أحكام الجنائز (ملايو)

كتاب "أحكام الجنائز" يبيّن آداب ومقاصد التعامل مع الموتى وفقًا للشريعة الإسلامية، مستعرضًا فضل اتباع الجنائز، وصفة الصلاة عليها، وأحوالها المختلفة، كما يسلط الضوء على الإرشادات المهمة كالإسراع في تجهيز الجنازة، تجنب النياحة، وأهمية الصبر والرضا بقضاء الله، ويُذكّر الكتاب بأن الموت حق على كل إنسان، ويحث على حسن الظن بالله والثبات، مع دعاء للموتى بالمغفرة والرحمة.

  • earth Bahasa
    (ملايو)
  • earth Karya:
    اللجنة العلمية برئاسة الشؤون الدينية بالمسجد الحرام والمسجد النبوي
PHPWord

 

 

 

 

أَحْكَامُ الجَنَائِزِ

 

Hukum-Hakam Berkaitan Jenazah

 

 

اللَّجْنَةُ العِلْمِيَّةُ

بِرِئَاسَةِ الشُّؤُونِ الدِّينِيَّةِ بِالمَسْجِدِ الحَرَامِ وَالمَسْجِدِ النَّبَوِيِّ

 

Panel Akademik Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ

Hukum-Hakam Berkaitan Jenazah

Jawatankuasa Ilmiah di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi

Mukadimah

Segala puji bagi Allah yang Maha Esa dalam sifat kekal-Nya, yang telah menetapkan kematian ke atas semua makhluk yang hidup. Selawat dan salam ke atas Rasul yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam; penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya, dan seluruh pengikutnya. Amma ba‘du:

Sesungguhnya ujian merupakan hal yang pasti menimpa manusia di dunia ini. Allah Ta‘ala berfirman:

﴿وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ...﴾

{Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan...} (Surah al-Baqarah:155) Kemudian Allah SWT menyusuli (ayat itu) dengan menyatakan perkara yang wajib dilakukan oleh orang yang ditimpa ujian, iaitu bersabar:

﴿...وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِين﴾

{...dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar} (Surah al-Baqarah: 155) Dan reda serta menerima segala ketentuan-Nya:

﴿ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٞ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ 156﴾

{(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa ujian, (lalu) mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami akan kembali."} (Surah al-Baqarah: 156) Oleh itu, sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia telah mendapat kesudahan yang baik.

﴿أُوْلَٰٓئِكَ عَلَيۡهِمۡ صَلَوَٰتٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٞۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ 157﴾

Mereka itulah (golongan) yang akan mendapat selawat (keampunan dan pujian) dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah: 157)

Ini adalah sebuah risalah ringkas untukmu duhai orang yang pernah kehilangan kerabat, orang tersayang mahupun kekasih hati. Kami memohon kepada Allah agar Dia memberi manfaat kepada kami dan kepadamu dengannya. Risalah ini berjudul: “Hukum-Hakam Berkaitan Jenazah”.

Kami memohon kepada Allah agar Engkau dikurniakan ganjaran yang besar dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Bagi yang sudah kehilangan, (kami memohon) keampunan dan keredaan Allah.

Khabar Gembira daripada Tuhan:

Wahai saudaraku, engkau sedang diuji dengan ujian kematian; (maka) ingatlah firman Allah Ta‘ala:

﴿...وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِين﴾

...dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah: 155)

Sesungguhnya pada kewafatan Rasulullah ﷺ terdapat pengubat duka dan lara yang paling agung buatmu. Baginda ﷺ pernah bersabda:

(إِذَا أُصِيبَ أَحَدُكُمْ بِمُصِيبَةٍ، فَلْيَذْكُرْ مُصِيبَتَهُ بِي؛ فَإِنَّهَا أَعْظَمُ الْمَصَائِبِ عِنْدَهُ).

Apabila salah seorang daripada kamu ditimpa ujian maka hendaklah dia mengingati ujiannya dengan (pemergian) diriku (Rasulullah ﷺ); kerana sesungguhnya ia merupakan ujian yang paling besar baginya. Riwayat al-Tabarani

Engkau dijanjikan dengan gantian yang lebih baik melalui ucapan Rasulullah ﷺ. Daripada Ummu Salamah رضي الله عنها, beliau berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

(مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أَجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي ‌وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا).

Tidaklah seorang hamba ditimpa suatu ujian lalu dia berkata: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku dalam menghadapi ujianku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya” melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya dalam (menghadapi) ujian itu dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya. Riwayat Muslim.

Sesungguhnya Allah sedang mengujimu untuk menghapuskan dosa-dosamu. Daripada Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah رضي الله عنهما, daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda:

(مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا حَزَنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا خَطَايَاهُ).

Tiada suatu kepayahan, penyakit, kesedihan, gangguan, dan keresahan yang menimpa seorang mukmin – hatta duri yang menusuknya – melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan sebabnya. Riwayat al-Bukhari

Sesungguhnya Allah ﷻ telah menjanjikan untukmu sebuah rumah di dalam syurga! Daripada Abu Musa al-Ash‘ari رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

(إِذَا مَاتَ وَلَدُ الْعَبْدِ، قَالَ اللَّهُ لِمَلَائِكَتِهِ: قَبَضْتُمْ وَلَدَ عَبْدِي؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ. فَيَقُولُ: قَبَضْتُمْ ثَمَرَةَ فُؤَادِهِ؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ. فَيَقُولُ: مَاذَا قَالَ عَبْدِي؟ فَيَقُولُونَ: حَمِدَكَ، وَاسْتَرْجَعَ. فَيَقُولُ اللَّهُ: ابْنُوا لِعَبْدِي بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَسَمُّوهُ: بَيْتَ الْحَمْدِ).

Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya: “Kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?” Mereka menjawab: “Ya.”

Lalu Allah berfirman: “Kamu telah mengambil buah hatinya?” Mereka menjawab: “Ya.”

Allah bertanya: “Apa yang dikatakan oleh hamba-Ku?”' Mereka menjawab: “Dia memuji-Mu dan mengucapkan: Innā lillāhi wa innā ilayhi rājiʿūn.”

Lalu Allah berfirman: “Dirikanlah untuk hamba-Ku sebuah rumah di dalam syurga dan namakan ia: Rumah Pujian (Baytul-Ḥamd).” Riwayat al-Tirmidhi dan dinilai hasan oleh al-Albani.

Bahkan, Allah telah menjanjikan untukmu syurga! Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi bersabda:

(يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: مَا لِعَبْدِيَ الْمُؤْمِنِ عِندِي جَزَاءٌ إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبَهُ إِلَّا الْجَنَّةُ).

Allah عز وجل berfirman: Tiada balasan bagi hamba-Ku yang beriman apabila Aku mengambil orang yang dicintainya dalam kalangan ahli dunia, lalu dia mengharapkan ganjaran (daripada kehilangan itu), melainkan syurga. Riwayat al-Bukhari

Jangan takut dan jangan bersedih atas kehilangan orang yang engkau sayangi. Bersangka baiklah kepada Tuhanmu. Daripada Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

(إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ، فَيُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ).

Sesungguhnya, apabila salah seorang daripada kamu meninggal dunia maka akan diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pada waktu pagi dan petang. Jika dia termasuk dalam kalangan ahli syurga maka (akan diperlihatkan tempatnya) dalam kalangan ahli syurga; dan jika dia termasuk dalam kalangan ahli neraka maka (akan diperlihatkan tempatnya) dalam kalangan ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: “Inilah tempat dudukmu sehingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kelebihan Mengiringi Jenazah:

Pertama: Mengiringi jenazah dari rumah keluarganya sehingga selesai solat ke atasnya.

Kedua: Mengiringi jenazah dari rumah keluarganya sehingga selesai dikebumikan, dan yang ini lebih utama serta lebih besar ganjarannya.

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

(مَنْ شَهِدَ الجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّيَ فَلَهُ قِيرَاطٌ، وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ) قِيلَ: وَمَا القِيرَاطَانِ؟ قَالَ: (مِثْلُ الجَبَلَيْنِ العَظِيمَيْنِ).

“Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga disolatkan maka baginya (ganjaran) satu qirat. Sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikebumikan, maka baginya (ganjaran) dua qirat.”

Lalu ditanya: “Apakah itu dua qirat?”

Baginda menjawab: “Seumpama dua gunung yang besar.” Muttafaq 'alayh.

Daripada Abu Hurairah الله عنهرضي , beliau berkata: Rasulullah pernah bertanya:

(مَنْ أصْبَحَ مِنْكُمُ اليَوْمَ صَائِمًا؟). قَالَ أَبُو بَكْرٍ: أَنَا، قَالَ: (فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمُ اليَوْمَ جَنَازَةً؟) قال أبُو بَكْرٍ: أَنَا، قال: (فَمَنْ أطْعَمَ مِنْكُمُ اليَوْمَ مِسْكِينًا؟). قَالَ أبُو بَكْرٍ: أَنَا، قال: (فَمَنْ عَادَ مِنْكُمُ اليَوْمَ مَرِيضًا). قال أبُو بَكْرٍ: أَنَا، فَقَالَ رَسُولُ الله ﷺ: (مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الجَنَّةَ).

Siapa di antara kamu yang berpuasa pada hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya."

Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kamu yang mengikuti jenazah hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya."

Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kamu yang memberi makan kepada orang miskin hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya."

Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kamu yang menziarahi orang sakit hari ini?"

Abu Bakar menjawab: "Saya."

Maka Rasulullah bersabda:

"Tidaklah semua perkara ini terkumpul dalam diri seseorang melainkan dia akan masuk syurga. Riwayat Muslim.

Tata Cara Solat Jenazah:

Takbir pertama: Hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk, menyebut nama Allah (basmalah), membaca Surah al-Fatihah serta satu surah pendek atau beberapa ayat (daripada al-Quran).

Selepas takbir yang kedua, bacalah selawat ke atas Nabi , iaitu selawat Ibrahimiyyah

Takbir ketiga: Hendaklah dia berdoa untuk si mati, dan yang terbaik ialah dia membaca:

(اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا، وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا، وَذَكَرِِنَا وَأُنثَانَا، اللهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الإِسْلَامِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الإِيمَانِ).

(Ya Allah, ampunilah orang yang hidup dan yang mati dalam kalangan kami, yang hadir dan tidak hadir, yang kecil dan besar, yang lelaki dan perempuan. Ya Allah, sesiapa yang Engkau hidupkan dalam kalangan kami, hidupkanlah dia di atas Islam. Dan sesiapa yang Engkau matikan dalam kalangan kami, matikanlah dia atas keimanan)

(اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بالمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِن عَذَابِ القَبْرِ).

(Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah dia, sejahterakanlah dan maafkanlah dia. Muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah tempat masuknya serta cucilah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih daripada kekotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur). Semua ini adalah doa yang diriwayatkan daripada Nabi . Namun, jika dia (orang yang solat jenazah) berdoa dengan doa-doa lain maka ia diharuskan seperti dia mengucapkan:

(‌اللَّهُمَّ ‌إِنْ ‌كَانَ ‌مُحْسِنًا، ‌فَزِدْ ‌فِي ‌إِحْسَانِهِ، وَإِنْ كَانَ مُسِيئًا فَتَجَاوَزْ عَنْ سَيِّئَاتِهِ، ‌اللَّهُمَّ ‌اغْفِرْ ‌لَهُ ‌وَثَبِّتْهُ ‌بِالْقَوْلِ ‌الثَّابِتِ).

Ya Allah, jika dia termasuk dalam kalangan orang yang berbuat baik maka tambahkanlah kebaikannya. Sekiranya dia termasuk dalam kalangan orang yang berbuat salah maka ampunilah kesalahannya. Ya Allah, ampunilah dia dan teguhkanlah dia dengan ucapan yang teguh.

Takbir keempat: Hendaklah berdiri sebentar, kemudian memberi salam sekali ke arah kanan dengan mengucapkan: "Assalāmu‘alaikum wa raḥmatullāh" (Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah).

Bentuk-bentuk solat jenazah:

1. Jenazah boleh disolatkan di ruang solat jenazah.

2. Jenazah boleh disolatkan di dalam masjid.

3. Jenazah boleh disolatkan di tanah perkuburan sebelum dikebumikan.

4. Jenazah boleh disolatkan di tanah perkuburan selepas dikebumikan dalam tempoh yang singkat.

5. Jenazah boleh disolatkan di tanah perkuburan selepas dikebumikan dalam tempoh yang lama.

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa terdapat seorang lelaki atau wanita berkulit hitam, yang biasa membersihkan masjid telah meninggal dunia dalam keadaan Nabi tidak mengetahui tentang kematiannya. Lalu pada suatu hari, Baginda mengingatinya, lantas bersabda:

(مَا فَعَلَ ذَلِكَ الإِنْسَانُ). قَالُوا: مَاتَ يَا رَسُولَ الله. قَالَ: (أَفَلاَ آذَنْتُمُونِي) فَقَالُوا: إِنَّهُ كَانَ كَذَا وَكَذَا قِصَّتُهُ. قَالَ: فَحَقَرُوا شَأْنَهُ، قَالَ: (فَدُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ). فَأَتَى قَبْرَهُ فَصَلَّى عَلَيْهِ.

(Bagaimana keadaan orang itu?) Mereka menjawab: Dia telah meninggal dunia, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: (Mengapa kamu tidak memberitahuku?) Mereka menjawab: “Keadaannya begini dan begitu (iaitu bukan seorang yang terkenal atau dianggap penting).” Mereka memandang remeh tentangnya. Baginda bersabda: (“Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya.”) Lalu Baginda pergi ke kuburnya dan menunaikan solat (jenazah) ke atasnya. Riwayat al-Bukhari.

Pedoman-Pedoman Penting:

Pertama: Menyegerakan pengurusan jenazah dan tidak melambatkan pengebumiannya dengan tanpa alasan:

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda:

(أَسْرِعُوا ‌بِالْجِنَازَةِ، فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا، وَإِنْ يَكُ سِوَى ذَلِكَ، فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ).

"Segerakanlah urusan jenazah. Jika dia orang yang soleh maka itu adalah kebaikan yang kamu segerakan kepadanya; dan jika sebaliknya maka itu adalah kejahatan yang kamu letakkan (bebannya) dari atas tengkuk-tengku kamu. Muttafaq 'alayh.

Kedua: Galakan untuk menunaikan solat jenazah dan peringatan daripada bermalas-malasan mengikuti (jenazah).

Ketiga: Tidak melengahkan bayaran hutang si mati:

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

(‌‌نَفْسُ ‌الْمُؤْمِنِ ‌مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ).

Roh seorang mukmin tergantung kerana hutangnya sehingga dilunaskan (hutang) bagi pihaknya. Riwayat Ahmad dan al-Tirmidhi.

Keempat: Larangan meratapi si mati; iaitu dengan meninggikan suara sambil menyebut kebaikan, sifat, dan kelebihan si mati secara berlebihan — ini adalah amalan jahiliah. Daripada Abu Malik al-Ash'ari رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda:

(‌أَرْبَعٌ ‌فِي ‌أُمَّتِي ‌مِنْ ‌أَمْرِ ‌الْجَاهِلِيَّةِ ‌لَا ‌يَتْرُكُونَهُنَّ: الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ، وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ، وَالاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ، وَالنِّيَاحَةُ).

Empat perkara yang berlaku dalam kalangan umatku termasuk dalam amalan Jahiliah dan mereka belum meninggalkannya:

Bermegah-megah dengan keturunan, mencela nasab keturunan, meminta hujan dengan bintang-bintang, dan meratapi kematian. Riwayat Muslim.

Kelima: Berhati-hati daripada berjalan di atas kubur atau duduk di atasnya. Daripada ʿUqbah bin ʿĀmir رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

(لَأَنْ ‌أَمْشِيَ ‌عَلَى ‌جَمْرَةٍ، ‌أَوْ ‌سَيْفٍ، أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي، أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ).

Sesungguhnya aku berjalan di atas bara api, atau di atas pedang, atau aku menjahit kasutku dengan kakiku sendiri, itu lebih aku sukai daripada aku berjalan di atas kubur seorang Muslim. Riwayat Ibn Majah.

Keenam: Tidak tergesa-gesa dalam berdoa untuk si mati dan beredar selepas mengebumikannya. Daripada Abū ʿAmr — ada yang mengatakan: Abū ʿAbdillāh, dan ada yang mengatakan: Abū Laylā — ʿUthmān bin ʿAffān رضي الله عنه berkata: Apabila Nabi ﷺ selesai mengebumikan jenazah, baginda berdiri di sisinya lalu bersabda:

(اسْتَغْفِرُوا لأخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ؛ فَإِنَّهُ الآنَ يُسألُ).

Mohonlah keampunan untuk saudaramu dan mintalah keteguhanuntuknya kerana sesungguhnya dia sekarang sedang disoal. Riwayat Abu Dawud.

Ketujuh: Memberi salam kepada ahli kubur ketika melintasi atau menziarahi mereka. Diriwayatkan daripada Buraydah رضي الله عنه, beliau berkata: Nabi ﷺ mengajar mereka (para sahabat) ketika mereka keluar ke tanah perkuburan, agar seseorang daripada mereka mengucapkan:

(السَّلامُ عَلَيكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ المُؤْمِنِينَ والمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ، أَسْأَلُ اللَّه لَنَا وَلَكُمُ العافِيَةَ).

(Salam sejahtera ke atas kalian, wahai penghuni perkampungan (kubur) daripada kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam. Dan sesungguhnya kami – insya-Allah – akan menyusuli kalian. Aku memohon kepada Allah kesejahteraan untuk kami dan untuk kalian). Riwayat Muslim.

Kelapan: Tidak menyibukkan diri dan tidak berbual tentang urusan dunia tanpa mengambil kira tempat dan keadaan.

Penutup

Kematian adalah satu pintu, dan setiap manusia pasti akan memasukinya. Ketahuilah bahawa tiada sebarang peringatan seumpama kematian. Semoga Allah merahmati orang yang telah meninggal dalam kalangan kalian dan semua kaum muslimin yang sudah meninggal dunia.

Selawat serta rahmat Allah ke atas Nabi kita Muhammad dan (juga) ke atas keluarganya dan seluruh para sahabatnya.

 

 

***

الفهرس

 

Mukadimah 2

Khabar Gembira daripada Tuhan: 4

Kelebihan Mengiringi Jenazah: 7

Tata Cara Solat Jenazah: 9

Bentuk-bentuk solat jenazah: 11

Pedoman-Pedoman Penting: 12

Penutup 15

 

***