadar termampu, berdasarkan sabda Nabi SAW:
«مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرِ».
"Tiada hari-hari di mana amalan soleh itu lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh ini."
Puasa adalah antara amalan yang paling agung dan Nabi SAW telah menganjurkan dan menggalakkannya. Antaranya sabda baginda SAW:
«مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا بَاعَدَ اللَّهُ بِذَٰلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا».
“Mana-mana hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.”(5)
3. Disyariatkan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha (Hari Nahr) dan hari-hari Tasyriq. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW:
«ضَحَّى بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا».
“Berkorban dua ekor biri-biri putih bertompok hitam dan bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri, membaca bismillah, bertakbir dan meletakkan kaki baginda di sisi biri-biri tersebut.”(6)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، وَإِنَّهُ لَيُؤْتَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلافِهَا، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ فِي الْأَرْضِ، فَطَيِّبُوا بِهَا نَفْسًا».
“Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari raya korban yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum jatuh ke muka bumi. Maka ikhlaslah kamu semasa berkorban.”(7)
Apabila masuk sepuluh awal Zulhijjah, sesiapa yang ingin berkorban hendaklah dia menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya berdasarkan hadis Ummu Salamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
«إِذَا رَأَيْتُمْ هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ؛ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ».
“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin berkorban, maka hendaklah dia menahan diri daripada (memotong) rambut dan kukunya.”
Dalam lafaz lain:
«... فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ».
"… maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehingga dia berkorban.”(8)
4. Takbir, tahlil dan zikir pada sepuluh hari ini dan hari-hari Tasyriq, berdasarkan hadis Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
«مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمَ عِندَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ: مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَالتَّحْمِيدِ».
“Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amalan padanya lebih dicintai-Nya daripada sepuluh hari ini, maka perbanyakkanlah padanya tasbih, takbir dan tahmid.”(9)
Takbir terbahagi kepada dua iaitu:
Pertama: Takbir Mutlak, iaitu takbir yang tidak terikat pada selepas waktu solat sahaja, bahkan dibolehkan pada setiap waktu.
Takbir Mutlak Aidiladha bermula daripada awal Zulhijjah sehingga penghujung hari Tasyriq terakhir, pada setiap masa, siang atau malam, di jalan raya, pasar, masjid, rumah dan di mana-mana tempat yang dibolehkan menyebut nama Allah SWT.
Kedua: Takbir Muqayyad, iaitu takbir yang dilakukan selepas solat, khususnya pada hari raya Aidiladha, dengan waktu dan cara seperti berikut:
Pertama: Takbir Muqayyad bermula selepas solat Subuh pada hari Arafah dan berakhir selepas solat Asar pada hari Tasyriq ketiga buat mereka yang bukan jemaah haji. Manakala bagi jemaah haji, Takbir Muqayyad bermula pada waktu Zohor sepuluh Zulhijjah.
Kedua: Lafaz takbir:
)اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ ولِلَّهِ الحَمدُ)(10)
5. Menunaikan solat hari raya Aidiladha bagi mereka yang tidak menunaikan haji, bersegera ke masjid serta mendengar khutbah kerana ia adalah antara syiar Islam teragung. Dan kerana besarnya kedudukannya, wanita turut diperintahkan untuk keluar menunaikan solat hari raya termasuk yang masih dara serta yang sedang haid. Umm ‘Atiyyah RA meriwayatkan:
«كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدَعَائِهِمْ، وَيَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَٰلِكَ الْيَوْمِ وَطَهَارَتِهِ».
"Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya, hatta anak dara keluar dari biliknya dan yang sedang haid duduk di belakang saf, bertakbir bersama, berdoa bersama dan mengharapkan keberkatan dan kesucian hari raya."
Dalam riwayat lain:
«وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّىٰ الْمُسْلِمِينَ».
"Baginda memerintahkan wanita yang sedang haid untuk menjauhi tempat solat."(11)
6. Memperbanyakkan amalan soleh termasuk ibadah sunat seperti solat sunat, sedekah, membaca al-Quran, amar makruf dan nahi munkar, berbuat baik kepada jiran, menyambung silaturahim dan lain-lain, berdasarkan keumuman sabda Nabi SAW:
«مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرِ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ! وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَٰلِكَ بِشَيْءٍ».
"Tidak ada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari ini." Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Bahkan jihad di jalan Allah?” Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu tidak kembali dengan sesuatu pun.”(12)
Semoga Allah memberi kita manfaat atas ilmu yang kita pelajari dan mengajar kita ilmu yang memberi manfaat, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Dan sebanyak-banyak selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat.
***
Kandungan
Fadilat Sepuluh Awal Zulhijjah 3
Amalan-amalan pada Sepuluh Awal Zulhijjah 4
() Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmidhi, dengan lafaz daripada al-Tirmidhi.
() Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
() Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
() Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
() Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
() Riwayat al-Tirmidhi.
() Riwayat Muslim
() Riwayat Ahmad.
() Lihat: Al-Mughni oleh Ibn Qudamah (j. 3, hlm. 290), dan Al-Sharh Al-Kabir bersama Al-Muqni’ dan Al-Insaf (j. 5, hlm. 380).
() Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
() Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmidhi.
() Tafsir Ibn Kathir (j. 4, hlm. 106), dan Zad al-Ma‘ad (j. 1, hlm. 56).