Hukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan (Melayu)

Sebuah risalah ringkas yang mengandungi perkara-perkara penting yang diperlukan oleh seorang Muslim dalam memahami hukum-hakam hadyu, korban dan penyembelihan, agar dia berada di atas pengetahuan dan kefahaman yang jelas dalam urusan agamanya.

  • earth Bahasa
    (Melayu)
  • earth Karya:
    اللجنة العلمية برئاسة الشؤون الدينية بالمسجد الحرام والمسجد النبوي
PHPWord

 

 

 

أَحْكَامُ الهَدْيِ وَالأَضَاحِي وَالتَّذْكِيَةِ

 

Hukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan

 

 

اللَّجْنَةُ العِلْمِيَّةُ

بِرِئَاسَةِ الشُّؤُونِ الدِّينِيَّةِ بِالمَسْجِدِ الحَرَامِ وَالمَسْجِدِ النَّبَوِيِّ

 

Panel Akademik Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ

Hukum-Hakam Berkenaan Hadyu, Korban dan Sembelihan.

Sekapur Sireh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam, serta ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya, dan sesiapa yang berpegang dengan sunnahnya serta mendapat petunjuk dengan hidayahnya hingga hari kiamat. Amma ba‘d:

Ini merupakan risalah ringkas yang menghimpunkan perkara-perkara penting yang diperlukan oleh seorang Muslim berkaitan hukum-hakam hadyu, korban dan sembelihan.

Kami himpunkan khusus untuk para penziarah lelaki dan wanita ke dua Tanah Haram, agar mereka berada dalam pengetahuan dan kefahaman yang jelas tentang urusan agama mereka. Kami mengharapkan daripada al-Karīm al-Mannān agar Dia memberi manfaat dengannya, menjadikannya amalan yang soleh lagi ikhlas kerana-Nya.

Sesungguhnya Dialah sebaik-baik tempat memohon dan sebaik-baik tempat berharap.

Jawatankuasa Ilmiah Persatuan Khidmat Kandungan Islam dalam Pelbagai Bahasa

Hukum Korban dan Sembelihan

Hadyu ialah segala haiwan ternakan dan seumpamanya yang dihadiahkan ke Tanah Haram dan disembelih di dalamnya. Ia dinamakan demikian kerana ia dihadiahkan kepada Allah SWT.

Perkataan Udhiyah (boleh juga disebut idhiyah) bermaksud setiapyang disembelih kerana Allah pada hari raya (Aidiladha) dan hari-hari tasyriq sebagai suatu cara mendekatkan diri kepada Allah.

Umat Islam telah bersepakat tentang pensyariatan kedua-duanya.

Haiwan korban paling afdal ialah unta, kemudian lembu jika dikeluarkan secara penuh (seekor lengkap) – kerana harganya yang tinggi dan manfaatnya kepada fakir miskin dengan banyaknya daging, kemudian barulah kambing.

Dan yang terbaik bagi setiap jenis haiwan ialah yang paling gemuk, kemudian yang paling mahal harganya, berdasarkan firman Allah SWT:

﴿ذَٰلِكَۖ وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ 32﴾

"Demikianlah (perintah Allah), dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia adalah daripada ketakwaan hati." [Sūrah al-Ḥajj, 32]

Haiwan korban perlu cukup usianya. Bagi kambing biri-biri. yang layak menjadi haiwan korban hanyalah yang telah cukup usia enam bulan ke atas. Bagi unta, usia minimum adalah 5 tahun. Bagi lembu, usia minimum adalah 2 tahun. Bagi kambing biasa, usia minimum adalah 1 tahun.

Seekor kambing memadai untuk korban haji bagi seorang jemaah haji. Untuk ibadah korban umum, ia memadai bagi seorang Muslim dan ahli keluarganya. Manakala unta dan lembu memadai dalam korban haji dan korban umum bagi tujuh orang; berdasarkan hadis Jabir bin ‘Abdillah RA, beliau berkata:

«نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ، وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ».

"Kami telah menyembelih korban haji bersama Rasulullah SAW pada tahun Hudaybiyah, seekor unta untuk tujuh orang, dan seekor lembu untuk tujuh orang." Dalam riwayat lain:

«خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُهِلِّينَ بِالْحَجِّ فَأَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَشْتَرِكَ فِي الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ كُلُّ سَبْعَةٍ مِّنَّا فِي بَدَنَةٍ».

"Kami keluar bersama Rasulullah SAW mengerjakan haji dengan berihram, lalu Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk berkongsi unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami dalam setiap lembu dan unta." Dalam riwayat lain:

«حَجَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَحَرْنَا الْبَعِيرَ عَنْ سَبْعَةٍ، وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ».

"Kami menunaikan haji bersama Rasulullah SAW, lalu kami menyembelih unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang."1

Mengenai hadis Abu Ayyub al-Ansari RA, apabila beliau ditanya: Bagaimana keadaan korban pada zaman Rasulullah SAW? Beliau menjawab:

«كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالْشَاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ، فَيَأْكُلُونَ، وَيُطْعِمُونَ، حَتَّى تَبَاهَى النَّاسُ فَصَارَتْ كَمَا تَرَى».

"Seorang lelaki menyembelih seekor kambing sebagai korban untuk dirinya dan ahli keluarganya, lalu mereka makan dan memberi makan (orang lain), sehingga orang-orang berlumba-lumba (bermegah-megah), lalu menjadi seperti yang kamu lihat sekarang."2

Seekor kambing lebih baik daripada satu per tujuh daripada unta dan lembu.

Tidak sah dalam ibadah hadyu dan korban melainkan haiwan yang sihat daripada penyakit, kekurangan anggota, dan kepayahan (kelemhan).

Tidak sah haiwan yang buta jelas kebutaannya, tidak juga yang buta sebelah, tidak yang kurus kering yang tidak ada isi dagingnya, tidak juga yang tempang sehingga tidak mampu berjalan bersama yang sihat, tidak yang hilang giginya dari akar, tidak yang kering susunya kerana usia tua, dan tidak sah haiwan yang sakit dan jelas penyakitnya, berdasarkan hadis al-Bara’ bin ‘Azib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berdiri di hadapan kami lalu bersabda:

«أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِي: الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرُهَا، وَالْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا، وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ظَلْعُهَا، وَالْعَجْفَاءُ الَّتِي لا تُنْقِي».

"Empat jenis haiwan yang tidak sah untuk korban: yang buta sebelah yang jelas kebutaannya, yang sakit yang jelas sakitnya, yang tempang yang jelas cacatnya dan yang kurus kering yang tidak berisi."3

Imam al-Tirmidhi RH berkata: "Semua para ulama mengamalkan hadis ini."4

Waktu menyembelih korban haji tamattu’ dan korban umum adalah selepas solat Aidiladha sehingga akhir hari-hari tasyriq menurut pendapat yang sahih.

Disunnahkan untuk makan sebahagian hadyu (korban haji) jika ia adalah hadyu tamattu’ atau qiran, begitu daripada haiwan korbannya. Juga memberi sedekah sebanyak sepertiga, berdasarkan firman Allah SWT:

﴿...فَكُلُواْ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡبَآئِسَ ٱلۡفَقِيرَ﴾

"Maka makanlah sebahagian daripadanya dan beri makanlah orang yang sengsara lagi fakir." [Sūrah al-Ḥajj: 28]

Adapun hadyu al-jubrān, iaitu hadyu (korban) yang dipersembahkan kerana melakukan perkara yang dilarang dalam ihram atau meninggalkan suatu kewajiban, maka tidak boleh makan daripadanya sama sekali.

Sesiapa yang ingin berkorban, apabila masuk sepuluh hari Zulhijjah, hendaklah dia tidak memotong rambut atau kukunya sehingga dia menyembelih korban, berdasarkan sabda Nabi SAW"

«إِذَا دَخَلَ الْعَشَرُ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ؛ فَلَا يَأْخُذْ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا، حَتَّى يُضَحِّيَ».

"Apabila masuk sepuluh hari (Zulhijjah) dan salah seorang daripada kamu ingin berkorban, maka janganlah dia memotong rambut atau kukunya sedikit pun sehingga dia berkorban.”5

Jika dia melakukan sesuatu daripada itu (memotong rambut atau kuku), hendaklah dia memohon ampun kepada Allah, tetapi tidak ada fidyah (denda) ke atasnya.

Sifat penyembelihan hadyu, korban, dan lain-lain yang disembelih (dikorbankan) adalah seperti berikut:

1 - Tidak sah menyembelih kecuali oleh seorang Muslim yang telah baligh dan berakal, atau ahli kitab (Yahudi atau Nasrani), dan penyembelih (mudzakkī) berniat untuk penyembelihan. Tidak boleh disembelih untuk selain Allah, dan tidak diucapkan talbiah (takbir ihram) untuk selain Allah.

Penyembelihan hendaklah menyebut nama Allah pada waktu sembelih atau nahr (nyah darah), dan dilakukan dengan alat yang tajam, bukan gigi atau kuku. Darah hendaklah dibuang di tempatnya. Wajib penyembelih itu diberi izin syarak dalam penyembelihan.6

2- Memilih korban. Hendaklah orang yang mahu berkorban berusaha mendapatkan haiwan korban yang paling sempurna;

«ضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى، وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا».

Rasulullah SAW telah berkorban dengan dua ekor kibasy (biri-biri jantan) yang paling baik, yang berpasangan, baginda menyembelihnya dengan tangannya sendiri, menyebut nama Allah, bertakbir dan meletakkan kakinya di atas sisi kedua-duanya.7

3- Berbuat ihsan terhadap binatang korban, dengan berusaha meringankan haiwan korban ketika penyembelihan.

Antaranya: menggunakan alat yang tajam untuk sembelih dan menggerakkan alat sembelih ke tempat sembelihan dengan kuat dan cepat kerana yang dikehendaki ialah mempercepatkan matinya nyawa dengan cara terbaik tanpa menyakitinya, berdasarkan hadis Syaddad bin Aws RA, beliau berkata: “Aku hafal dua hadis daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:

«إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ».

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, buatlah dengan ihsan dan apabila kamu menyembelih, buatlah dengan ihsan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan menenangkan binatang yang akan disembelih."8

Makruh (dibenci) mengasah pisau sembelihan ketika haiwan sembelihan sedang melihatnya, berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata:

أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَدِّ الشَّفَارِ، وَأَنْ تُوَارَى عَنِ الْبَهَائِمِ، وَقَالَ: «إِذَا ذَبَحَ أَحَدُكُمْ؛ فَلْيُجْهِزْ».

Nabi SAW memerintahkan agar pisau diasah dengan tajam dan agar disembunyikan daripada pandangan haiwan (sembelihan), serta bersabda: "Apabila salah seorang daripada kamu menyembelih, maka hendaklah dia menyempurnakannya (dengan cepat dan baik)."9

4- Jika haiwan korban itu daripada jenis unta, maka hendaklah disembelih dengan cara disembelih ketika ia berdiri dan kaki kirinya diikat berdasarkan hadis 'Abdullah bin 'Umar RA: Beliau telah melihat seorang lelaki yang telah menjatuhkan untanya untuk menyembelihnya. Lalu beliau berkata: "Biarkan ia dalam keadaan berdiri dan diikat (kaki kirinya), itulah sunnah Muhammad SAW."10

5- Jika haiwan korban itu bukan daripada jenis unta, maka disembelih dalam keadaan direbahkan di atas sisi kirinya, dan diletakkan kakinya (penyembelih) di atas leher haiwan tersebut agar dapat mengawalnya, berdasarkan hadis Anas RA, beliau berkata:

«ضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ، أَمْلَحَيْنِ، أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى، وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا».

Rasulullah SAW telah menyembelih dua ekor kibasy (biri-biri jantan) yang berwarna putih bercampur hitam dan bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangannya sendiri, menyebut nama Allah, bertakbir dan meletakkan kakinya di atas sisi leher kedua-duanya.11

6- Menyebut nama Allah ketika penyembelihan dan penyembelihan unta, ia adalah wajib berdasarkan firman Allah SWT:

﴿فَكُلُواْ مِمَّا ذُكِرَ ٱسۡمُ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ إِن كُنتُم بِـَٔايَٰتِهِۦ مُؤۡمِنِينَ 118﴾

"Maka makanlah daripada apa yang disebut nama Allah padanya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya." [Surah Al-Anʿām: 118] Allah SWT juga berfirman:

﴿وَلَا تَأۡكُلُواْ مِمَّا لَمۡ يُذۡكَرِ ٱسۡمُ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ وَإِنَّهُۥ لَفِسۡق وَإِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰٓ أَوۡلِيَآئِهِمۡ لِيُجَٰدِلُوكُمۡۖ وَإِنۡ أَطَعۡتُمُوهُمۡ إِنَّكُمۡ لَمُشۡرِكُونَ 121﴾

"Dan janganlah kamu memakan daripada (haiwan) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, sesungguhnya ia adalah suatu kefasiqan. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada wali-wali (pengikut) mereka supaya mereka membantah kamu. Dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu menjadi orang-orang musyrik." [Surah al-Anʿām: 121] Juga sabda Nabi SAW:

«مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ؛ فَكُلُوهُ مَا لَمْ يَكُنْ سِنًّا وَلَا ظُفْرًا».

"Setiap haiwan yang ditumpahkan darah dan disebut nama Allah padanya, maka makanlah, selama ia bukan dibunuh dengan gigi ataupun kuku."12

Disunatkan untuk bertakbir menyebut Allahu Akbar, bersama dengan bacaan bismillah; berdasarkan hadis Jabir RA, beliau berkata: Aku melaksanakan solat Raya Aidiladha bersama Rasulullah SAW di sebidang tanah lapang. Setelah Baginda selesai menyampaikan khutbahnya, Baginda turun dari mimbar, lalu didatangkan seekor kibasy, dan Rasulullah SAW menyembelihnya dengan tangannya sendiri, dan Baginda membaca:

«بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، هَذَا عَنِّي وَعَنْ مَنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي».

"Bismillah, waLlahu Akbar (dengan nama Allah, Allah Maha Besar). Ini korbanku, dan korban buat umatku yang tidak berkorban."13

7 – Memutuskan halkum, urat saluran makanan (mari’), halkum dan dua urat leher (wadajayn), serta mengalirkan darah:

Imam Ibn Bāz RH berkata:“Sesungguhnya penyembelihan yang menepati syarak bagi unta, lembu dan kambing mempunyai tiga keadaan:

Keadaan pertama: Penyembelih memutuskan halkum, urat saluran makanan (mari’) dan dua urat leher (wadajayn). Inilah penyembelihan yang paling sempurna dan terbaik. Maka jika keempat-empat ini diputuskan, penyembelihan itu adalah halal menurut kesepakatan semua ulama.

Keadaan kedua: Penyembelih memutuskan halkum, saluran makanan (mari’), dan salah satu daripada dua urat leher (wadajayn). Ini adalah penyembelihan yang halal, sah dan baik, walaupun kurang sempurna daripada keadaan pertama.

Keadaan ketiga: Penyembelih hanya memutuskan halkum dan saluran makanan (mari’) sahaja tanpa memutuskan dua urat leher (wadajayn). Keadaan ini juga sah dan diterima, serta disepakati oleh sebahagian ulama. Dalil mereka adalah sabda Nabi SAW:

«مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَكُلُوا، لَيْسَ السِّنَّ وَالظُّفْرَ»،

"Setiap haiwan yang ditumpahkan darah dan disebut nama Allah padanya, maka makanlah, selama ia bukan dibunuh dengan gigi ataupun kuku."14 Dan inilah pendapat yang terpilih dalam perkara ini.15

Sesungguhnya Allah jua tempat kupinta agar memberi manfaat kepada kita dengan ilmu yang dipelajari, dan mengajar kita ilmu yang memberi manfaat kepada kita; sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Selawat dan salam tercurah ke atas Nabi Muhammad ﷺ, keluarganya dan para sahabatnya dengan selawat yang banyak.

***


Riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Majah.

Riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa’i dan Ibn Majah.

Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Hukum-Hakam Korban oleh Al-'Allamah Muhammad bin ‘Uthaymin, (halaman 56 – 87)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Riwayat Muslim.

Riwayat Ahmad dan Ibn Majah.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Diriwayatkan oleh al-Bukhārī dan Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Dāwud, al-Tirmidhī, dan disahihkan oleh al-Albānī.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Lihat: Majmū‘ Fatāwā Ibn Bāz (jilid 18, muka surat 26).

Riwayat Muslim.